Skip to main content

ERTI SAKIT SEBENAR


Jumaat yang indah... Assalamualaikum...
 
Sejak suami kawan disahkan mengidap penyakit berbahaya, saya selalu membaca blog pesakit-pesakit kanser. Suami kawan disahkan mengidap Kanser Hidung Tahap 3. Walaupun tahap 3, barah tersebut belum merebak ke bahagian paru-paru. Mudah-mudahan kawan dan suaminya dapat melalui ujian getir ini dan diberi kesembuhan oleh Yang Maha Kuasa...amin...
 
Allahu Akbar...
 
Dahulu hanya dengar jauh-jauh saja tentang orang yang terkena barah. Sekarang cerita ini sudah boleh didengar dari dekat. Dan beberapa jenis ubat-ubatan yang tak biasa didengar, terpampang di depan mata semasa melayari blog. Juga muncul pelbagai jenis rawatan alternatif, produk-produk kesihatan yang mula fokus kepada penyakit-penyakit berat ini.
 
Semasa saya membaca blog pesakit-pesakit ini, selain daripada saya mengambil maklumat tentang punca, emosi dan perjalanan rawatan si pesakit, saya turut membaca sesuatu tentang mereka dari sudut lain.
 
Ada sebahagiannya menulis dengan begitu optimis dan siap memperkenalkan produk ubat dan mujarab atau tidaknya terhadap penyakit. Dalam sakit-sakit masih boleh bercerita tentang unsur-unsur yang ada di dalam ubat itu. Saya yang membaca begitu kagum, betapa si pesakit ini amat berani dan seolah-olah dia tidak sakit. Jalan ceritanya tidak menggambarkan sesuatu yang amat ditakuti walaupun dalam ceritanya itu, doktor mengatakan bahawa pembedahan tidak sesuai lagi dilakukan pada tahap itu. Kanser sudah merebak ke bahagian abdomen, mengena organ-organ penting di bahagian itu.
 
Namun pada hakikatnya...? entrinya yang terakhir meluahkan kegusarannya yang tidak menentu. Ketakutannya yang tak bersebab. Akhirnya di bahagian komen di bawah, barulah saya tahu, pesakit tersebut sudah pun dipanggil Ilahi. Kepada Allah kita semua akan kembali.
 
Ada sebahagiannya menulis dengan cara yang berbeza. Sejak disahkan sakit, entrinya begitu menyedihkan dan tidak peduli tentang hal-hal akan datang. Semakin lama isi cerita semakin lemah dan menggetirkan sesiapa yang membaca blog si pesakit itu. Namun akhirnya, pesakit itu sembuh dari kanser. Alhamdulillah...
 
Apa yang dapat saya pelajari ketika membaca blog-blog mereka?
 
Allah sudah menetapkan kematian untuk semua makhluk yang dihidupkan. Tapi semua orang kalau boleh ingin berumur panjang dan tidak mahu berpisah dengan dunia. Saya pun begitu. Tapi saya juga tidak tahan lagi dengan kehidupan dunia yang seperti ini. Tapi tidaklah begitu berani hendak mengintai-intai kehidupan abadi. Tak mati pun susah. Nak mati pun susah.
 
Tapi kenapa ada yang rela syahid dan minta syahid di jalan Allah? Kenapa ada pula yang begitu bersungguh-sungguh mempersiapkan bekalan akhirat dan menganggap dunia ini sekadar suatu permainan?
 
Ada juga terbaca blog seorang guru yang sakit kanser darah. Barangkali perjalanan hidupnya yang sentiasa murung, sedih dan tertekan, dia seolah-olah tak terasa pun betapa berbahayanya sakit yang dihidapinya itu. Malah dia boleh menyampah lagi dengan kondisi badan yang tak kunjung sembuh. Dia boleh tulis lagi tentang impian-impian yang disenarai sebagai ‘wishlist’. Dia siap cerita ciri-ciri yang mesti ada oleh seorang lelaki kalau nak jadi special boyfriend dia.
 
Saya tertarik dengan guru yang seorang ini sebab banyak persamaan dengan saya. Anak sulung. Seorang guru dan tidak pernah menceritakan segala masalah kepada adik-adik kerana diri menjadi tempat pergantungan mereka. Sering berasa murung dan tertekan dengan penyakit itu.
 
Tidak, saya tidak mempunyai penyakit itu. Cuma saya berasa simpati sebab guru itu kurang didikan agama. Barangkali latar belakang keluarga yang broken menyebabkan dia kurang dapat kasih sayang dan pendekatan ilmu agama. Setiap entrinya penuh kesedihan dan rasa malang yang berpanjangan. Dia jadi seorang yang rendah diri dan jauh hati kerana keadaan diri yang berpenyakit. Dia rasakan dia seorang sahaja manusia paling malang dalam dunia.
 
Orang yang sihat ialah orang yang sihat otaknya. Sihat akalnya. Sihat rohnya. Kaki shopping yang selalu bertukar-tukar gadget, kasut, pakaian dan lain-lain sehingga tahap membazir, itu juga suatu penyakit. Cuma penyakit tu tak nampak, sebab penyakit bawaan nafsu. Bisikan iblis. Mereka tu pun tak sihat.
 
Ramai manusia yang zahirnya macam sihat tapi sebenarnya banyak penyakit. Kalau boleh gunakan indera keenam, lagilah boleh nampak macam-macam penyakit yang lebih dahsyat daripada kanser darah. Sebab tak nampak, sebab tu kita tak terima. Jadi jangan berasa rendah diri kerana kita ada penyakit berbahaya. Alangkah bagusnya jika penyakit yang dideritai itu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita, dapat membuatkan kita mengenali diri. Dan ketenangan yang kita cari selama ini akhirnya kita temui. Galau yang tidak berpenghujung dikhuatiri akan semakin menambah negativiti fikiran dan membuat kita bertambah sakit.
 
Apa pun, saya bersyukur kerana dapat melayari blog-blog pesakit berbahaya. Saya dapat pengajaran dan keinsafan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Mudah-mudahan mereka yang masih hidup, diberikan umur yang panjang dan kesembuhan. Mereka yang sudah pergi agar diberikan keampunan dan rahmat. Oleh siapa lagi kalau bukan Pencipta Alam ini.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…