Skip to main content

MOMMYYY.....I AM COMING.... INSYA ALLAH


Puaslah aku teliti route Air Asia, Firefly, Malindo Air dan MAS dalam internet.
 
Susahnya nak cari perjalanan yang lancar Johor Bahru ke Pekanbaru. Payah betul. Elok-elok dah dapat dengan Firefly, jarak antara dua penerbangan tu pulak terlalu singkat. Dibuatnya beratur panjang nak semak passport dan check bagasi, ada jugak aku tertinggal penerbangan yang berikutnya kang..
 
Cuba survey dengan MAS. Hampeh. MAS tak terbang ke Pekanbaru. Ohh... macam nak tensen.
 
Bukak balik website Air Asia. Dah jenuh dengan penerbangan AA sebenarnya. Antara satu penerbangan dengan penerbangan lain memang tak masuk akal waktu berlepasnya. Dari -JHB-Kul 7.15- 8.05 pagi. Tup tup dari KUL ke PKU waktunya 4 petang. Apa aku nak buat berjam2 dalam airport tu? Lagilah bila survey blog-blog, depa tulis kawasan di KLIA2 antara satu tempat ke satu tempat tu jauh. Aku dapat bayangkan nak menapak jejauh macam di LCCT dulu. Hadoi...
 
Tutup balik website AA.
 
Apa kata naik feri je? Sama jugak sampai lambat kalau naik AA pun.
 
“Biasalah berkampung dalam KLIA tu. Daripada nak bersesak-sesak dalam feri dengan beg bertimbun-timbun, turun naik feri lain lepas tu dengan speed bot lagi...harga tambang lebih kurang jugak. Port jauh dari rumah.  Airport dekat dengan rumah je.” Adik whatsapp beri pendapat.
 
Aku paling tak suka menunggu tapi malas nak fikir lagi bila adik aku dah tulis macam tu kan.
 
“Betul ni sanggup nak berkampung dekat KLIA2 tu?”
 
“Macam tak biasa.”
 
“Muafiqlah kiranya ya.”
 
“Muafiq.”
 
“Ok, aku booking sekarang.”
 
Aku booking dengan hati yang berat sebenarnya. Memang murah. Tapi... ahh..tapi tak tapi akhirnya siap jugak buat pembayaran online. Kalau lagi lambat, lagi naik harga. Alhamdulillah, dah selesai. Jika tak ada aral melintang, dapatlah aku menulis di Pulau Tempik. Kalau allah tidak mengizinkan...Allah Maha Mengetahui...
 
Sebenarnya mungkin bukan disebabkan aku nak menulis sangat di Pulau Tempik. Pulau yang dipisahkan oleh Sungai Kampar(boleh diharungi dengan berjalan kaki paras pinggang, kadang dada) dan kalau nak memanggil orang di seberang hanya perlu bertempik. Itulah sebabnya nama pulau itu Pulau Tempik. Di situlah berhimpunnya tanah pusaka para leluhur dan hasilnya masih dinikmati oleh keturunan terkemudian. Bahasa bangkinangnya ialah Pulau Timpiok(sila sebut ikut ejaan ya)
 
Rindu nak bertemu orang tua. Itu yang sebenar-benarnya. Nak charge tenaga baru di alam semulajadi yang jauh dari hiruk pikuk kenderaan dan suasana kontang penuh gersang. Kiri kanan dedaun hijau, dingin sungai yang begitu jernih dan aneka pokok buah-buahan yang hidup segar. Tanpa perlu teknologi kuasa tinggi. Tanpa perlu sebarang bahan-bahan kimia atau beradiasi tinggi.
 
Tapi...
 
Satu hal yang turut mengganggu kepala otak.
 
Pacat.
 
Eeeee... seram gila. Tapi makin aku seram makin melekat pacat ni kat kaki aku. Nasib baik masa dia sedut darah, aku tak perasan. Dah kenyang baru nampak. Rasanya seluruh warga hutan boleh dengar pekik aku yang menggegak gempita tu. Huyyoo...seram campur geli okay...tapi ok lagi la daripada lintah kan.
 
Nak berbudi kepada tanah tapi penakut dengan pacat, camana tu? Entah ler labu...
 
Hmmm... dengan kerbau-kerbau mak pun aku masih segan-segan kuku lagi. Haish...tanduk tu yang aku gerun gila. Tapi katanya kerbau-kerbau mak masih kecil. Mungkin aku berani sikit kot. Tapi taklah seberani anak buah aku yang suka kejar bapak kerbau punyalah nak naik atas badan kerbau tu. Hish! Tak padan dengan umur 2 tahun! Lintang-pukang kerbau tu lari dibuatnya. Kesian...
 
Insya allah...aku akan ke sana... Pekanbaru...Bangkinang....aku datang...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…