Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

CERPEN : CATATAN TENTANG HATI

Assalamualaikum warahmatullah...
Pagi Ahad yang redup dan tenteram. Perhimpunan pagi yang berjalan lancar dan kerja-kerja online yang hampir siap. Fuh... tak sabarnya nak selesaikan semua kerja ni dan zoooommmmm....terbang ke pangkuan keluarga...ahaks....
“Beb, kau masih tak beli apa-apa perabot lagi ke?” Member kat kantin bertanya tentang keadaan teratak aku. Hahaha...
Sedar tak sedar dekat setahun aku menetap berbekalkan barang-barang lama dari rumah sewa. Tak beli apa-apa pun lagi. Uuuu...sedih dengornye ke?
Tak ada hutang apa-apa...Oo yeahh!! Itu yang penting baby...sabar dulu...sabar. Kalau nak mewujudkan benda-benda hutang ni, sekelip mata je. Hari ni order, esok dah menyemak kat teratak aku ni. Tak payah nak kelam-kabut sangat. Lepas tu leher mulalah tercekik nak membayarnya kan?
Bukan tak nak beli benda-benda tu semua. Waktunya akan tiba juga beb... aku faham pertanyaan-pertanyaan member aku ni. Maklumlah, kami dapat jumpa setengah jam je setiap hari di tempat kerja. Waktu kerja…

CERPEN DI MALAM HARI....

Apabila persekolahan dah menuju ke penghujung sesi, kerja-kerja atas talian mulalah nak hempuk kepala. Alhamdulillah bilik kerja ada wifi. Kalau tak ada, meratiblah aku 24 jam pasal nak buat kerja tak ada line internet. Haha.. Malam ni laju pulak line internet asas hotlink dalam aiponpoes aku. Tau jelah kalau dah 64kbps tu kan, nak download pic pun lama kemain lagi. Tapi aku suka hati. Nak guna internet boleh langgan. Tak nak guna, tak payah. Duit selamat. Dekat sebulan aku pakai hotlink prepaid ni, kredit still ada 38Rm lagi. Ha, ni bukti kukuh betapa aku jarang sesangat nak call orang kecuali keluarga cayang aku. Kalau call kawan atas urusan kerja pun, tak sampai seminit pun bercakap. Selebihnya dalam whatsapp je. Ahaks... hidup terasa di syurga bila kita bayar apa yang kita gunakan sahaja. Hohoho... Cuti seminggu deepavali lepas, aku sorang je yang keje. Sahabat-sahabat lain bercuti. Oleh sebab aku kerja, aku tak dapatlah nak layan geng-geng aku tu. Kekadang, ada satu waktu di mana …

TERKENANG SEMASA DULU....

Hujan rintik-rintik...sungguh damai lagi aman sejahtera.. Assalamualaikum.... Ha ni ler alam bebudak yang asyik nak bermain setiap masa. Macam 24 jam yang ada ni tak cukup-cukup nak main. Masa TASMIK pun nak main benda ni. Bila cikgunya dah rampas...muka terus monyok 14. Padan ler muka. Meh cikgu pulak nak main..hihihi... Rupanya permainan aku masa kecil ni masih wujud lagi sampai abad millenium...ahaks... Memang benda ni boleh melekakan kita sebab di sebalik setiap warna yang kita pilih ada nombor yang tersembunyi. Bila dah dah pilih nombor, ada pulak kata-kata best di sebalik nombor tu pulak. Kan macam misteri gitu... padahal entah apa-apa yang seronok sangat tu. Tapi aku tak nafikan, benda ni sangat buat kita tergila-gila nak main. Tapi masa aku kecik dulu lagi panjang-panjang tulisan belakang nombor tu. Contoh : Dah besar nanti awak akan jadi puteri raja. Bila terkena ayat tu apalagi, perasan ler diri tu akan jadi puteri raja. hahaha... lepas tu main lagi dan lagi...dah jemu buat pula…

DIARI OKTOBER...

Pagi yang indah lagi damai, dingin dan hening. Assalamualaikum...

Dah lama daging korban tu dalam peti. Daging pemberian sahabat baik alias kakak tersayang aku sebab umurnya tua 5 tahun. Sahabat satu tempat kerja yang terlalu baik sehingga kalau sesiapa cuba membuli dia, aku yang akan menyinga. Ahaks...yes...memang aku bajet bagus...peduli apa aku. Manusia ni, makin orang tu baik, makinlah suka ambil kesempatan kan. Tapi cuba kalau kena batang hidung sendiri...

