Skip to main content

PEMBEDAHAN GIGI MOLAR KETIGA .... KEH KEH KEH...

Salam eidul adha...
 
Alhamdulillah...nyang bersyukur kepada Allah kerana masih diberi nafas dan kekuatan untuk menghadapi hari ini, mudah-mudahan juga untuk hari yang seterusnya sehinggalah tiba waktu yang telah ditentukan olehNya untuk nyang.
 
Waktu nyang menulis sekarang ini, bengkak pada pipi kiri masih ada tetapi semakin surut. Sengaja nyang tak memegang lappy. Kali ini bukan kerana malas tetapi menjaga urat-urat nyang setelah menjalani pembedahan gigi geraham bongsu. Nampaknya hari ini nyang sudah boleh menaip dengan baik Insya allah...jika diizinkan Allah...
 
Hari ini hari ketiga nyang kehilangan gigi geraham bongsu nyang.
 
SURGICAL REMOVAL OF IMPACTED LOWER LEFT THIRD MOLAR.
 
Hah...tu ler tajuk besarnya pada slip  MC  nyang. Dapatlah cuti dua hari. Campur dengan Jumaat dan Sabtu kemudian Raya Haji dua hari, lamalah sikit nyang berehat di rumah.
 
Ok, apa yang nyang nak ceritakan tentang pembedahan gigi ni? Nyang rasa dah banyak entri yang dikongsikan oleh mereka yang sudah mengalami pembedahan sama macam nyang.
 
Nyang rasa, nyang hanya mampu memberi nasihat saja. Ingatlah, walaubagaimana sekalipun cabaran yang kita lalui, kitalah yang lebih mengenali diri kita dan tahu sejauh mana kekuatan dan kelemahan kita. Kalau belum tahu, cari. Korek. Gali.
 
Sakit tak bedah gigi ni?
 
Bergantung kepada apa yang difikirkan oleh tuan punya badan. Mungkin nyang boleh beri tips sedikit. Kalau rasa ia berguna, pakailah. Kalau rasa apa yang nyang tulis ni karut-marut dari lautan sampah dunia makhluk tak dikenali, abaikan sajalah ya. Ahaks...
 
Perkara pertama yang perlu kita fokus ialah minta pertolongan Allah dengan solat dan bersabar.
 
Perkara kedua: Kita bukan sewenang-wenangnya hendak mencederakan anggota badan kita tetapi kita hendak membuang mudarat yang kita sendiri buat pada diri kita. Maksud nyang di sini ialah diri nyang sendiri. Kenapa gigi boleh berlubang? Kalau tak berlubang tentu tak sakit. Kalau tak sakit tentu tak perlu nak bedah pun. Nyang dikira lalai dalam menjaga kebersihan dan keselamatan gigi nyang. Nyang minta ampun kepada tuhan. Nyang mohon supaya gusi nyang akan lembut semasa gigi itu dikeluarkan.
 
Perkara ketiga: Pada hari temujanji, pihak klinik mintak kepastian nyang jadi datang ke tidak. Nyang kata, nyang jadi datang. Nyang datang dengan penuh tawakal sebab nyang memang tak tahu perasaan kena bius tu macam mana, kena korek gigi tu macam mana, dan lain-lain. Tak pernah cabut gigilah katakan.
 
Perkara keempat: Waktu nyang dibius, nyang positifkan fikiran yang doktor ini sedang membantu nyang untuk kurangkan kesakitan nyang. Nyang berdoa kepada Allah agar mempermudahkan kerja-kerja doktor yang mulia ini.
 
“Gusi adik sangat lembut, jadi mudah berdarah. Mungkin terlalu lama gigi tu di situ, jadi gusinya macam bonyok.” – Doktor beritahu selepas siap kerja. Dah tua macam ni pun doktor ni panggil nyang  “adik”. Nak tergelak nyang dibuatnya. Umur nyang dah 189 tahun tau!
 
