Skip to main content

TAHU APA ITU SAHABAT?


perhatikan kata-kata ini bhaiii...


sue, widah, aku, eda dan aiza..(ehsan google mareyy)
 
 
 
fakhriah dan yan...
 Ramai yang selalu samakan istilah sahabat dengan kawan/teman. Sahabat ialah orang yang selalu berkata benar kepada kita dan bukan membenarkan semua perkataan kita. Sahabat bukanlah orang yang selalu berada di belakang kita walaupun kita di pihak yang tidak betul. Sahabat sejati bukan bersahabat kerana apa yang kita ada. Sahabat sejati muncul kerana dia sayangkan kita ikhlas demi Allah. Dia akan bantu waktu kita memerlukan pertolongannya. Dia akan mendengar dengan baik tatkala kita memerlukan telinganya. Dia akan menegur dan memberi nasihat untuk kebaikan kita. Itulah sahabat.
 
Bukannya sahabat tu orang yang selalu ada waktu kita nak bershopping, tea time atau tengok wayang.
 
Dah dapat seorang sahabat, kemudian kita sia-siakan sahabat itu. Maka diri sendirilah yang rugi. Selalunya orang begini hanya menilai seseorang berdasarkan material sahaja. Lalu muncullah kata-kata ,"Waktu aku senang, semua mengaku kawan. Waktu susah, semua lari lintang-pukang."
 
 Sahabat sejati kekal hingga ke mati. Bukan macam biskut, kejap ada, kejap tak ada.
 
Aku hidup dalam keadaan serba susah dan penuh dengan hal-hal yang tidak menyenangkan semasa umur naik remaja. Buli, boikot dan hinaan dah lali untuk diri aku yang sememangnya berlatar belakangkan keluarga susah, perantau, tiada rupa dan seorang yang introvert. Keadaan ini secara tidak sengaja mendidik aku menjadi seorang sahabat yang baik.
 
Apabila aku berkawan, aku senang kerana sikap dan peribadi diri kawan itu. Aku tak kisah pun kau anak orang berada ke...anak tukang kebun ke...lawa ke tak lawa..semua tu tak masuk dalam senarai. Asalkan kau ikhlas jadi kawan aku, aku pun sama. Tujuannya untuk sama-sama menghadapi dunia ini dengan ikatan silaturrahim yang ikhlas. Tapi bukan semua kawan berperasaan dan berpendirian macam aku.
 
Jadi aku hanya bersahabat dengan orang yang sama macam aku saja. Jangan kau orang terguris dengan hilangnya aku secara tiba-tiba...bagai asap yang naik ke ketinggian awan.. bagai buih di gigi pantai atau kabus di tengahari. Sekali aku DIAM, payah kalian dapat mendengar suara ini lagi. Maafkan aku... apa pun, kita semua masih saudara seislam dan bertegur sapa macam biasa. Hanya sebagai kawan.
 
Yang penting, syukur alhamdulillah, tuhan dan kurniakan aku sahabat-sahabat yang baik dan ikhlas. Love all of u dunia akhirat. Rambut pun tak sama panjang, perangai lagilah tunggang-terbalik, macam langit dengan bumi. Tapi keikhlasan kita menjadi TALI  hubungan persahabatan yang amat susah diputuskan walaupun ada macam-macam cabaran dan dugaan. Aku gelarkan mereka JULA-JULI BINTANG 7. Ahaks..
 
Bersahabat kerana Allah, Allah jualah yang berkuasa menghapuskannya...
 
 
 
 
 mode : nak bahasakan diri dengan 'aku'.
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …