Skip to main content

MERABANKU DATANG LAGI...


 Malam ni cerah dan agak panas tapi air paip sejuk sangat pasal semalam tu hujan lebat.
 
Assalamualaikum..
 
Hari ni nyang menghadiri taklimat peperiksaan UPSR di Pusat Kegiatan Guru. Pendaftaran pukul 7.30 pagi tapi biasalah kan. 7.30 pagi tulah nyang baru nak lenggang kangkung hidupkan enjin kereta, minum susu dan check keadaan rumah sebelum keluar. Sampai PKG, daftar kedatangan pun tak ada lagi. Malas nyang nak membebel. Nyang sendiri boleh sauk pen merah pulak, punyalah banyak pen dalam beg. Malas nak bebelkan diri sendiri.
 
Nyang agak konsentret jugak dengar taklimat berjam-jam tu. Maklumlah, dah jadi Timbalan Ketua Pengawas. Dahlah musim orang sakit mata sekarang ni. Dibuatnya Ketua Pengawas kena sakit mata, tidak ke berpinar pulak mata Nyang nak menggantikan tugas berat tu nanti. Berlapis-lapis borang nak diisi. Dengan karung kertasnya lagi, dengan pagi-pagi buta dah terpacak di depan bilik kebal... jenuh! Jenuh!
 
Nyang tak suka tugas menjadi pengawas peperiksaan. Tapi selalunya perkara yang kita tak suka tulah kita akan dapat. Kan? Tak suka tetaplah tak suka tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Laksanakan apa yang termampu.
 
Satu ketika semasa nyang memandu di jalanraya, terdengar patah-patah kata ini:
 
“Nyamanlah arjuna beta...Mimpikan yang indah saja...Nanti bila kau buka mata...Semua tak serupa...” – Nyanyian Fynn Jamal
 
Bait-bait lagu ini seakan sembilu yang menusuk kalbu sehingga airmata tumpah tanpa disedari.
 
Nyang tujukan lagu ini buat kamu semua, yang belum teruji dan belum terkesan dengan warna-warni sebenar dunia yang penuh pancaroba ini. Buat kamu yang selalu mengerti bahawa yang pahit itu pahit. Yang manis itu manis. Mungkin jika kamu berjaya jumpa lagu ini ketika usia kamu seperti nyang, kamu juga akan rasakan seperti apa yang nyang rasa.
 
Betul...lapangkanlah dada kita seluas perigi, pasti hidup ini dapat diteruskan lagi sampai waktu yang ditentukan. Dunia ini terdiri daripada masa dan ruang, pastilah fizikal diri kita juga tertakluk dalam dimensi ini. Akan bermula dan akan berakhir. Tapi ruh kita bukan dunia ini tempatnya. Perasaan hati kita, bukan dunia ini miliknya. Ruh kita tiada rupa fizikal.
 
Ya allah...telah terpapar di layar hidupku akan dunia yang kau katakan penuh dengan permainan dan tipu daya. Telah kulihat hitam kelabu sandiwara di dunia sementara ini. Teguhkanlah hatiku, kuatkanlah semangatku untuk meneruskan kehidupan ini sampai batas waktu yang telah kau tentukan untukku.
 
Ok...nyang nak berehat.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …