Skip to main content

STRESS DAN REFLEKSI BADAN


Apabila kita stress...sebenarnya tubuh fizikal kita juga menerima bahananya... setuju?

 

Assalamualaikum...

 

Tak setuju pun tak apa..tak ada siapa nak marah..hehe.. tapi realiti ini berlaku pada diri aku. Memandu dari Johor ke Terengganu pergi balik sudah tentu buatkan aku letih dan stress di jalan. Hari aku memandu tu, badan tak rasa apa-apa melainkan penat aje. Tapi beberapa minggu selepas itu, barulah aku akan kena sakit-sakit satu badan. Tu sebagai salah satu contoh daripada pemerhatian diri ke atas tubuh sendiri semasa menghadapi tekanan. Banyak lagi perkara yang seumpama dengannya.

 

Apabila kita mendengar curahan hati teman-teman, ada hentaman tenaga-tenaga negatif yang menghala kepada kita tanpa kita sedar. Badan dan fikiran kita juga akan menerima kesannya secara tidak langsung.

 

Tapi semua tu boleh ditawarkan dengan mendekatkan diri kepada Yang Esa. Daripada kita buka mp3 Al Quran sepanjang hari di rumah, lebih baiklah kita sendiri yang membaca Al Quran tu walau satu juz, satu ain, satu muka atau satu baris ayat secara konsisten. Lebih baiklah kita sendiri yang membaca ayat-ayat Al Quran di depan botol-botol air masak/putih/jarang berbanding kita membeli air-air bacaan Al Quran yang dijual di luar sana. Tubuh fizikal kita jelas nampak bentuknya, jika sakit senang nak mengubatnya, nampak ubat-ubatannya. Tapi jika raga yang sakit, ubatnya pun kita tak nampak sebab raga tak berbentuk dan ubatnya ialah keyakinan kepada Yang Menciptakannya setelah segala ramuannya kita amalkan. Keyakinan ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata. Ia hanya dapat dicapai oleh hati.

 

Sekadar berkongsi apa yang aku pernah rasa dan alami aje, tak bermaksud nak berkhutbah bagai... ke mana pun kita pergi dan apa pun yang kita buat, kita takkan dapat lari dari pengawasan dan kasih sayang tuhan. Takkan dapat lepas dari buat salah dan silap. Takkan mampu menghindar dari ujian, dugaan atau musibah sekalipun.

 

Selalu kita dengar, anak-anak yang hidup susah lebih berdikari dan mencapai tahap kematangan yang jauh berbanding anak-anak dari latarbelakang hidup senang. Pada aku mudah saja, orang yang pernah terkena api tentu lebih jelas dan faham peritnya melecur disebabkan api. Orang yang tidak pernah mengalaminya tentu antara percaya dengan tidak yang api tu memang berbahaya. Malah ada yang sangat suka bermain-main dengan api sehinggalah satu waktu apabila dia juga terkena api, barulah dia faham dan jelas. Dan ada pula orang yang serius berhati-hati dengan api setelah melihat orang lain terkena api.

 

Atas tahap kematangan yang berlainan inilah, aku tidak menilai seseorang dengan mudah walaupun ada beberapa ciri luaran seseorang yang memudahkan kita membuat penilaian. Di dalam kelas yang aku ajar misalnya, terdapat seorang murid yang berpakaian lusuh, beg sekolahnya tali sandang belakang dah ada banyak simpul dan kadang main kancing dengan pin lampin sebab terputus. Alat tulisnya sederhana, satu pensil 2b, satu pemadam, satu pembaris dan kotak pensil besi yang agak berkarat. Buku-bukunya lengkap mengikut jadual setiap hari. Tidak pernah tinggal buku, tidak pernah lambat menyiapkan kerja sekolah. Mungkin juga nakal tapi sedaya upaya cover perangai di depan aku. Alah, murid mana yang baik 24 jam? Aku pun pernah jadi murid sekolah rendah dulu apa...

 

Aku suka gaya murid ini. Cool. Selamba tapi serius belajar. Tidak hairan kawan-kawan kiri kanan ada shaker, pemadam dua tiga biji(main lawan pemadam) atau sebarang mainan yang menggoda. Paling koman, dia akan koyakkan kertas buku latihannya, bikin permainan apa yang dia suka. Yang penting, markahnya selalu di antara yang terbaik.

 

Terdapat juga di dalam kelas yang sama, seorang murid yang berwajah tampan, cukup aksesori belajar siap dengan permainan bagai...tapi buku selalu tinggal di rumah. Kerja sekolah susah nak siapkan. Tulisan mengalahkan cakar ayam. Tiada fokus dalam belajar. Sentiasa nak mengganggu kawan di kiri kanan, ajak main itu ini. Suka menjawab bila cikgu menegur. Paling teruk, markahnya paling corot dalam kelas.

 

Melihat murid ini, aku terfikir kalaulah tiada apa-apa perubahan sampailah dia jadi bujang besok, tak ada pekerjaan tetap dan tiada masa depan, tambah pulak cenderung kepada perkara-perkara yang tak baik.... murid ini ada gaya menjadi kasanova paling hebat satu masa nanti. Dan akan ramailah gadis-gadis buta yang terpesona dengan ketampanannya walaupun perangai macam siamang karat.

 

Hm...

 

Atas tahap kematangan yang berbeza jugalah, kadang aku tak dapat nak cakap apa-apa pada sahabat-sahabat yang selalu meluahkan masalah dia orang. Memadailah jadi pendengar aje, tak mungkin dapat jadi tukang selesai masalah. Sebab tukang selesaikan masalah yang sebenar ialah yang di atas sana.

 

Cerai adalah sesuatu yang dibenci Allah. Poligami adalah sesuatu yang dibenarkan. Tapi ternyata bukan mudah kaum wanita nak yakinkan diri bahawa Allah memang benarkan poligami. Sebagaimana begitu senangnya wanita nak meminta cerai atas hal yang remeh-temeh tanpa memikirkan cerai ialah sesuatu yang dibenci allah.

 

Maknanya, bukanlah senang sebenarnya nak menjadi hamba yang taat. Bahana poligami ini sampai ustazah pun dah tak rupa ustazah. Memaki hamun di status FB supaya satu dunia tahu siapa madu dia dan betapa jahatnya sang perampas. Begitu sekali. Apabila hati dah panas, kita pun tak perasan apa orang nampak waktu baca status-status gila kita tu. Cara kita memaki hamun dan menghina secara terbuka secara tak langsung menunjukkan kita pun tak ada beza dengan si perampas sebenarnya.

 

Ironinya, kita tahu suami kita yang mata keranjang. Kita sangat jelas sikap suami kita yang tak mencerminkan peribadi seorang suami yang boleh diharapkan. Ini baru dua. Tiga dan empat bakal menyusul tak lama lagi. Mana kita tahu, kan? Makin kita tak bagi suami kahwin lagi, ingat dia tak boleh kahwin diam-diam lagi? So, kita nak habiskan masa dengan berperang dengan madu macam cerita madu 3 tu, membuang tenaga, masa dan duit. Hati akan tetap sakit bhaii... curiga tetap jadi teman setia 24 jam. Setiap minit nak intai hanpun suami. Depress...murung... menangis... Oohh... letihnya... what a life.. fuh..

 

Kesian...kan?

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…