Skip to main content

MADU DI TANGAN KANANMU....


Hari ni lambat sikit balik...assalamualaikum..
 
Masuk 25hb je hari gajilah. Nak enjoy macam dulu? Tak dapatlah nak, nyang ko ni tengah belajar jadi susah semula. Semua benda kena catu. Alhamdulillah ada satu ansuran mudah tu dah selesai nyang lunaskan. Terasa nafas nyang ni semakin sedap nak tarik, nak. Hehe..
 
Ansuran kereta nyang ni insyallah kalau dunia belum kiamat lagi, tahun 2016 nanti lunaslah. Kerja makan gaji memang macam nilah nak. Biasalah..kalau boleh nyang nak cicit-cicit nyang ni jangan kerja gomenlah. Dah grad tu cubalah bukak bisnes ya. Nak jadi macam nyang ni boleh, tapi nyang tak dapat nak bermewah sangat pun. Kesian pulak ko semua yang maintenance diri tinggi tu, baik cari kerja yang hari-hari pegang duit. Macam nyang ni, jiwa nyang ni tak berapa la nak bisnes ni semua. Jiwa nyang ni nak tidur je kerjanya keh keh keh... eh meroyan pulak nyang ni kalau gelak...
 
Nyang nak bercerita tentang sahabat baik nyang yang dimadukan. Kesian kan? Sampai nak bunuh diri bagai... luluh hati nyang dapat tau kisah sedih tu. Tapi...ingat dengan sebenar-benar ingatan bahawa Allah tak pernah menzalimi manusia. Manusialah yang suka menzalimi diri sendiri.
 
Nyang kadang-kadang terfikir, Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan untuk supaya saling kenal dan berkasih sayang. Maknanya kalau kita berpasangan demi kerana mencapai redha Allah, walaupun asalnya tidak rasa cinta atau tak suka, Allah pasti resapkan rasa kasih sayang antara suami isteri. Mesti punya.
 
Tapi untuk apa kita berumahtangga kalau setiap detik yang kita lalui itu hanya memberikan hati kita sebuah sengsara dan duka?
 
Perkara dah pun berlaku. Rupanya dah ada madu pun. Tak sedar waktu bila dimadukan. Hebat jadi orang lelaki kan?
 
Kalau suami peluk kita pun tak pernah, berkomunikasi dari hati ke hati pun payah, tup-tup ada pasang cawangan baru lagi malah ada pulak bau-bau nak bukak cawangan lain-lain, nyang rasa membujang macam nyang ni lebih tenang dan bahagia..alhamdulillah...
 
Lepas tu kerja kita asyik nak berperang dengan madu dan perempuan-perempuan lain yang entah kenapa muncul satu per satu semata-mata demi seorang lelaki yang tidak berperanan pun sebagai suami yang baik, nyang rasa bukan kebahagiaan yang nyang dapat tapi bala tuhan.
 
Nyang nampak kawan nyang letih. Emosinya terdera. Tambah lagi kena madukan. Nyang sedih tengok keadaan dia. Tapi apa yang nyang boleh buat?
 
Pada pendapat nyang, urusan jodoh dan pertemuan adalah urusan tuhan. Tapi bukan bermakna kena goyang kaki tunggu orang datang meminang. Tambah-tambah muka undertaker macam nyang ni kan, agaknya setiap kali nampak nyang, lelaki macam terasa-rasa nak bagi pelempang. Kot? Keh keh keh...
 
Lovey dovey nyang seorang yang amat penyayang. Setiap minit nak whatsapp, tanya apa yang nyang tengah buat, dah makan ke belum, makan apa, sihat tak...kadang tu boleh naik angin jugak dengan whatsapp tak berenti ni. Tambah plak lovey dovey nyang ni orangnya tak boleh reply mesej lambat sikit. Siap check ‘last seen’ nyang kul brapa..kul brapa... kalau tak reply mesej selepas dia soal pastu kita ‘online’... ha apalagi... hmm.. malas nak cerita.. kang dia baca blog ni lagi panjang lebar pulak dia membebel...orang utara ni kalau tak marah pun tune bercakap tu macam mengamuk je dengar...keh keh keh...
 
Lovey dovey nyang dah hafal jadual hidup nyang ko ni. Dia tahu masa mana nyang membuta. Dia akan kejutkan suruh Solat Asar. Dia akan tanya solat nyang tiap hari. Kami berlumba mengaji berapa ain boleh catch up dalam sehari....
 
Lovey dovey nyang jenis payah nak lelapkan mata. Dia akan mengadu kat nyang dia tak boleh tidur. Lepas tu jeles sebab nyang kalau penat, letak kepala atas bantal je terus pergi kayangan. Dialah terkebil-kebil tak boleh pejamkan mata.
 
