Skip to main content

DIARI OKTOBER...


Pagi yang indah lagi damai, dingin dan hening. Assalamualaikum...

 

Dah lama daging korban tu dalam peti. Daging pemberian sahabat baik alias kakak tersayang aku sebab umurnya tua 5 tahun. Sahabat satu tempat kerja yang terlalu baik sehingga kalau sesiapa cuba membuli dia, aku yang akan menyinga. Ahaks...yes...memang aku bajet bagus...peduli apa aku. Manusia ni, makin orang tu baik, makinlah suka ambil kesempatan kan. Tapi cuba kalau kena batang hidung sendiri...

 

Aku ni pulak bukan pemakan daging orangnya. Kalau memasak tu, mesti nak masak ikan. Masa dok egypt pun sama, susah nak makan ayam atau daging. Ikan je. Jadi aku fikir-fikir, kang lagi lama daging tu dalam peti lagilah macam batu kerasnya. Tapi nak masak apa?

 

Dengan keadaan gigi yang dah mula merosot akan kesihatannya ni, dah pandai ngilu tak kira masa, tak tentu waktu...makan sejuk pun ngilu, makan panas pun ngilu...lagilah aku sensitif dengan daging. Inikan pulak nak makan daging goreng berlada yang jelas-jelas akan tersangkut di celah gigi...huh...idok ler...

 

Stew daging. Itu jelah kot yang ok sikit. Daging lembut, masakan pun berkuah dan sedap. Merenih dekat 2 jam. Alhamdulillah, selesai jugak pasal daging korban yang jadi konflik dalam otak... keh keh...itu pun nak konflik bagai...

 

Pagi ni aku teringat mereka yang telah pergi. Alfatihah dan semoga ruh mereka tergolong dalam hamba-hamba yang diredhai Allah... mau tak mau, kalau dah namanya jiran...pulak tu selang dua buah rumah je...tiap hari bukak tutup pagar rumah, pasti aku akan ternampak rumah arwah kawan aku. Walaupun hubungan memang tak rapat tapi setiap kali nampak rumah arwah, pasti fikiran aku teringat arwah. Setiap kali Exora Merah berhenti di depan rumah arwah, pasti aku teringat lagi sebab itu kereta arwah. Kereta yang selalu mendarat di sekolah tiap hari waktu arwah hidup. Tentu aku tak lupa.

 

Ya...biarlah aku selalu mengingat kematian agar sisi nafsu keduniaan dalam diri aku semakin perlahan kembangnya. Biarlah aku selalu ingat mati supaya aku takut membuat dosa...walaupun sebagai manusia aku takkan terlepas membuat salah silap. Dengan rasa takut yang ada, aku akan berhati-hati dalam setiap perbuatan dan perkara...insya allah..

 

Aku pernah secara tak sengaja dibawa ke satu blog milik seorang guru Sains. Asalnya aku nak cari maklumat tentang penyakit kawan aku yang perlu menjalani radioterapi. Perkataan radioterapi yang aku cari dan enjin Google membawa aku kepada blog itu.

 

Entri yang sangat menarik dan membuat aku terus membaca semua entri milik cikgu ni. penulisannya yang teratur, terkadang berbahasa Inggeris penuh membuatkan aku kagum dengan dia. Daripada semua entri yang ditulisnya, aku dapat bayangkan peribadinya macam mana. Tetiba mata aku terbeliak besar. Rupanya aku membaca blog orang yang sudah meninggal dunia 5 tahun dulu. Nasib baik aku tak bagi komen apa-apa dalam bebanyak entri yang aku baca tu. Dibuatnya ada komen balas daripada tuan blog...tak ke naya...sebab cikgu ni kelakar...dia peminat fanatik filem-filem P.Ramlee.

 

Subhanallah...seorang guru Sains yang berumur 47 tahun semasa disahkan Kanser Endrometrial. Seorang wanita bujang yang begitu redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Entrinya berhikmah, banyak unsur-unsur berjenaka walaupun hampir 90% cerita tentang penyakit dan keadaannya kritikal. Memang cikgu yang baik. Banyak-banyak blog pesakit kanser yang aku baca, blog cikgu ni sorang je yang sangat optimis sampailah pada entri sebulan sebelum arwah meninggal dunia. Dan arwah menulis blog itu memang khusus untuk tatapan pembaca.

 

Ya...tua muda, berkahwin atau bujang, gaya hidup sihat atau sebaliknya, aktif atau tidak aktif, diet yang baik atau tidak...tidak mustahil akan terkena penyakit-penyakit yang berbahaya zaman sekarang. Tapi MATI tidak bergantung kepada penyakit. Orang sihat pun boleh mati. Eksiden.

 

Ada ilmu dan pengajaran yang dapat aku ambil daripada blog arwah. Semoga pahala mendidiknya akan terus bertali arus dan menjadi salah satu mata rantai jalan yang membawanya ke syurga...mudah-mudahan. Aku ingat namanya. Tak tahulah apakah kita akan dapat bersilatur rahim di alam abadi kelak...

 

Tetiba aku tanya diri sendiri. Sebab apa blog ini aku reka?

 

Aha...asalnya untuk bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman hidup. Tapi bila penulisan novel aku makin giat serius, dah bercampur pulak antara entri pasal novel dengan entri pasal peribadi tapi oleh sebab entri dalam blog ini jauh lebih banyak bercerita tentang hal-hal peribadi, so aku asingkan hal-hal menulis di blog lain. Blog ini kekal sebagai blog peribadi.

 

Menulis dengan harapan orang yang membaca tidak tersinggung hati? Mustahil. Walaupun kita tak tujukan kepada mereka. Contoh semalam aku surf nak tahu tentang hanpun OPPO (berangan nak hadiahkan ayah), aku terbaca satu blog perempuan ni. Samsung S3 dia rosak so dia rancang nak beli S5, last-last jatuh cinta dengan OPPO. Tapi dalam tulisan dia, ada terselit perasaan dia yang meluat sangat dengan Iphone. Dan anggap orang yang pakai Iphone tu berlagak aje lebih, saja nak siksakan diri.

 

Woa...aku pakai Iphone dekat 3 tahun, maunya aku tak terasa dengan tulisan dia tu? Padahal dia bukan cakapkan aku pun. Tapi kesian jugaklah, sebab perempuan tu tak pernah gunakan Iphone, so dia tak tahu performance Iphone ni macam mana kan.

 

Umur macam aku ni, dah tak fokus pada tema atau aksesori hanpun(sebut ikut ejaan) seronok macam remaja riang ria junior juice. Jarang buat panggilan. Selalu surfing. Whatsapp. Jarang ambil gambar tapi setiap hari mesti ada upload satu dua pic. Umur macam aku ni, dua perkara je. Ketahanan bateri dan keselamatan data hanpun daripada masalah virus. Itu yang Iphone ada untuk aku.

 

Tapi setakat terasa tu apa sangatlah. Gasaklah, blog dia. Lantak dia la kan nak tulis apa pun. Hihi..

 

Dalam blog aku ni, sesiapa yang membacanya tentu dapat bayangkan peel aku macam mana, dapat mengesan sisi menyetan aku yang tersembunyi dan boleh ambil manfaat jika maklumat aku ada ni dinilai bagus. Aku tak kisah. Hehe..

 

Tapi jika maklumat yang aku ada ni dimanipulasi atau dimenipulasi oleh sesiapa yang tak bertanggungjawab...hati-hati... takut kena karan...sebab doa aku, barangsiapa yang buat tak senonoh di blog aku biarlah dia kena karan.

 

Ok...see u..

 

 

 

 

 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…