Skip to main content

MONOLOG SEPI



Subhanallah...masa sangat cepat berlalu..

Assalamualaikum..

Bulan ini boleh dikatakan bulan aku boleh menarik nafas lega. Kiranya dasar berjimat yang aku amalkan ni dah mula menampakkan kesannya. Alhamdulillah...

Sempena sakit gigi hari itu, di kantin pun persidangan berkisar tentang tajuk gigi. Hahaha... semua nak bercerita tentang pengalaman memasing tentang gigi dia orang. Kekadang kelakar jugak...time makan pulak cakap pasal bedah gigilah, korek gigilah, bengkak tak surut-surutlah..bius tak makan ler..memacam.. hehe..nasib baik berselera makan.

Mesyuarat guru buat kali yang ke berapa entah, tak ingat den. Bila dah ada assistant ni, kerja-kerja buat minit mesyuarat dah beralih tangan. Hehehe...bagilah pulak peluang kepada muka baru kan. Asyik muka ni jadi s/u mesyuarat sejak tahun 2008, macam tak ada cikgu lain pulak kan. GB sampai dah bertukar ganti, den jugak yang tetap dan berpencen dengan tugas-tugas tu.

Sepanjang 8 tahun den berada dalam bidang ini, kebanyakan guru lain dah bertukar sekolah, berpindah atau naik pangkat malah sudah bersara pun ada, tapi den jugak yang tetap dan berpencen di sekolah ni. Keh keh...ye ke aku nak tetap dan berpencen di sekolah ni?

Berada lama sangat di sesebuah sekolah tu memang boleh buat suasana diri jadi hambar je. Kalau bukan kita yang berasa macam tu, kengkawan yang dah lama di sekolah pulak macam tak bersemangat. Benda-benda yang melibatkan kolaborasi ni, sorang tak semangat mesti yang lain berjangkit penyakit tu. Aku ler salah sorang daripadanya..hehe..

Suka atau tak suka sesebuah sekolah tu, seorang tenaga pengajar memang tak digalakkan berada dalam tempoh yang lama melebihi 10 tahun. Itu kata orang-orang bijak pandai yang dah berpengalaman bertahun-tahun dalam dunia pendidikan. Aku setuju. Bukan mudah menyesuaikan diri dengan tempat baru terutamanya aku yang sangat tak mesra alam kalau tak kenal sesiapa tapi bila dah keluar sikap peramah tu, Kiah Propa pun kalah bhai... kepoh tahap tujuh petala langit. Bercerita macam dunia ni aku sorang yang punya sampai orang naik letih jadi pendengar..keh keh...kesian dia orang kan... tapi sekali dah katup mulut, ia untuk selamanya baby... ahaks...dont worry about that..

Sampai bila nak mementingkan perasaan diri yang asyik takut nak keluar dari kepompong lama kan? Asyik fikir masalah itu ini di tempat baru, gamaknya sampai berpencenlah aku kat sekolah ni. Dulu sebelum aku berada di zon selesa di sekolah pun, keadaan aku sangat teruk dan penuh kisah-kisah pahit. Trauma ke? Takkanlah trauma kot?

Jadi, mungkin aku tunggu 44 barulah aku apply pindah. Di mana-mana pun akan ada masalah, ye tak. Sekolah aku mungkin lebih teruk keadaannya daripada sekolah lain tapi sebab dah biasa, aku pun rasa biasa jelah hahaha. Begitulah gamaknya. Tunggu 44 selesai baru fikir lagi tentang pindah. Siapa tak nak pindah oi... lagi-lagi makhluk macam aku yang cepat gila jelak dengan suasana yang sama je.

Waktu bajet 2015 diumumkan, aku di Angsana, meneman bebudak ni berjoli katak. Dapat maklumat pun daripada member di whatsapp.

Aku tengok sama je isi kandungan bajet tu dengan tahun-tahun sebelumnya. Dengan kenaikan minyak atau subsidi minyak dipotong atau apa-apalah istilah yang bawa maksud sama iaitu NAIK 20SEN, harga barang pasti akan naik lagi. Bila sebut harga barang naik... aku tak dapat bayangkan keadaan keluarga berpendapatan rendah di luar sana. Keadaan keluarga yang ramai anak, laki bini kerja berhempas pulas syif siang bertukar malam... kehidupan jenis apakah macam tu? Itu ke namanya kehidupan?

Kadang kalau aku lewat balik sekolah, aku perhatikan sebahagian murid yang tak bersekolah agama masih belum balik. Bermain-main di pondok pengawal dengan baju sekolah pagi. Dari pagi sampai ke petang di sekolah, makcik JAGA yang pantau keadaan. Bila aku tanya...

“Kenapa kamu tak balik lagi ni? Dah pukul 3..”
“Mak kita belum datang lagi, cikgu.”
“Kenapa belum datang?”
“Kita memang balik petanglah cikgu, tunggu mak kita balik kerja.”

Ya...aku rasa terganggu dengan keadaan murid tu. Tapi budak tu biasa je, berlari-lari ke sana ke mari, main-main dengan budak sekolah petang yang tunggu giliran masuk kelas. Ketawa riang ria.

Itu hakikat kehidupan kebanyakan masyarakat yang orang di atas sana perlu ambil berat dan saksikan. Bukan senang nak dapatkan kerja. Bila dah dapat kerja, itulah periuk nasi nak bagi anak makan. Bukan lagi “anak bini”, sebab bini-bini zaman sekarang memang payah nak nampak duduk rumah. Semua terpaksa berkerah tenaga, membantu meringankan beban. Mau tak mau, kerja perlu diutamakan. Janji, seluruh isi rumah dapat makan.

Sekali pandang memang nampak rakyat Malaysia ni dah tak ada masalah kemiskinan. Tiada masalah kebuluran. Dua kali pandang.... rakyat Malaysia sedang parah dengan 1001 masalah kehidupan. Satu soalan mudah, berapa ramai rakyat yang dapat duduk di rumah sendiri? Tak payahlah nak dabik dada katakan rakyat Malaysia tak miskin...

Aku yang kecik kudut ni naik pitam memikirkan perbelanjaan yang harus ditanggung, bil-bil yang harus lunas setiap bulan, catu minyak kereta, cukai segala cukai...bagaimana dengan orang yang pendapatannya di bawah pendapatan aku di luar sana? Tak terbayang aku keperitan dia orang. Mereka lagi susah. Nak nak kalau duduk di area yang tak sihat, anak jiran ada iphone, anak sendiri pun memekik mintak iphone. Tak dibelikan nanti lari rumah ikut jantan. Anak jiran ada ipad, anak sendiri hentak-hentak kaki nakkan ipad. Malah diri sendiri kalau tak kuat iman mula kecur tengok jiran sebelah buat renovation rumah, tiap bulan ada je lori perabot berhenti depan rumah jiran...mulalah bisikan-bisikan syaitan menguasai hati. Last-last laki bini, anak beranak berhentam disebabkan DONIA... ohh..







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …