Skip to main content

CERPEN : CATATAN TENTANG HATI






Assalamualaikum warahmatullah...

Pagi Ahad yang redup dan tenteram. Perhimpunan pagi yang berjalan lancar dan kerja-kerja online yang hampir siap. Fuh... tak sabarnya nak selesaikan semua kerja ni dan zoooommmmm....terbang ke pangkuan keluarga...ahaks....

“Beb, kau masih tak beli apa-apa perabot lagi ke?” Member kat kantin bertanya tentang keadaan teratak aku. Hahaha...

Sedar tak sedar dekat setahun aku menetap berbekalkan barang-barang lama dari rumah sewa. Tak beli apa-apa pun lagi. Uuuu...sedih dengornye ke?

Tak ada hutang apa-apa...Oo yeahh!! Itu yang penting baby...sabar dulu...sabar. Kalau nak mewujudkan benda-benda hutang ni, sekelip mata je. Hari ni order, esok dah menyemak kat teratak aku ni. Tak payah nak kelam-kabut sangat. Lepas tu leher mulalah tercekik nak membayarnya kan?

Bukan tak nak beli benda-benda tu semua. Waktunya akan tiba juga beb... aku faham pertanyaan-pertanyaan member aku ni. Maklumlah, kami dapat jumpa setengah jam je setiap hari di tempat kerja. Waktu kerja manalah sempat nak berbual-bual. Kantin tulah tempat dating tiap hari. Topik kalau berbual kat kantin tu tak menahan, tajuk-tajuk agama, tajuk misteri, tajuk kesihatan dan macam-macam yang auranya besar gila. Seronok sampai tak sedar masa dah habis.

Haha... bila depa ajak aku ke rumah, aku liat je. Adoi aii...aku kalau part nak berborak dengan member-member yang dah berkeluarga ni, payahnya keadaan. Bukan apa, alam dah lain. Suasananya pun lain. Tak berapa suka nak melepak rumah orang. Tapi ada satu rumah member dah kahwin yang aku suka lepak. Ini sebab sejak dia belum beranak sampailah dah anak tiga, aku memang dah lepak rumah dia tiap kali balik sekolah. Rumah sewa dia waktu tu dekat je dengan sekolah.

Rumah sewa aku panas gila. Aku rasa, aku sorang je boleh tahan duduk rumah sewa tu. Orang lain takkan boleh punya unless letak sebiji aircond. Sebab tu tiap kali balik sekolah aku akan lepak rumah kawan aku ni. Bila matahari dah nak jatuh, barulah aku blah balik rumah. Seiring dengan tu, anak-anak dia membesar dengan adanya aku. So, aku dah terbiasa. Jadi, sampai sekarang pun, walaupun memasing dah duduk rumah sendiri, disebabkan lorong rumah dia selang 4 lorong je, aku peduli apa. Aku datang je waktu laki dia kerja siang. Atau kerja malam. Memain dengan anak dia. Tu je. Hehe... alang-alang dah satu taman kan. Kekawan lain pun ramai, yang selorong dengan aku ni ha. Tapi tak ler pulak aku nak melepak kat rumah dorang ni. kih kih....apa kehalnye...

Rumah kecil atau rumah besar, dapat duduk di rumah sendiri adalah sesuatu yang sangat mesti disyukuri. Daripada aku nak melengkapkan rumah aku ni sekaligus dengan berhutang besar, lebih baik keadaan aku yang sekarang. Tak payah nak fikir apa-apa. Perlahan-lahan, rumah ini akan penuh jugak. Perlahan-lahan...rumah ini akan diperbaiki dan diperlengkapkan. Perlahan-lahan. Sabar... akan tiba waktunya nanti.

Setiap manusia ada cara dan jalan cerita hidup masing-masing. Kan? Kadang dua orang yang duduk sebelah-menyebelah, sorang sedang berbahagia, sorang lagi menderita. Siapa dapat meneka? Apa dalam hati orang manalah kita tahu.

Tapi setiap kali aku mengenang hari-hari yang telah lalu, kesempatan-kesempatan yang telah aku lepaskan, peluang-peluang baik yang aku abaikan, musibah-musibah yang aku harungi, kesakitan demi kesakitan yang aku rasai....aku terpujuk dengan kata- kata ini:

“Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (lauhul mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”- Surah Al Hadid, ayat 22-23.

Kita berusaha merancang masa depan. Tapi kenapa hasil yang kita dapat tak selari dengan plan dan tindakan yang kita usahakan? Kita buat banyak perbandingan dan pilihan, kita habiskan banyak waktu dan tenaga untuk berfikir apa yang terbaik untuk kita tapi kenapa pilihan atau keputusan yang kita ambil tu ternyata tak menepati seperti apa yang kita mahukan? Kenapa? Kita mula berfikir...mencari salah silap di mana-mana tempat yang mungkin kita terlepas pandang. Kemudian kita kaitkan dengan setiap orang yang terlibat dalam konflik hidup kita dan mula menuding jari menyalahkan si A, si B atau si C. Kita sedih. Kita kesal. Kita dendam. Kita murung. Kita sakit. Kita mati.

Kita terlalu banyak impian. Terlalu banyak membazirkan tenaga dan akal fikiran sehingga tubuh badan menerima bahana, beransur sakit dan lemah sebelum waktunya. Kita kejarkan kesempurnaan. Kita nakkan serba-serbi yang sempurna semata-mata dengan tujuan keduniaan dan material. Kita lupa ada yang lebih besar daripada itu. Entah memang lupa atau kita memang tak tahu ada yang lebih berkuasa daripada akal fikiran kita.

Aku sukakan Ali. Tapi jodoh aku ternyata dengan Atan. Kenapa bukan dengan Ali? Kenapa tak paksakan jodoh tu supaya akan jadi dengan Ali? Kenapa tak halang jodoh tu agar bukan dengan Atan?

Kadangkala kita harus menjadi anak kecil untuk sampai ke alam malakut. Tidak perlu bertanya macam-macam dan cukup dengan diam. Kerana banyak pertanyaan memang dapat mengurangkan masa kecil kita. - Kata Nabi Zakaria a.s dalam filem Mariam Muqaddas.

Betapa letihnya terlalu serabut dan berfikir macam-macam masalah yang membelenggu kehidupan padahal kita boleh meminta tolong kepada Yang Maha Mengetahui dengan solat dan bersabar. Di samping otak kita yang jelas boleh diteropong dengan sinar X, kita juga mempunyai ruh yang tak boleh dilihat dengan apa gadget tercanggih di dunia sekalipun.

Di samping bucu-bucu masalah dan sejumlah dugaan, masalah, dan konflik yang menghiasi hidup ini, terdapat sisi-sisi perkara dan masalah yang tak dapat dicapai oleh akal biar bagaimana keras kita berusaha memikirkannya. Kita takkan jumpa. Kerana ada yang lebih tahu apa yang kita tak tahu.

Itu sekadar pandangan aku berdasarkan pengalaman-pengalaman hidup dan apa yang telah aku lalui masa demi masa. Sebab itu aku terpujuk dan amat tenang mengingat ayat-ayat itu. Dengan ayat itu, aku takkan menyesal mengenang asal usul diri. Dengan ayat itu, aku takkan menyesal kerana mempunyai emak dan ayah yang tidak berpendidikan tinggi. Dengan ayat itu, aku tak menyesal membesar dengan penuh kesulitan dan payah. Dengan ayat itu, aku tak menyesal dengan rupa paras yang telah ditentukan untuk aku. Dengan ayat itu, aku redha dengan perkara yang telah lalu.

Dan aku akan terus cuba dan berusaha agar aku dapat memaafkan dengan mudah kesalahan semua orang terhadap diri ini...




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…