Skip to main content

WELCOME BACK TO SCHOOL...




Sabah al khayr...

Assalamualaikum..

Oh... pagi yang aman damai lagi tenteram. Patik dah mula bertugas macam biasa. Terasa lama jugak patik hilang dari dunia anak-anak budu patik.
 
Alhamdulillah.... kesihatan patik dah semakin meningkat. Sistem imunisasi patik nampaknya semakin berkembang maju memandangkan batuk-batuk patik dah makin hilang dan bengkak pada pipi dan gusi patik dah semakin kecut.
 
Bila dah kembali ke sekolah, banyaklah kerja-kerja tertangguh yang minta diselesaikan. Peperiksaan akhir tahun, penandaan dan kemasukan markah. Kerja biasa ler tu. Ahaks...
 
oh...terasa masa begitu cepat berlalu.. haritu patik rasa baru je masuk tahun 2014... sekarang dah nak cuti akhir tahun la pulak. Nasib baik sekolah patik tak ambil cuti perayaan deepavali. Baru naik cuti dah cuti lagi. Tinggal beberapa minggu saja lagi menjelang 20 november. Selepas itu patik HOYEEEEEAAAHHHHHHH.... patik cuti panjang. Patik nak menulis. Patik nak menulis! Patik nak menulis di Pulau Tempik! Patik nak temankan mami patik menyeberangi sungai Kampar yang dingin dan indah. Patik nak! patik nak!
 
Jika diizinkan Allah....gitu...
 
Walaupun bengkak dah makin surut tapi bila dah mengadap anak-anak budu patik, patik rasa lenguh mulut bercakap lama. Terusik jugak urat gusi patik. Rasa berdenyut-denyut. 
 
Semalam barulah patik dapat pandu AILABIYU sendiri. Dua tiga hari ni asyik dok kereta adik patik je. Heran patik, budak-budak muda ni kalau memandu tak reti nak perlahan. Penat memang penat memandu ke sana ke mari sorang-sorang tapi menengok gaya budak-budak ni pandu kereta, lebih baik patik sendiri pandu kereta patik. Patutlah mak patik kecut isi perut jantung buah pinggang kalau naik kereta dorang nih... hm... harap-harap keadaan patik akan bertambah positif. Amin.. malas nak menyusahkan orang lain walaupun dalam hidup ini patik tetap akan perlukan pertolongan dan bantuan.
 
Kadang mengharapkan orang lain....risiko yang kita terima ialah kuciwa. Kita pun tak dapat nak puaskan hati semua orang, apatah lagi orang nak puaskan hati kita. Kitalah sendiri yang tahu apa yang dapat memuaskan hati kita. Lama-lama kita akan berputus asa berharap kepada manusia. Berharap hanyalah pada Allah...
 
Kerja patik tengok tv, solat, tidur dan makan bubur sepanjang patik sakit. Asyiklah memutar dvd kartun macam-macam jenis. Baring aje sampai naik jeluak. Nak main hanpun pun mikir pergerakan tangan perlu dikawal. Nak bukak lappy lagilah tak mampu! Nak berjalan laju pun, mikir-mikir yang hentakan kaki jugak memberi kesan pada gusi patik.
 
Alhamdulillah hari ni patik dah kuat sikit.
 
Hotlink patik masih berbaki 22RM. Internet patik pun masih banyak lagi. Puas hati patik. Kalau tak, tiap-tiap bulan pun memang kena bayar 40RM kan. Pakai tak pakai. Patik call mami patik di seberang nun pun, baru 1.50 sen untuk 6 minit. Oklah tu kan. Untuk orang tak banyak cakap dalam telefon macam patik ni memang berbaloi-baloi...
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…