Skip to main content

CATATAN MALAM


Malam yang indah dan sedikit berbahang...
 
Assalamualaikum...
 
Dalam pada aktif melayan member-member di grup whatsapp, seorang sahabat nyang tetiba meluahkan hasratnya untuk ....

Meminang nyang? couple dengan nyang?
 
Sahabat baik nyang tu perempuan ler, ingat nyang ni lesbian ke? Tak ada maknanya nyang ko nak buang tebiat. Sahabat nyang tu tetiba tulis begini ,"Aku nak belajar Nahu Soroflah dengan kau. Boleh tak?"
 
Sahabat nyang tu seorang guru yang baik. Mengajar pelajar di sekolah menengah. Dia juga seorang penanda kertas SPM dan STAM. Dia juga antara panel penulis buku teks.
 
Kata-kata ini mengingatkan nyang kepada novel yang masih lagi dalam proses pemeraman. Novel tentang manusia yang dahaga kehausan lalu diberi minum dan kenyang. Itu je ke isi cerita novel?
 
Keh keh keh...
 
Nyang bukanlah lahir di dalam Kaabah atau berketurunan Arab. Walaupun hidung nyang mancung tapi muka nyang tetap maintain si hitam manis keturunan Kampar, Riau Indonesia. Bahasa nyang gunakan adalah Bahasa Melayu. Nyang sentiasa cintakan bahasa nyang. Bahasa Melayu. Nyang masih memakai suku adat Kampar di sebelah emak iaitu Suku MelayuRajo.
 
Tapi berkat Islam yang datang ke Indonesia dan menjadikan leluhur nyang sebagai penganut Islam, membawa cahaya Islam ke dalam jiwa suci nyang.
 
Tapi dengan aliran Arab yang nyang jalani semasa di sekolah menengah dan melanjutkan pelajaran di negara Arab, belajar kitab-kitab Arab, dengar pensyarah mengajar campur membebel dalam bahasa arab, membeli barang-barang di kedai arab menyebabkan peluang nyang mendalami agama nyang yang tercinta ini begitu besar dan luas. Ini kerana Al Quran diturunkan di dalam bahasa Arab.
 
Jadi nyang sayangkan bahasa melayu kerana Allah. Nyang sayangkan bahasa Arab juga kerana Allah...
 
Kalau boleh, dengan apa yang telah nyang pelajari selama menjadi mahasiswi di Mesir dan mengambil ilmu di Al Azhar, nyang mahu memberi sumbangan kepada anak-anak di madrasah tempat nyang belajar dulu. Kenapa? Kerana Allah...
 
Sesekali sambil memandu kenderaan, fikiran nyang akan menerawang ke mana-mana, berfikir-fikir...
 
Punyalah jauh duduk di Terengganu tetiba dipostingkan ke Pontian, dari Pantai Timur ke Hujung Benua Asia Tenggara. Apa hikmahnya? Pontian sangat asing dengan diri Nyang padahal Batu Pahat(tempat lahir) tu sebelah je.
 
Hikmahnya ialah nyang dapat mendidik anak-anak orang Pontian di sini, di mana kawasan Pontian inilah tempat berulang-alik mak dan ayah nyang mencari rezeki dari Riau ke mari. Semasa ayah muda, terlalu ramai masyarakat Pontian yang memberi bantuan kepada ayah dengan hati yang baik dan ikhlas. Jadi, barangkali nyang diletakkan di sini kerana perlu membalas jasa-jasa atuk nenek orang Pontian dengan mendidik keturunan-keturunan mereka. Begitulah sedikit sebanyak apa yang ada dalam fikiran nyang. Rupanya terlalu banyak kenangan-kenangan ayah dan mak nyang di sini. Nyang saja yang tidak tahu.
 
Jadi, alangkah bagusnya kalau nyang dapat mendekati anak-anak di madrasah tempat nyang pernah mendapatkan ilmu dulu waktu umur nyang baya-baya mereka. Nyang ingin memberi sumbangan kepada mereka, mendidik mereka dan mengajar kitab-kitab Arab di sana.

Hampir 10 tahun nyang mengajar murid sekolah rendah. Nyang bersyukur atas segala nikmatNya. Atas segala cubaan dan dugaanNya. Atas segala aturan yang telah ditentukan olehNya.

Mungkin dengan permintaan sahabat nyang untuk belajar dengan nyang tu akan jadi langkah-langkah pertama nyang dapat memberi sumbangan kepada anak didik di madrasah nyang nanti. Barangkali...Allah jua yang menentukan.

 
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…