Masalah sembelit atau cirit birit pun nak cerita. Nak memberut pun siap beritahu dalam whatsapp.. pokoknya apa pun yang dia lakukan, dia mesti beritahu nyang.
 
Eeee...macam tidur serumah je? Macam laki bini je? Kih Kih...
 
Hubungan yang penuh kasih sayang tapi jodoh tiada. Itulah realiti yang nyang kena terima. Nyang redha jelah. Nyang nak stress, melayan hati dan perasaan pun, nyang jugak yang letih. Badan nyang jugak yang sakit nanti. Usia macam ni nyang dah tak macam waktu nyang masih 20 an yang masih suka bercerita tentang cinta. Sekarang waktu untuk nyang memperbaiki diri, mencari diri Nyang sendiri.
 
Eh eh...tetiba pulak cerita pasal diri nyang.. uhuks...
 
Anak-anak dan cucu cicit nyang sekelian, walaupun waktu nyang publish post nyang ni, nyang belumlah tua sangat, baru umur 189 tahun keh keh keh, tapi nyang tak jumpa dalam hidup nyang ni dengan apa yang nyang lalui samada pengalaman hidup orang-orang di sekeliling nyang, dalam keluarga nyang sendiri atau diri nyang sendiri dalam segenap segi perkara, sesuatu yang selain AGAMA dapat memberi kita pedoman hidup yang baik. Setakat ini agamalah yang teratas dan terutama. Sebab agama akan memberitahu kita bahawa adanya Tuhan. Tuhan itu wujud.
 
AGAMAlah cara hidup yang sebenar. Islam tak boleh dipisahkan daripada hidup kita kerana di akhir zaman ini, agama yang Allah redhai ialah Agama Islam.
 
Begitu juga dalam nak mencari pasangan hidup. Carilah orang yang beragama. Takkanlah nak tunggu lelaki jadi ustaz, belajar di Mesir nu, khatam Al Quran seribu kali, janggut macam UAI barulah nak kahwin? Habis orang kerja kilang yang ada motor cabuk tu tak ada yang beragama ke?
 
Takkanlah orang yang kuat agama tu semestinya orang yang bergelar ustaz dan ustazah. Allah tak memandang label tu semua. Allah pandang pada KETAQWAAN seseorang. Kalau seorang lelaki tu takutkan Allah, tentu dia akan berusaha menjadi suami dan bapa yang baik walaupun tak hensem, tak glamer dan tak kaya pun. Susah nyang nak cari orang yang seperti ini. Yang ada,  dah lah rupa tak semenggah, kerja pun kais pagi makan pagi plus perangai pulak mengalahkan kasanova second class.. nak mengurat awek tapi awek pulak yang kena selalu topupkan kredit hanpun dia... pui... geli nyang kalau mengingat-ngingat pesen lelaki camtu.
 
Teringat pulak nyang dengan seorang ‘pakwe tak jadi’ nyang beberapa tahun lepas. Dia kerja Majlis Daerah Batu Pahat. Ala..yang saman-saman parking tu la. Tapi dia dah masuk pejabatlah, kutip bayaran saman jugak. Kami dikenalkan melalui orang tualah ni. Kononnya cara terhormatlah kan. Siap bawak orang tua, berkenalan. Awal-awal nampak macam humble jugaklah...tapi...
 
Dua minggu berkenalan, alih-alih dia tanya nyang,”Gred gaji awak berapa?”
 
Pergh...soalan tak menahan...
 
“Awak pakai kereta apa?”
 
Pergh...pergh...pergh...
 
Hebat tak? Dia tak perasan ke dia bertanya pada seorang cikgu? Dia tak malu ke yang nyang boleh tahu dia tu stock materiaslistik? Lagi kesiannya, dia tak tahu ke yang nyang ni lagilah kaw-kaw materialistic minded punya manusia? Keh keh keh...
 
Kalau tanya gaji je aku tak kisah bro. Ini ko bedal sekali tanya GRED gaji aku. Besok-besok ko tanya pulak la no pin ATM aku kan... kih kih kih...Pigi jalan ler...- Ganas ek nyang ko ni kan... ahaks...
 
Yang berlalu tetap berlalu kan. Orang-orang yang datang dan pergi dalam hidup kita ni tetap ada hikmah yang kita boleh ambik yang Allah ingin tunjukkan. Nyang ni walaupun kasar dan ganas tapi nyang ko ni tahu nak beradab dengan manusia. Tahu nak bersopan santun. Dan tahu jugak nak deal dengan orang yang tak tahu beradab dengan nyang...
 
Oklah...panjang lebar pulak entri ni. Nanti sambung di lain masa ye..kih kih kih...
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…