Skip to main content

MISTERI LOBAK PUTIH DAN BARLI





 
 
Minggu lepas nyang kena jangkitan di gusi dan gigi. Bengkak dan meradang sampai ke telinga berdenyut-denyut. Sakit ke tak? Kalau dah nak menganyam mimpi di langit berbintang bulan pun tak dapat, tak sakit apa namanya... Alhamdulillah...allah bagi nyang penyakit supaya nyang ingat kepadaNya..
 
Pesen nyang ko ni kalau sakit, katil is the best among the best...nak tidur je 24 jam. Hanpun ka...lappy ka... segala mak nenek barang-barang elektronik ni maaf cakap jela, memang nyang humban jauh bawah katil. Nyang sangat-sangat sensitif dengan bunyi.
 
Lipas berjalan atas tikar pun nyang boleh terjaga. Inikan pulak jarum jam yang berdetik setiap saat, memang nyang bukak baterinya dan simpan atas gerobok. Dahsyat ke nyang ko ni? hahaha...
 
Sebab tulah dekat 10 tahun nyang jadi cikgu, nyang tak pernah pun pakai jam loceng atau pasang alarm kat hanpun nyang tu. Nyang mmg senang terbangun.
 
Ok, sambung cerita asal. Nyang bimbang dengan sakit nyang kali ini sebab tak pernah-pernah naik ke telinga punyalah meradang gusi ni. Cuba kumur-kumur dengan air garam, ada la kurang sikit tapi tak sembuh.
 
Oleh sebab dah sakit sangat nyang pun mintak kebenaran guru besar nak pergi klinik. Adeh..lupa pulak Ahad klinik tutup. Nyang pergi farmasi beli ubat tahan sakit.
 
Sakit agak berkurangan tapi nyang rasa nafas jadi sempit makan ubat ni. Nyang berhenti. Sakit melarat dari gusi kiri ke gusi kanan...
 
gusi bengkak, gigi sakit...tekak tak selesa... perut sebu...sembelit pulak...gastrik dan macam-macam la bercampur..dengan stress lagi...semua pakej. Kepala dah macam orang tak betul. Pergi sekolah nak print kertas tapi dah sampai sekolah baru sedar, lappy dok kt rumah lagi. Hahaha... Nyang ko sikit lagi nak pikun disebabkan penyakit-penyakit ni semua...
 
Tapikan..seakan diberi ilham, nyang terasa badan nyang perlukan air barli. Nyang nak makan lobak putih.
 
Nyang rebus barli dan minum airnya. Nyang masak ikan kembung singgang letak lobak putih.
 
Ya allah...sedapnya tekak nyang hirup kuah singgang yang direneh dengan api kecik dan tak gunakan minyak sikit pun. daging ikan, bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, daun kunyit, daun serai, asam keping, dua biji cili api diketuk manja, lobak putih , semuanya bersatu menjadikan kuah singgang tu superb lah..
 
Dan kesannya...jeng jeng jeng...
 
Baik gigi ke...gusi ke...telinga ke....kembali macam biasa, hilang semua bengkak pada esok paginya. Lepas tu lancar je membuang isi perut. Alhamdulillah berkat rahmat dari Allah jua...sembuh betul-betul sembuh.
 
Ingat ya petua nyang beritahu ni. Manalah tahu zaman korang nanti lobak putih pun korang kenal dalam botol supplement je, ahaks... makan makanan yang  sebenar, bukan makanan yang diproses.
 
Kembali kepada tuhan. Kembali kepada alam. Dekatkanlah diri dengan alam semulajadi. makanlah makanan yang halal dan baik. Yang baik tak semestinya sedap...
 
Amalkan makan lobak putih dan barli. Nasihat daripada nyang kamu...
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…