Aku ni pulak bukan pemakan daging orangnya. Kalau memasak tu, mesti nak masak ikan. Masa dok egypt pun sama, susah nak makan ayam atau daging. Ikan je. Jadi aku fikir-fikir, kang lagi lama daging tu dalam peti lagilah macam batu kerasnya. Tapi nak masak apa?

Dengan keadaan gigi yang dah mula merosot akan kesihatannya ni, dah pandai ngilu tak kira masa, tak tentu waktu...makan sejuk pun ngilu, makan panas pun ngilu...lagilah aku sensitif dengan daging. Inikan pulak nak makan daging goreng berlada yang jelas-jelas akan tersangkut d…

MOMMYYY.....I AM COMING.... INSYA ALLAH

Puaslah aku teliti route Air Asia, Firefly, Malindo Air dan MAS dalam internet. Susahnya nak cari perjalanan yang lancar Johor Bahru ke Pekanbaru. Payah betul. Elok-elok dah dapat dengan Firefly, jarak antara dua penerbangan tu pulak terlalu singkat. Dibuatnya beratur panjang nak semak passport dan check bagasi, ada jugak aku tertinggal penerbangan yang berikutnya kang.. Cuba survey dengan MAS. Hampeh. MAS tak terbang ke Pekanbaru. Ohh... macam nak tensen. Bukak balik website Air Asia. Dah jenuh dengan penerbangan AA sebenarnya. Antara satu penerbangan dengan penerbangan lain memang tak masuk akal waktu berlepasnya. Dari -JHB-Kul 7.15- 8.05 pagi. Tup tup dari KUL ke PKU waktunya 4 petang. Apa aku nak buat berjam2 dalam airport tu? Lagilah bila survey blog-blog, depa tulis kawasan di KLIA2 antara satu tempat ke satu tempat tu jauh. Aku dapat bayangkan nak menapak jejauh macam di LCCT dulu. Hadoi... Tutup balik website AA. Apa kata naik feri je? Sama jugak sampai lambat kalau naik AA pun…

KISAH SEORANG TEMAN...

Ada seorang sahabat meluahkan masalah rumahtangganya sebaik aku bersalam dan bertegur sapa, “Akak apa khabar? Kurusnya sekarang...” Umurnya 60 tahun. Hehe...sahabat? Sepatutnya aku memanggilnya makcik. Tapi bila dia bahasakan diri ‘akak’, aku ok je. Layan. Hehe. Tapi jangan sesekali orang yang jauh lebih muda daripada aku, sesuka hati bahasakan aku, ‘kakak.’ Umur dahlah 7 tahun, ada hati nak panggil aku kakak pulak. Makcik okay! Yang pelik lagi tu tak sedar-sedar diri tu lebih muda, kemain plak bahasakan diri ‘kakak’ dengan aku. Lepas tu main ‘engkau aku’ je dengan aku. Gila punya tak bersopan. Bila dah nampak terang-terang di kad pengenalan aku yang aku lebih TUA...ha baru kau nak terkebil-kebil. Tapi yang paling tak boleh tahan tu, dah tua tak sedar-sedar diri boleh kecik hati pulak bila kita panggil dia ‘kakak’. Takkanlah nak kena beritahu yang adab kaum melayu islam di negara kita yang makmur dan aman tenteram ini antaranya ialah menghormati orang yang lebih tua. Bukan tua berkedut…

STRESS DAN REFLEKSI BADAN

Apabila kita stress...sebenarnya tubuh fizikal kita juga menerima bahananya... setuju?

Assalamualaikum...

Tak setuju pun tak apa..tak ada siapa nak marah..hehe.. tapi realiti ini berlaku pada diri aku. Memandu dari Johor ke Terengganu pergi balik sudah tentu buatkan aku letih dan stress di jalan. Hari aku memandu tu, badan tak rasa apa-apa melainkan penat aje. Tapi beberapa minggu selepas itu, barulah aku akan kena sakit-sakit satu badan. Tu sebagai salah satu contoh daripada pemerhatian diri ke atas tubuh sendiri semasa menghadapi tekanan. Banyak lagi perkara yang seumpama dengannya.

