Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

ISU KAD KREDIT

"Aku nak apply kad kreditlah, seronok aku tengok dia orang main swipe je. Senang sikit nak shopping kalau poket tengah kopak."




Keh keh keh....

Patik tersenyum dengar ayat begini daripada mana-mana manusia. Itu tandanya orang itu tidak tahu apa sebenarnya kegunaan dan fungsi kad kredit.

Patik masih baru dalam dunia kad kredit, baru 7 tahun gunakannya tapi patik tak nampak fungsi kad kredit ini menyenangkan diri kalau duit tengah tak ada.

Kad kredit membantu patik apabila tiada wang tunai di tangan tetapi wang itu ada di dalam simpanan. Jadi, kad kredit berfungsi sebagai wang tunai sementara. Dalam tempoh 20 hari, patik perlu bayar semula nilai wang tunai yang patik gunakan dalam kad kredit. Tiada cas. Tiada denda. Tiada apa. Selamat.

Dari segi pertolongan, itulah sahaja bantuan yang boleh kad kredit beri kepada patik. Dari segi manfaat dan faedah, patik tak banyak tahu sebab patik jarang gunakan kad kredit. Tapi ada sebahagian pembelian dengan menggunakan kad kredit, harga menjad…

Ding Dong! SEPTEMBER DATANG LAGI!

Assalamualaikum warahmatullah... Bulan ini memang bulan yang penuh dengan sesuatu yang manis-manis buat patik. Contohnya setiap kali bulan ini hadir, patik mesti diuji dengan kesihatan yang merudum. Tapi patik bersyukur, apabila patik tak sihat, patik akan terfikir betapa indah dan pentingnya tubuh badan yang sihat. Dan dengan begitu, patik akan sedaya-upaya menjaga kesihatan dengan lebih baik daripada sebelumnya. Okehlah, lama jugak patik tak bersilat di arena gelanggang blog kesayangan patik ni. Malas nak membuka lappy. Banyak-banyak penyakit, penyakit inilah yang susah nak diubati haha... penyakit malas tahap cipan. Isu kertas soalan UPSR bocor. Semua dah tau pun kan. Bapak patik pernah cakap, kalau sentiasa buat baik tu bukan manusia tapi malaikat. Kalau sentiasa buat jahat pun bukan manusia juga, itu syaitan. Yang namanya manusia ialah tetap akan melakukan kebaikan dan kejahatan. Dalam isu ni, patik tak minat nak salahkan sesiapa. Tapi patik amat terkilan dengan sebilangan mereka y…

GERAM DENGAN KECIK-KECIK MOKCIK...

Keadaan kelas masih meriah. Mokcik mulakan pengajaran macam biasa, awal pagi dengan bacaan Doa dan arahkan buku teks dibuka.

Sambil baca petikan pelajaran sambil perhatikan keadaan murid-murid. Lima minit berlalu, mokcik masih bergerak dari meja ke meja, memperdengarkan bacaan teks dan mendengar bacaan murid. Masuk minit yang kesepuluh...

“Kamu berdua bangun!”Suara mokcik menggempa macam halilintar membelah bumi. Abu dan Adi(bukan nama sebenar) cepat-cepat bangkit, bangun.

“Dari tadi lagi saya bersabar dengan gelagat kamu tau. Dari masa perhimpunan tadi lagi. Orang dok berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku, kamu buat apa tadi?”

Semasa majlis perhimpunan pagi tadi, kebetulan mokcik nampak jelas gedik budak-budak ni masa lagu Negaraku dikumandangkan. Tengah menyanyi, takkanlah mokcik nak tegur. Mokcik sabar jelah. Eh, masa kelas mokcik pun depa ni naik minyak, sebiji macam ulat beluncas. Tak boleh nak duduk diam. Kawan-kawan tekun membaca, dia boleh ketawa-ketawa, berbisik entah borakka…

CATATAN DI DALAM HUJAN...

