Skip to main content

MINYAK 20 SEN, THE EQUALIZER DAN HOTLINK INTERNET BASIC ....

 

pelayan patik sekarang...


movie yang penuh dengan mesej tersirat dan tersurat tapi patik rasa remaja muda mudi takkan gemar movie macam ni. ahaks... sekadar pendapat peribadi patik sebab patik amat loiiiiikkkkeeeee cerita ini.... keh keh



Pagi Jumaat yang indah dan aman makmur
 
25 /9/2014
 
…Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah kesihatan mokcik hari ni dalam keadaan yang baik walaupun batuk masih menyerang dengan jayanya. Mokcik masih boleh basuh baju, basuh laman rumah dan makan roti Subway semalam yang dah dipanaskan semula. Keh keh..

 

Oleh sebab semalam tu hari tua mokcik, pulak tu hari gaji mokcik, apalagi, mokcik pun lepas habis kerja, mokcik terus selesaikan segala hutang piutang. Kan...? Dapat gaji je terus keluarkan untuk bayar hutang. Kesian kat mokcik kan? Kalau tak bayar duit kereta, pergi kerja takkan nak berjalan kaki, ye tak?

 

Rumah dan kenderaan. Dua aset yang berpeluh jugak nak membayar setiap bulan. Antara rumah dengan kenderaan, mana satu yang banyak pakai duit? Walaupun bayar bulanan rumah lebih besar daripada kenderaan, tapi sebenarnya wang mokcik banyak keluar pada kenderaan. Tak tahulah orang lain sebab kadang-kadang mokcik ni manusia yang lain sikit, manusia dari abad mana entah.  Sepesen sikit dengan perangai Gru dalam cerita Despicable Me. Kot..? Si Pencuri Bulan. Kalau kome tak suka idea dan pendapat mokcik dari zaman purba sampai zaman masa depan, itu bukan salah mokcik ye. Salah kome ler sebab tersesat masuk ke blog mokcik ni. Sila la pangkah cepat-cepat ye kalau rasa tersalah masuk tempat. Keh keh..mokcik tak marah...

 

Pinjaman kereta, cukai kereta, minyak kereta dan bla-bla pasal kereta ni selalu mengganggu fikiran setiap bulan. Paling koman pun minyak kereta kena isi selalu. Sebab gunakan kereta setiap hari. Kalau duit nak isi minyak kereta tak ada, nak isi dengan minyak makan? Minyak makan pun sekilo dah 2.70 bhaii... Belum lagi kalau berlaku sebarang kerosakan pada kenderaan. Yang tu memang boleh buat duit betul-betul keluar macam air. So, siapa yang tak mengamuk apabila harga minyak naik sepuluh sen atau lima sen, tandanya orang tu pakai kenderaan macam pakai tisu kotak. Tau pakai je. Ada kau nak fikir, perjalanan setiap hari tu makan minyak berapa liter? Orang-orang yang berniaga, benda tu semua mesti kira sebab motif perniagaan ialah keuntungan. Sebab tu minyak naik, harga barang pun akan naik. Kalau tak nak fikir sudah. Diam. Jangan nak membebel pulak bila orang yang ada akal fikiran waras mengamuk tentang kenaikan harga minyak.

 

Sesekali melihat kawan-kawan bertukar kereta baru, rasa seronok dan happy. Mokcik pun boleh kalau mokcik nak tukar kereta yang lebih cantik dan canggih. Maklumlah, mokcik kan kerja gomen, orang bank mesti suka. Tapi mokcik sayangkan diri mokcik lebih daripada orang-orang bank tu. Kereta mokcik dah nak habis bayar. Biarlah mokcik setia pada yang satu ni. Yang menguatkan kesetiaan mokcik ialah apabila mokcik kenang-kenangkan betapa peritnya setiap bulan nak bayar duit kereta. Jadi, selagi AILABIYU mokcik masih maintain dan cun, gebu, gagah perkasa di jalan, mokcik takkan meninggalkannya. InsyaAllah... biarlah siapa pun nak mengata AILABIYU mokcik tu, ada mokcik kisah? Kih Kih Kih...

 

Amboi...mokcik kalau dah bercerita, syok sendiri.

 

Okeh, lepas mokcik selesaikan segala hutang tu, mokcik pun berdezup ke Aeon Bukit Indah untuk macam-macam agenda. Cewah...agenda konon..