Alhamdulillah, tak sampai pun setengah jam pembedahan selesai. Masa dibius tak sakit apa kecuali sakit jarum tu masuk. Memanglah kalau kena cucuk jarum macam tu rasanya. Sakit dicucuk jarum! Tu je.
 
Waktu kerja-kerja menarik keluar gigi ni sampailah kerja menjahit gusi, nyang tak rasa sakit. Biuslah katakan. Gigi tu senget, jadi ada rasa tekanan masa ditarik keluar tapi tak sakit. Kena 5 jahitan sebab pendarahan. Pembantu doktor tu asyik vakum darah je sebab doktor tak bagi darah jatuh ke tekak.
 
Terasa semuanya mudah dan senang. Alhamdulillah... kos rawatan ialah RM400.
 
Jeng jeng jeng.... apabila kesan bius sudah semakin hilang....
 
Aha! Barulah rasa segala-galanya. Keh keh keh... Tapi oleh sebab sebelum bedah, doktor dah suruh telan 8 biji pil(sejenis steroid), sakit tu rasa macam sakit luka jelah. Gusi dah kena belah, tentulah koyak, dijahit. Mestilah luka. Bohonglah kalau kata tak rasa camana luka.
 
Nyang solat dan minta ampun kepada Allah. Nyang ucapkan syukur kerana Allah permudahkan urusan nyang.
 
Mula-mula keluar klinik, sepatah haram adik nyang tak faham apa yang nyang cakap. Bibir yang sexy ni tebal gila, air liur keluar tak dapat kontrol, memanglah susah nak bercakap. Tapi sebab awal-awal dah pesan supaya beli kapas lebih di farmasi, adik nyang boleh ingat.
 
Nyang bleeding pada hari pertama aje. Besok lusanya dah ok tapi masih berhati-hati sebab doktor dah beritahu keadaan gusi nyang yang lembut. Bercakap pun macam ada gula-gula dalam mulut. Nyang tak buat kerja-kerja yang guna banyak tangan kiri termasuklah guna hanpun. Nak menumbuk ikan bilis pun, mintak tolong adik.
 
Makanan nyang dari hari pertama sampailah ke hari nyang menaip ini ialah bubur nasi plus kentang  buatan tangan sendiri. Daripada makan bubur MerryBrown RM10 tu, baik buat sendiri. Puas hati dan lebih sedap. Yelah, untuk orang tengah bengkak gusi macam ni , buburlah yang teristimewa sekali kan.
 
Kadang tu sambil kacau-kacau bubur di dapur, nyang teringat masa nyang kecik-kecik dulu, nyang pernah makan bubur nasi yang sangat sedap rasanya. Dalam tu ada aneka sayur, aneka makanan laut sampai anak ketam renjung pun ada dalam tu. Mak kawan nyang yang bagi semangkuk waktu nyang main-main di rumah kawan. Sotong, udang, kupang semua ada. Istimewa sangat. Tapi sekarang barulah nyang faham. Mereka hidup susah, merempat di setinggan nun di tanjung laut sana. Jadi, mereka tak cukup duit nak beli beras. Makanan laut mereka cari sendiri.
 
Sesekali tu, fikiran nyang teringat jugak ada sejenis bubur nasi yang manis warna hitam/coklat. Di tengah-tengahnya akan diletak santan. Nyang pun tak ingat bubur apa namanya tu. Nyang dah tak pernah jumpa lagi. Waktu tu tahun 1987 – 1989 rasanya.
 
Eee...seronoknya teringat kenangan lama. Okehlah... tu ajelah yang nyang dapat kongsikan.
 
Takut tak , nak buat pembedahan gigi? Seram tak? Ngeri tak?
 
Jika orang lain boleh buat, kenapa kita tidak? Kalau orang lain lalui pedih, luka, bengkak, berdenyut-denyut, sakit....kenapa kita nak terkecuali? Kita manusia, sama saja. Yang bezakan kita ialah apa yang kita fikir.
 
Carilah klinik yang memang kita tahu, ramai orang selesa buat rawatan di situ. Survey...jangan tak survey... hehe...
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…