Apabila kita mendengar curahan hati teman-teman, ada hentaman tenaga-tenaga negatif yang menghala kepada kita tanpa kita sedar. Badan dan fikiran kita juga akan menerima kesannya secara tidak langsung.

Tapi semua tu boleh ditawarkan dengan mendekatkan diri kepada Yang Esa. Daripada kita buka mp3 Al Quran sepanjang hari di rumah, lebih baiklah kita sendiri yang membaca Al Quran tu walau satu juz, satu ain, …

WELCOME SANG TENGKUJUH....

Salam tengkujuh di angin lalu...


Dua hari lepas kemain teriknya panas membahang. Tetapi kemudian petangnya menjadi gelap dengan awan kelabu berarak laju mengikut gerak angin kencang yang tetiba merubah suasana. Gelap macam nak malam. Aha...sepertinya Sang Tengkujuh sedang melambai tangan sambil berkata,"Aku datang lagi..!!" Petir bagai gegak gempita, kilat pula sabung menyabung... pancarannya terkadang bagai melibas sampai ke kulit badan. Hujan tidak pula lebat seperti perut besar awan hitam yang bergerak laju sebelum itu. aku cepat -cepat bersembunyi dalam mini toto di ruang tamu depan tv. Inilah masanya nak berdengkur...keh keh keh... semua soket aku tutup. Wah... seronok sangat membuta lepas solat dan makan. Kertas exam nak ditanda kemain banyak lagi tapi nanti dulu...ahaks... tidur dulu...akhirnya zzzz....hilang ke alam mimpi. Batuk ni mula hilang tapi sekali datang tengah-tengah mata mengantuk nak membuai mimpi. Mencucuk-cucuk kemain gatal. Sakit dada dibuatnya sampai bera…

MONOLOG SEPI

Subhanallah...masa sangat cepat berlalu..
Assalamualaikum..
Bulan ini boleh dikatakan bulan aku boleh menarik nafas lega. Kiranya dasar berjimat yang aku amalkan ni dah mula menampakkan kesannya. Alhamdulillah...
Sempena sakit gigi hari itu, di kantin pun persidangan berkisar tentang tajuk gigi. Hahaha... semua nak bercerita tentang pengalaman memasing tentang gigi dia orang. Kekadang kelakar jugak...time makan pulak cakap pasal bedah gigilah, korek gigilah, bengkak tak surut-surutlah..bius tak makan ler..memacam.. hehe..nasib baik berselera makan.
Mesyuarat guru buat kali yang ke berapa entah, tak ingat den. Bila dah ada assistant ni, kerja-kerja buat minit mesyuarat dah beralih tangan. Hehehe...bagilah pulak peluang kepada muka baru kan. Asyik muka ni jadi s/u mesyuarat sejak tahun 2008, macam tak ada cikgu lain pulak kan. GB sampai dah bertukar ganti, den jugak yang tetap dan berpencen dengan tugas-tugas tu.
Sepanjang 8 tahun den berada dalam bidang ini, kebanyakan guru lain dah bert…

BILA KURINDU....

Minggu peperiksaan akhir tahun...
Assalamualaikum..
Masih setia dengan kerja-kerja di bidang pendidikan. Fotostat kertas soalan, laksanakan peperiksaan, tanda kertas soalan dan beri markah.
Aahh...macam mana keadaan emak dan ayah sekarang agaknya di sana? Mungkin masih tenang dan damai dengan kegiatan masing-masing. Ayah yang sibuk dengan perusahaan rumah kos berjumlah 30 buah di bandar Pekan Baru. Emak yang sentiasa ingin bermesra dengan alam, menyusuri tanah jalan yang dihiasi kawat berduri di kiri kanan, mengharungi sungai Kampar yang dingin airnya dan menjaga kerbau-kerbau yang seronok memagut rumput di Pulau Tempik, Bangkinang, Kampar.
Rindunya pada emak dan ayah. Laut Sakti Rantau Bertuah. Pepatah ini menjadi prinsip hidup turun-temurun, dari generasi ke generasi sehingga setiap anak muda di daerah Kampar seakan wajib merantau untuk mengubah nasib hidup.
Laut sakti. Terkadang terlihat damai dan tenang. Terkadang alun ombaknya membesar dan mengganas ketika menghempas pantai. Tiada …