Assalamualaikum… Patutlah malam tadi kemain lagi katak dan kodok ni bersahut-sahutan bercengkarama di longkang-longkang rumah mokcik ni, rupanya hujan turun dengan lebatnya pada waktu subuh tadi. Jadi semalam tu katak tu panggil hujan ke? Takkanlah katak memanggil hujan pulak, yang sebenarnya katak memang tahu ramalan cuaca. Bunyi-bunyian tu memberi tanda kepada alam yang hujan akan turun. Jadi bahasa mudahnya, KATAK PANGGIL HUJAN. Memang pun lepas tu hujan turun. Ok…rekod mokcik hari ni ialah pepagi mokcik dah minum bakteria Yakult. Setengah jam selepas tu mokcik hirup semangkuk kecik kuah lobak putih dengan lobak-lobaknya sekali. Mokcik dapat rasa segala radang dalam badan mokcik ni susut. Dan kencing lawas betul. Badan rasa sedap dan segar. Yang penting, selera makan mokcik sembuh dengan herba tu. Mokcik panggil herba sebab mokcik renehkan dengan api yang sangat kecil. Bawang putih ketuk manja, bawang merah mayang besar-besar, halia ketuk manja juga, kunyit besar kelingking ketuk j…

MERABANKU DATANG LAGI...

Malam ni cerah dan agak panas tapi air paip sejuk sangat pasal semalam tu hujan lebat. Assalamualaikum.. Hari ni nyang menghadiri taklimat peperiksaan UPSR di Pusat Kegiatan Guru. Pendaftaran pukul 7.30 pagi tapi biasalah kan. 7.30 pagi tulah nyang baru nak lenggang kangkung hidupkan enjin kereta, minum susu dan check keadaan rumah sebelum keluar. Sampai PKG, daftar kedatangan pun tak ada lagi. Malas nyang nak membebel. Nyang sendiri boleh sauk pen merah pulak, punyalah banyak pen dalam beg. Malas nak bebelkan diri sendiri. Nyang agak konsentret jugak dengar taklimat berjam-jam tu. Maklumlah, dah jadi Timbalan Ketua Pengawas. Dahlah musim orang sakit mata sekarang ni. Dibuatnya Ketua Pengawas kena sakit mata, tidak ke berpinar pulak mata Nyang nak menggantikan tugas berat tu nanti. Berlapis-lapis borang nak diisi. Dengan karung kertasnya lagi, dengan pagi-pagi buta dah terpacak di depan bilik kebal... jenuh! Jenuh! Nyang tak suka tugas menjadi pengawas peperiksaan. Tapi selalunya perka…

APABILA MEROYANKU DATANG LAGI...

Subhannallah... awalnya panas terik kemudian beberapa jam selepas itu awan bertukar menjadi kelabu kehitam-hitaman. Ok...rekod mokcik hari ni ialah...hati mokcik sekarang ni samalah macam situasi awan hitam tu. Adik mokcik kesian tengok mokcik masih solo molo lagi so dia cubalah perkenalkan mokcik dengan anak sedara kepada kawan dia. Eh silap...adik ipar kawan dia. Mokcik bila dah tua-tua ni perasaan excited tu dah berkubur kalau part nak berkenal-kenalan ni. Tak macam masa mokcik umur ‘si manis 17’, siap main kenal-kenal dalam majalah lagi. Lepas tu punyalah melompat-lompat dapat surat dari pakcik posmen. Surat pun pakai kertas wangi. Kadang bubuh bedak Cuticura dalam tu. Tau tak bedak Cuticura(sebut Kutikura)? Ahahaha...zaman ko semua mana ada. Entah-entah bedak korang pakai sembur je...Air Brush gitu... keh keh keh... Okeh, berbalik kepada isi cerita... mokcik kata kat adik mokcik supaya calonnya tu tengok FB mokcik sudah. No hanpun mokcik toksah lah nak bagi kat calon tu. Sebab ap…

CATATAN MALAM

Malam yang indah dan sedikit berbahang... Assalamualaikum... Dalam pada aktif melayan member-member di grup whatsapp, seorang sahabat nyang tetiba meluahkan hasratnya untuk ....

Meminang nyang? couple dengan nyang? Sahabat baik nyang tu perempuan ler, ingat nyang ni lesbian ke? Tak ada maknanya nyang ko nak buang tebiat. Sahabat nyang tu tetiba tulis begini ,"Aku nak belajar Nahu Soroflah dengan kau. Boleh tak?" Sahabat nyang tu seorang guru yang baik. Mengajar pelajar di sekolah menengah. Dia juga seorang penanda kertas SPM dan STAM. Dia juga antara panel penulis buku teks. Kata-kata ini mengingatkan nyang kepada novel yang masih lagi dalam proses pemeraman. Novel tentang manusia yang dahaga kehausan lalu diberi minum dan kenyang. Itu je ke isi cerita novel? Keh keh keh... Nyang bukanlah lahir di dalam Kaabah atau berketurunan Arab. Walaupun hidung nyang mancung tapi muka nyang tetap maintain si hitam manis keturunan Kampar, Riau Indonesia. Bahasa nyang gunakan adalah Bahasa Mela…