Skip to main content

Ding Dong! SEPTEMBER DATANG LAGI!


Assalamualaikum warahmatullah...
 
Bulan ini memang bulan yang penuh dengan sesuatu yang manis-manis buat patik. Contohnya setiap kali bulan ini hadir, patik mesti diuji dengan kesihatan yang merudum. Tapi patik bersyukur, apabila patik tak sihat, patik akan terfikir betapa indah dan pentingnya tubuh badan yang sihat. Dan dengan begitu, patik akan sedaya-upaya menjaga kesihatan dengan lebih baik daripada sebelumnya.
 
Okehlah, lama jugak patik tak bersilat di arena gelanggang blog kesayangan patik ni. Malas nak membuka lappy. Banyak-banyak penyakit, penyakit inilah yang susah nak diubati haha... penyakit malas tahap cipan.
 
Isu kertas soalan UPSR bocor. Semua dah tau pun kan. Bapak patik pernah cakap, kalau sentiasa buat baik tu bukan manusia tapi malaikat. Kalau sentiasa buat jahat pun bukan manusia juga, itu syaitan. Yang namanya manusia ialah tetap akan melakukan kebaikan dan kejahatan.
 
Dalam isu ni, patik tak minat nak salahkan sesiapa. Tapi patik amat terkilan dengan sebilangan mereka yang profesion sama macam patik. Kalau dapat pun soalan bocor ke, soalan berlubang ke, jika diri kita ada sifat amanah, kejadian pelik-pelik ni takkan berlaku. Beri  murid skema jawapan serupalah kita merosakkan jati diri murid kita. Malas patik nak ulas lanjut sebab patik ni kuli yang tak berapa nak ikut cakap bos. Bagi patik, kalau murid tu semua pandai, tentu semua 40 orang murid dalam kelas akan dapat nombor 1.
 
Tahap pencapaian murid berlainan antara satu dengan yang lain. Abu selalu dapat nombor corot di dalam matapelajaran di sekolah tapi Abu pandai membaiki motosikal yang rosak. Ali selalu dapat nombor 39 tetapi Ali paling pandai melukis mural di dinding sekolah. Siti selalu dapat nombor 38 tetapi Siti seorang juara larian acara balapan 4x600 meter.
 
So ibu bapa yang ada anak tu, jangan main sebat je semua anak kena dapat nombor 1. Semua anak kena kerja jadi cikgu. Semua anak kena masuk sekolah berasrama. Semua anak mesti kerja bagus. Bimbinglah anak-anak mengikut kecenderungan mereka dalam satu-satu bidang tersendiri.
 
haaa..kan dah melarat patik meraban...ok tutup cerita.
 
Orait, bulan ini juga bulan yang penuh dengan kurniaan dan pertolongan Allah. Entah kenapa secara tidak sengaja, patik berazam untuk lebih berjimat cermat dan menghargai rezeki dengan lebih baik daripada sebelumnya.
 
"Ada dua hari lagi..."Lovey-Dovey patik tetiba mengingatkan patik akan hari lahir patik yang ke 189 tahun. Keh keh keh...
 
Selalunya lovey dovey patik tak pernah ingat pun hari lahir patik. Ini membuatkan patik teringat nostalgia zaman 60an dulu di mana ada seseorang juga mengatakan...
 
"Ada tiga hari lagi..."Beliau mengingati tarikh lahir patik dengan tepat tanpa patik sedari. Eh, macam mana beliau boleh tahu padahal masa tu belum ada facebook lagi? Kih kih kih...
 
Ala patik dah tua, tak kuasa nak ingat tarikh lahir tu semua macam zaman kanak-kanak rebina dulu. Yang penting setiap tahun, usia kita akan bertambah dan jarak kita ke alam abadi juga semakin bertambah dekat.
 
Semakin dekat hari kelahiran patik, semakin patik teringat kawan-kawan yang telah pergi meninggalkan patik dalam usia yang cukup muda. Ajal maut tak mengira tua muda. Bukti sudah berlaku depan mata patik. Biasa baca surat khabar je, sekarang ni tengok dengan mata kepala sendiri mayat kawan terbujur kaku. Semoga patik sentiasa diberi insaf dan petunjuk oleh yang maha kuasa. Amin.

Sepanjang patik hidup di dunia ini, sudah banyak kurniaan Allah yang patik dapat. Oleh sebab pengaruh dan tipu daya iblis syaitan ni, patik pun selalu jugak terlupa akan nikmat-nikmat yang pernah patik peroleh. Tapi apabila nikmat yang Allah beri selama ini ditarik baik, barulah patik tahu dan sedar akan nikmat-nikmat Allah yang tidak mampu patik dustakan.

Sekarang patik sedang berusaha membasmi segala pembaziran. Patik baru saja batalkan akaun broadband dan panggilan telefon pascabayar patik. Kata pokcik celcom, "Mokcik tak ada masalah pembayaran dalam akaun mokcik..."

"Boleh saya tahu, kenapa mokcik nak buat pembatalan?"

Tak ada masalah pembayaran bukan bermakna patik sudi membazir duit untuk kegunaan yang tak seberapa. Setelah patik mencongak-congak macam orang bijak, patik buat keputusan muktamad untuk matikan semua akaun yang ada. Wah, dahsyat jugak patik ni ya.

Patik yang dulu bukanlah patik yang sekarang (ikut nada TEGAR...keh keh)...

Patik akan pastikan patik bayar apa yang patik guna saja.

Ok..sebelum hari lahir patik tiba, patik nak luahkan cita-cita patik. Tapi rasanya cita-cita tu macam angan-angan je kot. Kih Kih..

Patik nak berhenti jadi cikgu dan nak bela kambing. Boleh tak? Ada harapan tak? Logik tak?
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…