Skip to main content

KISAH SEORANG TEMAN...

Ada seorang sahabat meluahkan masalah rumahtangganya sebaik aku bersalam dan bertegur sapa, “Akak apa khabar? Kurusnya sekarang...”
 
Umurnya 60 tahun. Hehe...sahabat? Sepatutnya aku memanggilnya makcik. Tapi bila dia bahasakan diri ‘akak’, aku ok je. Layan. Hehe. Tapi jangan sesekali orang yang jauh lebih muda daripada aku, sesuka hati bahasakan aku, ‘kakak.’ Umur dahlah 7 tahun, ada hati nak panggil aku kakak pulak. Makcik okay! Yang pelik lagi tu tak sedar-sedar diri tu lebih muda, kemain plak bahasakan diri ‘kakak’ dengan aku. Lepas tu main ‘engkau aku’ je dengan aku. Gila punya tak bersopan. Bila dah nampak terang-terang di kad pengenalan aku yang aku lebih TUA...ha baru kau nak terkebil-kebil.
 
Tapi yang paling tak boleh tahan tu, dah tua tak sedar-sedar diri boleh kecik hati pulak bila kita panggil dia ‘kakak’. Takkanlah nak kena beritahu yang adab kaum melayu islam di negara kita yang makmur dan aman tenteram ini antaranya ialah menghormati orang yang lebih tua. Bukan tua berkedut di kulit muka je. Dan bukannya dengan panggilan ‘kakak’ atau ‘makcik’ tu membuatkan awak nampak tua keriput macam nenek kebayan. Halah...
 
Hmmm... berbalik kepada sahabat aku tadi, dia terus serta-merta beritahu aku yang dia dah dimadukan selepas suami tak balik-balik rumah hampir 3 bulan. Kebetulan dia kemalangan dan patah tangan tangan, terpaksa cuti berehat di rumah.
 
Yang aku hairan banyak tu, laki dahlah tak ada kerja. Main loteri pulak. Binilah yang menanggung kehidupan selama 30 tahun lebih berkahwin. Semua barang kemas hasil berniaga pasar malam waktu ekonomi melonjak naik dulu habis dikebas laki sebab asyik kena kejar dengan along. Ada kancil seken sebuah, elok-elok bini bayar dah nak habis, laki pulak gunakan kancil tu tak bayar-bayar sampai blacklist dan oleh sebab bunga yang melambung, hutang yang dah nak habis tadi jadi banyak semula. Kancil atas nama bini. Rumah kos rendah dibeli pun atas nama bini. Tapi laki senyap-senyap beritahu orang yang rumah tu nak dijual. Dan senyap-senyap pasang satu lagi.
 
Macam mana orang siuman macam sahabat aku ni boleh hidup sampai 30 tahun dengan laki macam tu? Kalau akulah bini dia, dah lama aku tuang air panas mendidih dalam tenggorok dia macam dalam filem Longkorn. Grrr...
 
Dengan segala penderitaan dan kesusahan membesarkan anak yang 3 orang dengan kudrat sendiri tambah tanggung makan pakai laki yang tak bekerja...sekarang dah berumur 60 tahun baru nak mengamuk dan memendam rasa sebaik dapat tahu dimadukan? Macammana dulu kau boleh sanggup simpan laki macam tu? Wallahu a’lam... manusia ni memang kekadang pelik tapi benar.
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…