Skip to main content

ISU KAD KREDIT

"Aku nak apply kad kreditlah, seronok aku tengok dia orang main swipe je. Senang sikit nak shopping kalau poket tengah kopak."




Keh keh keh....

Patik tersenyum dengar ayat begini daripada mana-mana manusia. Itu tandanya orang itu tidak tahu apa sebenarnya kegunaan dan fungsi kad kredit.

Patik masih baru dalam dunia kad kredit, baru 7 tahun gunakannya tapi patik tak nampak fungsi kad kredit ini menyenangkan diri kalau duit tengah tak ada.

Kad kredit membantu patik apabila tiada wang tunai di tangan tetapi wang itu ada di dalam simpanan. Jadi, kad kredit berfungsi sebagai wang tunai sementara. Dalam tempoh 20 hari, patik perlu bayar semula nilai wang tunai yang patik gunakan dalam kad kredit. Tiada cas. Tiada denda. Tiada apa. Selamat.

Dari segi pertolongan, itulah sahaja bantuan yang boleh kad kredit beri kepada patik. Dari segi manfaat dan faedah, patik tak banyak tahu sebab patik jarang gunakan kad kredit. Tapi ada sebahagian pembelian dengan menggunakan kad kredit, harga menjadi murah.

Contoh : Beli pizza dengan kad kredit akan dapat 30% diskaun. Beli tiket movie buy 1 free 1 dengan kad kredit. Jadi buat apa beli dengan wang tunai. Lebih baik beli dengan kad kredit. Yang penting, bayar semula dengan tidak melebihi tempoh 20 hari. Tiada sebarang charge dikenakan.

Bagi diri patik, ini semua salah satu bentuk permainan duniawi. Salah satu bentuk tipu daya. Jikalau nak menggunakan kad kredit, patik kena bijak dan ingat bila tarikh patik gunakan kad kredit dan sentiasa semak perjalanan kewangan patik. Sehari sahaja terlewat bayar, bunganya bukan sedikit. Patik tak sudi bagi bunga kat bank. Lebih baik bagi bunga kat lovey dovey patik...keh keh...

Bank mana yang nak rugi. Setiap produk perkhidmatan yang mereka promosikan, tentu nak menguntungkan mereka. Malah, patik tak pernah apply kad kredit pun, tapi bank dah sediakan dengan alasan ,"Mokcik salah seorang daripada mereka yang terpilih."

Terpilih ngek mu!

Oleh sebab Air Asia waktu itu belum menyediakan bayaran secara debit kad, patik amat memerlukan kad kredit. Dah kita pun hidup merantau, sekejap terpelanting ke Terengganu, ke Johor, Ke Indon... mahu tak mahu, kena gunakan juga kad kredit apabila beli online. Nak harga murah ler katakan.

Nasihat patik, kalau anda berasa mahu memiliki kad kredit untuk senang bershopping sebab duit tak ada, anda sedang bercita-cita  memiliki jerat untuk menjerut leher anda sendiri.

Tapi kalau anda tahu cara menggunakan kad kredit dengan betul tanpa merugikan diri anda, tahniah!

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…