Skip to main content

CATATAN DI DALAM HUJAN...

 

Assalamualaikum…
 
Patutlah malam tadi kemain lagi katak dan kodok ni bersahut-sahutan bercengkarama di longkang-longkang rumah mokcik ni, rupanya hujan turun dengan lebatnya pada waktu subuh tadi. Jadi semalam tu katak tu panggil hujan ke? Takkanlah katak memanggil hujan pulak, yang sebenarnya katak memang tahu ramalan cuaca. Bunyi-bunyian tu memberi tanda kepada alam yang hujan akan turun. Jadi bahasa mudahnya, KATAK PANGGIL HUJAN. Memang pun lepas tu hujan turun.
 
Ok…rekod mokcik hari ni ialah pepagi mokcik dah minum bakteria Yakult. Setengah jam selepas tu mokcik hirup semangkuk kecik kuah lobak putih dengan lobak-lobaknya sekali. Mokcik dapat rasa segala radang dalam badan mokcik ni susut. Dan kencing lawas betul. Badan rasa sedap dan segar. Yang penting, selera makan mokcik sembuh dengan herba tu.
 
Mokcik panggil herba sebab mokcik renehkan dengan api yang sangat kecil. Bawang putih ketuk manja, bawang merah mayang besar-besar, halia ketuk manja juga, kunyit besar kelingking ketuk jugak. Kemudian letak manja dalam periuk kecil. Daun ketumbar, daun kunyit dan lobak putih potong ikut selera kita nak makan. Mokcik tak suka potong tipis-tipis sebab serupa macam tak makan apa. Mokcik potong ikut bentuk jari kelingking mokcik. Kemudian letak asam keping separuh.
 
Tutup periuk dan biarkan ia mereneh sampai mendidih. Waahh... rasanya sangat superb. Rebusan dengan api yang kecik dapat meresapkan semua bahan-bahan semulajadi ke dalam kuah. Bila dah mendidih, letaklah lada sulah atau lada hitam nak bagi panas sikit badan. Garam sikit. Dah. Baca doa dan selawat Nabi lepas tu makanlah. Pagi semangkuk, tengahari semangkuk dan malam semangkuk.
 
Mokcik nak stabilkan badan, nak naikkan mutu sistem imunisasi mokcik. Soal bau tak payah jadikan isu besar. Keju tu rata-rata orang suka makan tapi cuba bau betul-betul. Bau apa? Bau ketiak orang pun ada. Bau badan orang pun ada. Pernah di Egypt dulu, keju kampung (GIBNAH BALADY) yang baunya sebiji macam bau tapak kaki yang berhari tak bercuci. Tapi cuba cicip sikit...maunya tak berhenti korang makan sebab sedap.
 
Lobak putih, peria katak, buah mengkudu, pucuk betik dan kumpulan-kumpulan tumbuhan yang pahit tapi cukup berubat. Hanya disebabkan baunya yang maung, rasanya yang pahit, geleng kepala tak mau makan? Sedangkan ubat-ubat ni Allah sediakan awal-awal di muka bumi ni untuk manfaat manusia, geleng kepala tak mau makan? Kalaulah korang boleh nampak betapa menderitanya perut dan organ-organ dalaman badan disebabkan tabiat pemakanan yang asal melantak je tu, tentu korang takkan menzalimi diri sendiri.
 
Samalah macam orang baru lepas bersalin yang hentam keromo pergi shopping masih dalam hari, dah ke hulu ke hilir memandu kereta pergi sana sini. Proses bersalin tu satu proses yang lemah. Dalam Al Quran disebutkan betapa lemahnya keadaan ibu yang melahirkan. Ko beranak 9 bulan tau, 270 hari lamanya keadaan badan ko macam tu. Alih-alih lepas beranak, ko dah nak meronggeng ke sana ke mari. Belum cukup 30 hari berpantang pun. Mana-mana otot yang longgar dan bengkak-bengkak dalam badan tu belum sembuh dan kembali kepada bentuk asal lagi. Tak ke zalim kepada diri sendiri namanya tu?
 
Mokcik bukannya bidan pun tapi mokcik suka dengar ilmu-ilmu yang bidan ajarkan kepada mokcik setiap kali mokcik tolong kawan mokcik yang sedang berpantang. Mokcik paling tabik pada ibu-ibu muda yang berpegang kuat kepada amalan tradisi leluhur lama kita, warisan perempuan melayu terakhir. Selagi mampu, bagi susu badan. Dan sebelum nak beranak tu, atau sebaik kita tau kita ni mengandung, niatkan dalam hati, “AKU AKAN SUSUKAN ANAKKU INI DENGAN SUSU BADANKU INSYA ALLAH”. Niat tu akan jadi mind set dalam kepala, yang kita akan menyusukan anak kita. Otomatik organ yang terlibat dengan kilang mengeluarkan susu akan beroperasi dengan baik dan lepas kita beranak nanti, pasti air susu akan keluar dengan lancar. Rezeki untuk anak kita. Ahahaha...jangan sesekali lupa yang seluruh sel dalam badan kita ini adalah hamba Allah macam kita. Mereka bekerja mengikut perintah Allah. Kalau awal-awal ko dah kata tak mau nak susukan badan, takut bentuk lari la..apalah... memang kilang susu ko pun malas nak bekerja la jawabnye.
 
Ada banyak benda yang kita kena belajar dalam hidup ni. Belajar ialah proses yang tak pernah berhenti. Semakin banyak yang kita tahu, semakin kita berasa bodoh. Belajarlah tentang kehidupan. Belajarlah mengenali diri sendiri. Belajar sehingga ke liang lahad.
 
Banyak blog-blog pesakit berbahaya seperti kanser dan HIV yang memberi pelajaran dan hikmah kepada mokcik. Isi tulisan mereka mengetuk pintu fikiran mokcik dan sering menyentuh lubuk hati mokcik sehingga airmata mengalir tanpa disedari.
 
“Malu weh kalau dah besar panjang macam ni tak reti baca Quran..”Patah-patah monolog seorang pesakit HIV yang amat cemburu tengok anak-anak sedara dia balik mengaji dengan baju melayu, kopiah dan buku Iqra di tangan. Pesakit ni nak belajar baca Al Quran tapi malu, takut digelakkan atau diejek-ejek orang. Dia merata mencari pusat mengaji yang mengajar khas untuk orang dewasa. Dia sanggup cari tenaga pengajar luar padahal emaknya hebat baca Al Quran. Dia tak sanggup nak belajar dengan emak. Dan tak sanggup beritahu ahli keluarganya yang dia ada HIV. Begitu ketat sekali rahsia disimpan.
 
Mokcik sedih baca kisah hidup dia ni. Mokcik tahu dia menderita dalam segenap segi. Tapi siapa yang boleh menolongnya kalau bukan diri dia sendiri. Allah...dah tua bangka tak reti baca Al Quran... menitis airmata mokcik mengenangkan dia. Mokcik berdoa semoga Allah memberi jalan agar dia dapat melaksanakan niat untuk kembali mendekati tuhan. Nak aje mokcik komen blog dia tu, ajak datang sekolah, belajar dengan mokcik. Daripada dup dap dup dap menunggu result cd4 setiap kali pemeriksaan, lebih baik dengarkan ayat-ayat Al Quran, belajar mengaji supaya hati mencapai ketenangan. Dengan mengingati Allah aje hati akan menjadi tenang.
 
Ok...Mokcik nak berehat dulu...
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…