Skip to main content

GERAM DENGAN KECIK-KECIK MOKCIK...





Keadaan kelas masih meriah. Mokcik mulakan pengajaran macam biasa, awal pagi dengan bacaan Doa dan arahkan buku teks dibuka.

 

Sambil baca petikan pelajaran sambil perhatikan keadaan murid-murid. Lima minit berlalu, mokcik masih bergerak dari meja ke meja, memperdengarkan bacaan teks dan mendengar bacaan murid. Masuk minit yang kesepuluh...

 

“Kamu berdua bangun!”Suara mokcik menggempa macam halilintar membelah bumi. Abu dan Adi(bukan nama sebenar) cepat-cepat bangkit, bangun.

 

“Dari tadi lagi saya bersabar dengan gelagat kamu tau. Dari masa perhimpunan tadi lagi. Orang dok berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku, kamu buat apa tadi?”

 

Semasa majlis perhimpunan pagi tadi, kebetulan mokcik nampak jelas gedik budak-budak ni masa lagu Negaraku dikumandangkan. Tengah menyanyi, takkanlah mokcik nak tegur. Mokcik sabar jelah. Eh, masa kelas mokcik pun depa ni naik minyak, sebiji macam ulat beluncas. Tak boleh nak duduk diam. Kawan-kawan tekun membaca, dia boleh ketawa-ketawa, berbisik entah borakkan apa.

 

“Siapa yang ajar boleh bergelak ketawa masa nyanyi lagu Negaraku? Spesis apa ni sampai tak tahu nak menghormati majlis ilmu?”

 

Pepagi lagi dah buat mokcik naik angin. Nasib baiklah mokcik cepat pujuk hati yang panas. Malas nak membebel lama-lama, kang mulut mokcik juga yang kena sariawan. Budak-budak ni sekali tengking je dah terdiam tak berkutik. Kang lebih-lebih dimarah, menangis pulak. Setakat tu je pun mokcik marah. Lepas tu sambung belajar semula.

 

Satu hal lagi kalau suruh warnakan gambar. Baju pun kaler hijau, seluar pun kaler hijau dengan muka-muka sekali kaler hijau. Punyalah malas nak mewarna budak-budak kecik ni. Mokcik ingat lagi dulu kemain lagi susah nak dapat pensil warna, maklumlah mak ayah mokcik niaga pasar malam je. Manalah terfikir nak belikan pensil warna untuk anak. Mokciklah yang pergi cari sendiri. Jaga betul-betul. Kalau mewarna tu, warna dengan bersungguh-sungguh. Tak boleh terkeluar sikit dari garis. Punyalah berhati-hati. Ini dengan kaki tangan muka semua satu warna. Manalah cikgu ko tak angin satu badan kan. Katakanlah itu gambar pemandangan di laut, dengan ikannya, awannya, air lautnya, pasir dan pokok kelapa tu, semua kaler biru.


 

“Cuba kalau cikgu kaler muka kamu,hidung kamu, telinga kamu, baju dan seluar kamu dengan warna oren. Nak tak?”

 

Mereka lari balik tempat duduk sambil tersengih-sengih.

 

Eeeee budak-budak kecik ni. Dengan mokcik-mokcik sekali rasa macam budak-budak bila dah tensen. Pakkal je korang ni comel-comel semuanya...

 

 

 

 

 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …