Skip to main content

CERPEN DI MALAM HARI....


keh keh keh.... ya iyalah...
Apabila persekolahan dah menuju ke penghujung sesi, kerja-kerja atas talian mulalah nak hempuk kepala. Alhamdulillah bilik kerja ada wifi. Kalau tak ada, meratiblah aku 24 jam pasal nak buat kerja tak ada line internet. Haha..
 
Malam ni laju pulak line internet asas hotlink dalam aiponpoes aku. Tau jelah kalau dah 64kbps tu kan, nak download pic pun lama kemain lagi. Tapi aku suka hati. Nak guna internet boleh langgan. Tak nak guna, tak payah. Duit selamat. Dekat sebulan aku pakai hotlink prepaid ni, kredit still ada 38Rm lagi. Ha, ni bukti kukuh betapa aku jarang sesangat nak call orang kecuali keluarga cayang aku. Kalau call kawan atas urusan kerja pun, tak sampai seminit pun bercakap. Selebihnya dalam whatsapp je. Ahaks... hidup terasa di syurga bila kita bayar apa yang kita gunakan sahaja. Hohoho...
 
Cuti seminggu deepavali lepas, aku sorang je yang keje. Sahabat-sahabat lain bercuti. Oleh sebab aku kerja, aku tak dapatlah nak layan geng-geng aku tu. Kekadang, ada satu waktu di mana aku tak mahu diganggu sesiapa. Walaupun itu sahabat-sahabat baik aku sendiri. Kekadang juga, aku perlu ruang untuk diri aku sendiri. Hairan ya, punyalah 24 jam masa sendiri, masih lagi nak ruang menyendiri? Hihihi...
 
So..malam ni menaip bertemankan segelas panjang carrot+belimbing dingin. Tiada gula. Tiada tambahan lain. Asli. Ops...serik letak di sebelah lappy, macam kejadian teh panas dulu sampai meranapkan acer 4737z yang sangat aku sayang-sayang. Pengajarannya, jangan terlalu sayangkan sesuatu nanti tak lama dok kat tangan. Satu lagi, jauhkan minuman dari meja sekiranya meja tu ada kaki yang boleh terlipat tak sengaja. Boleh gitu? Ahaks..
 
Sempena tahun baru hijrah ni, aku berdoa semoga hari-hari yang mendatang memberi seribu kebaikan dan kesejahteraan dalam hidup. Tak berani nak menganyam macam-macam impian lagi. Asalkan aku sihat, boleh bekerja dengan baik, boleh berbakti kepada orang tua, selalu berusaha memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Yang Menciptakan....aku dah cukup bersyukur. Aku dah cukup berasa tenang sehinggalah tiba waktu yang telah ditentukan.
 
Malam ni aku nak bercerita tentang ‘sabar’ dari persepsi aku sendiri. hm....aku antara orang yang nampak macam tak sabar, tapi sebenarnya seorang yang penyabar. Kekadang nampak macam cool tapi sebenarnya hot&spicy. Yes..baby...
 
Ketika kita tak pernah ganggu orang lain, tetiba kita disakiti...aku boleh bersabar. Seperti seorang saudara seislam aku yang tetiba je mengamuk apabila dapat tahu aku dah beli rumah dan mintak tolong laki dia jadi wireman untuk proses wiring....ketika tu hati aku sungguh terguris. Patah-patah kata yang keluar dari mulut dia sungguh di luar dugaan. Ops..bukan mintak tolong laki dia tapi upah laki dia... aku bayar beb...bayar..
 
Sepanjang malam aku tak dapat tidur, teringat kata-kata yang amat berbisa. Letih aku memujuk hati supaya bertenang dan sabar, itu semua hanyalah ujian untuk aku. Tapi hati tetap sakit dan terluka. Buktinya airmata yang suka berlinang dan bergenang. Aku cuba dan berusaha untuk buat-buat tak tau, cuba lupakan....tapi tak dapat.
 
Masa demi masa berlalu. Alhamdulillah aku berjaya menetap di teratak baru ini walaupun orang lain yang menyelenggara pendawaian elektrikal. Tapi aku belum dapat lupakan sikap saudara seislam aku tu. Mungkin sebenarnya aku memang telah mengganggu dia secara tak sengaja. Mengusik perasaan cemburu di hati apabila dapat tahu aku sudah beli rumah.
 
Manalah tahu...kan?
 
Tapi untuk menyabarkan hati agar dapat melupakan perbuatan dia, itu belum boleh lagi. Aku tak sesabar itu. Aku tak membalas kata-kata berbisa dia tu dah dikira cukup. Aku berjaya tahankan hati. Sabarkan jiwa. Tapi untuk lupakan dan buat-buat macam perkara tu tak pernah berlaku, ia sangat susah dan sulit sekali. Ia perlukan masa.
 
Menghadapi sesuatu UJIAN sungguh tak semudah menyebutnya.
 
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …