Skip to main content

APABILA MEROYANKU DATANG LAGI...




Subhannallah... awalnya panas terik kemudian beberapa jam selepas itu awan bertukar menjadi kelabu kehitam-hitaman.
 
Ok...rekod mokcik hari ni ialah...hati mokcik sekarang ni samalah macam situasi awan hitam tu.
 
Adik mokcik kesian tengok mokcik masih solo molo lagi so dia cubalah perkenalkan mokcik dengan anak sedara kepada kawan dia. Eh silap...adik ipar kawan dia. Mokcik bila dah tua-tua ni perasaan excited tu dah berkubur kalau part nak berkenal-kenalan ni. Tak macam masa mokcik umur ‘si manis 17’, siap main kenal-kenal dalam majalah lagi. Lepas tu punyalah melompat-lompat dapat surat dari pakcik posmen. Surat pun pakai kertas wangi. Kadang bubuh bedak Cuticura dalam tu. Tau tak bedak Cuticura(sebut Kutikura)? Ahahaha...zaman ko semua mana ada. Entah-entah bedak korang pakai sembur je...Air Brush gitu... keh keh keh...
 
Okeh, berbalik kepada isi cerita... mokcik kata kat adik mokcik supaya calonnya tu tengok FB mokcik sudah. No hanpun mokcik toksah lah nak bagi kat calon tu. Sebab apa? Sebab mokcik paling tak suka bercakap dalam hanpun. Tapi dulu masa hanpun sebesar botol air dan telefon awam bersepah di tepi jalan, mokcik suka pulak berbual-bual. Sebab masa tu masih jakun kot. Sekarang tidak lagi. Mokcik lebih suka bercakap dengan situasi mata bertentang mata. Mokcik sangat suka perhatikan mata lelaki waktu berbual dengan mokcik. Kadang tak sedar renungan mokcik ni rupanya macam pisau. Tu kata orang lelaki, bukan kata mokcik.
 
Satu lagi sebab kerja cikgu asyik nak bercakap je, jadi dah boring nak bercakap dalam hanpun. Bagus jugak ada whatsapp ni, mokcik berkomunikasi dengan kawan kerja pakai aplikasi tu aje. Hanpun digunakan untuk hal-hal penting sahaja. Tapi dengan family cayang mokcik mestilah gunakan hanpun 200%. Maklumlah kan, mesti nak dengar suara ayah. Mesti nak dengar suara mak dan adik-adik. Kami ni hidup terpisah-pisah. Sorang kat utara. Sorang kat selatan. Biasalah tu kan.
 
Tapi entah kenapa cerdik sangat adik mokcik ni, dia bagi nombor hanpun mokcik kat calon kawan mokcik ni. Dan kejadian yang tak diingini pun berlaku iaitu:
 
“Slm...blh col sy x...”Mesej yang tetiba je masuk dalam hanpun mokcik. Mak aii... biar betul. Gini ke gaya nak berkenalan zaman millenium ni? Memang la tak masuk buku. Sebab buku mokcik buku zaman 80-an. Buku sekarang ni muka buku. Keh keh...
 
“Siapa ni? Takde kredit...”Gaya spontan mokcik membalas sms itu. Lepas tu apalagi, sebakul la adik mokcik kena sumpah seranah dengan mokcik... dah bagitau kan jangan bagi no hanpun mokcik.
 
Mokcik dah cakap, mokcik ni super duper materialistik punya manusia. Jangan ler buat ayat-ayat yang ada bau-bau materialistik, mokcik confirm macam kena karan. Kalau awal-awal ko dah mintak aku call ko, besok-besok aku ler pulak yang kena topupkan kredit hanpun ko gamaknya kan?  heiii...hangiiinnn....hangiiinnn....
 
Ini stock yang tak kenal langsung, entah dari negeri entah berantah mana datangnya dah pandai nak suruh kita call dia. Sebelum ni lagilah, kenal dengan adik member. Asyik mintak airtime share dengan mokcik. Walaupun seringgit, tapi mokcik boleh baca sikap lelaki macam tu. Tak malu ke mintak duit orang perempuan ? Ko bukan laki aku... apa ke halnye... Kang orang kata sengkek..meroyan pulak...
 
Heii...heii...buatkan mokcik teringat lovey dovey mokcik je... adehh...dah sayang-sayang jodoh pulak tak ada... inilah hidup namanye kan.. wokeh... tarik nafas dalam-dalam...
 
Ok..mokcik nak hembus setan yang suka bersarang dalam kepala otak mokcik hari ni. Puh! Puh! Jangan kerja ko nak memanaskan hati aku je. Berambus!

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…