 

Oleh sebab The Equalizer dilancarkan sempena hari tua mokcik, mokcik pun tonton movie tu. Eee..mahal harganya, 17Rm, kalau dua orang dah 34Rm. Oleh sebab mokcik gunakan kad kredit, bayar separuh saja.

 

Yang sebenarnya mokcik memang tak sabar nak tengok The Equalizer. Trailer yang best dan kena dengan citarasa mokcik, kebetulan pelancarannya tepat pada hari tua mokcik. Tu yang gedik terlebih-lebih tu. Ahaks...

 

Tengok trailer The Equalizer, mokcik teringat movie lakonan Jet Li, KISS OF DRAGON.

 

Cerita ni lebih bagus ditonton berbanding MAZE RUNNER yang entah apa-apa tu. Tak ada motif selain daripada menjadikan manusia macam binatang. Mokcik suka ambik tahu apa motif cerita yang disampaikan kepada masyarakat. Mesej tu kena ambil berat.

 

Selepas habis menonton, barulah mokcik pergi cari MAXIS center, untuk beli simkad baru. Oleh sebab mokcik dah tutup segala akaun CELCOM mokcik, mokcik sengaja tukar nombor baru pada hari tua mokcik. Senang nak ingat. Lesen pun masih ada setahun lagi nak perbaharui. Tak bimbang. Ahaks...

 

Mokcik beralih kepada Hotlink tak ada sebab yang special selain daripada HOTLINK sediakan pekej internet asas selaju 64kbps percuma sampailah tempoh sah kredit tamat. Dalam hati mokcik, betul ke ni? Yelah tak kisahlah tak laju pun, macam siput pun tak apa tapi betul ke free 24/7 ? Setiap masa free? Ye ke?

 

Rupanya pekej ini sudah setahun dilancarkan, pun pada September tahun lepas. So macam dah janji pulak, September tahun ni, mokcik barulah tahu pasal offer best ni. Kesian kat mokcik...tu ler..setia sangat orangnya. Kalau dah celcom tu, celcom ler dunia akhirat. Ha tu ler.. padan muka mokcik..

 

Mokcik beli simkad ni pada harga 18.80 dengan kredit dalam ada 15RM. Oleh sebab mokcik pengguna baru kan, so selepas ni kalau top up 10 rm, dapat bonus 5RM. Tempoh sah ialah 6 bulan daripada tempoh mokcik daftar simkad. Woah...kemain lagi hotlink nak mencuri hati mokcik. Keh keh keh...

 

Tapi ye ke? Ke mokcik mimpi di siang hari ni? Entah-entah auta je lebih kot?

 

Mokcik pun beli satu nombor baru yang kaw punya. Mokcik dah jampi-jampi nombor baru mokcik ni. Siapa yang buat tak senonoh kat nombor mokcik ni, mokcik doakan dia kena karan.

 

Dah selesai adik cina yang dedikasi tu uruskan semuanya, mokcik mulakan penyiasatan mokcik. Mokcik cuba whatsapp lovey dovey mokcik... eh boleh la...

 

Mokcik whatsapp banyak-banyak. Mokcik bukak facebook.... Mokcik bukak Safari... eh bolehlah...tapi slowlah..

 

Sepanjang masa mokcik check airtime balance... eh masih 15RM ... waaaa... betul la ni bukan cobaan...

Best! Best! Best!

 

Mokcik mulala gedik sorang-sorang. Mokcik asyik kata hotlink best sampai lovey dovey mokcik naik meluat sebab dia pakai celcom. Kah kah...

 

Mokcik mulanya ingat nak langgan internet passes yang 30rm sebulan untuk kuota 1GB. Bila dah free internet basic sepanjang masa camni, tangan pun mulalah liat nak langgan. Mokcik tangguh dulu. Nanti-nantilah kalau mokcik nak langgan, mokcik akan buat. Pakai dulu apa yang ada. Eeee...seronok sangat, macam orang jakun mokcik dibuatnya...

 

Walau camana pun, mokcik ialah pengguna Celcom yang setia sejak dulu sampailah semalam. 10 tahun setia dengan celcom. Sekarang tidak lagi. Mokcik yang dulu bukanlah yang sekarang...

 

Okehlah, mokcik nak menyapu pulak... nak masak lagi...

 

 

 

 

 

 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…