Skip to main content

GIGI KEMBALI TENAT...

 



beginilah lebih kurang keadaan gigi patik
 
 
Salam tragis... entri 26 /09 / 2014
 
Siang Jumaat semalam memang makmur, aman dan tenteram. Tapi malamnya bagai negeri diletus Gunung Berapi Visuvius...
 
Geraham bongsu nyang tenat semula. Sakitnya sampai nyang tak dapat tidur. Ke kiri, ke kanan... radangnya sampai ke anak telinga. Begini rupanya sakit gigi. Almaklumlah, zaman usik gigi ni masa nyang sekolah rendah je. Cabut gigi susu. Selepas itu, nyang tak pernah ada masalah gigi sampailah tahun 2014.
 
Sudahlah sakit gigi, batuk masih tak hilang lagi pulak tu. Azab rasanya. Satu badan sakit. Tak mengapa, sakit tu kaffarah dosa. Mudah-mudahan segala kesakitan ni dapat menghapus dosa-dosa masa lalu. Amin..
 
Pagi ini nyang nekad pergi klinik gigi. Banyak-banyak klinik, memang klinik gigilah tempat yang paling nyang gerun sangat. Sebab dulu masa kecik, nurse datang sekolah dengan van kesihatan. Garang gila. Muka memasing macam nak telan orang. Sama jugak sekarang ni pun. Lagi garang, tak padan dengan umur muda memasing. Cikgu jugak la yang kena pujuk murid-murid.
 
Doktor gigi kata, nyang perlu dioperasi. Bedah gigi. Geraham nyang tumbuh senget satu, lubang pada gigi ni memang tidak dapat diselamatkan malah jalan lebih selamat ialah cabut dengan cara bedah minor, satu.
 
Makkkkkk!!!!! Tolong.... tolong....
 
Batin nyang bertempik macam tu. Dah tua bangka camni pun mesti nak mak ada di sisi.
 
“Ala, bunyi je ‘operate’ tapi sebenarnya kita nak buat pintu laluan supaya gigi tu dapat keluar kerana gigi tu senget. Tu saja.”Doktor memujuk dengan suara yang lembut dan wajah penuh keibuan.
 
Sejuk hati nyang mendengarnya. Nyang pun setuju dan temujanji pun dibuat pada minggu depan. Sementara tu, kenalah telan ubat untuk redakan sakit selama 3 hari.
 
Gigi ni betul buat nyang tak keruan, tak dapat nak fokus kerja. Waktu telan ubat tahan sakit memang reda sakitnya, tapi bila kesan ubat mula hilang, sakit tu datang semula. Tak tentu arah nyang dibuatnya.
 

 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…