Skip to main content

WELCOME SANG TENGKUJUH....




Salam tengkujuh di angin lalu...


Dua hari lepas kemain teriknya panas membahang. Tetapi kemudian petangnya menjadi gelap dengan awan kelabu berarak laju mengikut gerak angin kencang yang tetiba merubah suasana. Gelap macam nak malam.
 
Aha...sepertinya Sang Tengkujuh sedang melambai tangan sambil berkata,"Aku datang lagi..!!"
 
Petir bagai gegak gempita, kilat pula sabung menyabung... pancarannya terkadang bagai melibas sampai ke kulit badan. Hujan tidak pula lebat seperti perut besar awan hitam yang bergerak laju sebelum itu.
 
aku cepat -cepat bersembunyi dalam mini toto di ruang tamu depan tv. Inilah masanya nak berdengkur...keh keh keh... semua soket aku tutup. Wah... seronok sangat membuta lepas solat dan makan. Kertas exam nak ditanda kemain banyak lagi tapi nanti dulu...ahaks... tidur dulu...akhirnya zzzz....hilang ke alam mimpi.
 
Batuk ni mula hilang tapi sekali datang tengah-tengah mata mengantuk nak membuai mimpi. Mencucuk-cucuk kemain gatal. Sakit dada dibuatnya sampai berat nak bernafas. Kahak kemain banyak lagi. Siang tak pulak batuk. Rasa geram memang ada. Ubat batuk, macam-macam jenis petua dah buat tapi kuman ni betul punya 'macho'. Sengaja nak ganggu masa tidur. Tiap sejam akan batuk sampai tak boleh nyenyak tidur. Besok pagi mulalah sakit satu badan. Nasib baik kuat semangat nak pergi kerja. Apalagi...masa balik kerja lah masa yang sesuai aku nak membuta. Hahaha.. Dont be jealous...ahaks...
 
Tapi hari ni aku nak memasak. So, tak pastilah boleh tidur ke tak ye. Nak masak nasi, masak asam pedas kembung je. Emmm...sedapnya letak daun kesum, lobak putih dan bendi! Ada umur panjang, murah rezeki, dapatlah aku makan petang ni. Maklumlah, dasar berjimat cermatlah katakan...hik hik... Minyak kereta pun kena kira. Kalau asyik berulang alik pergi pasar je, dah bazir berapa liter kan? Baik beli untuk makan seminggu, tak payah ke pasar lagi. Tapi untuk orang macam aku yang terdidik oleh emak cayang aku tu untuk selalu ke pasar macam la rumah tak ada peti ais, aku rasa tak selera nak makan ikan dalam peti lama-lama. Amboi..kemain banyak pulak cekadak yek.. makan jelah jangan banyak songeh..kata nak berjimat..uhuk...
 
So....so...so... aku sangat paham kenapa harga barang akan naik apabila minyak naik. Ini realiti kehidupan. Kadang tu nak merayap ke JB pun aku kena fikir dua tiga kali. Pergi balik dah makan 30Rm jugak. Kalau empat kali merayap dalam sebulan? Tak ke makan ratus-ratus jugak? So, bagi mereka yang ulang-alik jb-pontian, wow...aku dapat bayangkan kos lepas yang depa kena apabila pengangkutannya ialah kenderaan enjin 1.5 ke atas. Tiap hari bebeh...berapa RM mau terbang tu... isk... entah-entah asyik makan megie. Tambah pulak perokok tegar... berasaplah kepala mikir nak menyimpan camana..
 
Inikan pulak para peniaga....see? Mereka lagilah terpaksa berkira betul. Mau tak mau, harga barang mesti dinaikkan punya, kalau tak, baik depa tak yah berniaga.
 
Nak buat keputusan balik Indon ke tidak pada tahun ni pun aku memikir-mikir sampai harga tiket dari murah jadi mahal. Nak balik, duit cukup-cukup je. Tak balik pulak, orang tua dah bertanya, bila nak balik sana jenguk anak-anak kerbau yang comel manja. Bila nak jenguk tanah yang nak dijadikan kebun getah? Bila itu..bila ini..? Lagi kalau mak dah buat ayat-ayat cinta macam.."Mak sorang-sorang je ni,bersampan... mak teringat lina. Lina kan suka menulis... Kat sini tenang tempatnya..." sob...sob..sob...mulalah meleleh kilauan air jernih di kelopak mataku ini...
 
Nak balik dengan feri pulak...bila ditimbang-timbang, dengan perjalanan yang lama, kos makan, penat turun naik feri, bersesak-sesak dengan penumpang, harga tiket feri....dah lebih kurang je dengan naik flight harganya. Huh...tension pulak aku memikir..
 
"Lina balik one way dengan flight. Nanti balik Pontian, balik dengan mak. Naik feri." Mak bagi idea yang cukup bernas lagi best.
 
Oo yeahhh....!!- (nada Vektor dalam Despicable Me)... Light Bulb...!! (nada Gru)...hik hik... Jumpa jugak jalan keluar...alhamdulillah...
 
So...aku cepat-cepat isi online Firefly sementara harganya masih patut-patut lagi. Tetiba waktu nak buat bayaran... MSOS aku hantar sms ke nombor hanpun lama. Ha...ni yang aku malas betul. Dah le nak membaca borang tempahan tu kemain teliti supaya tak tertick benda-benda yang aku tak mo. Nak bayar pulak jadi camni. Aku call bank, tanya kenapa masih tak kemaskini nombor telefon aku padahal aku dah pun pergi bank, buat kemas kini minggu lepas. Rupanya yang aku update tu untuk sistem TAC je, yang MSOS kena kemaskini lain. Pulak... tapi jurukhidmat tu tolong aktifkan serta-merta dah alang-alang aku call tu. Alhamdulillah....dah aktif. Tapi bila aku cuba lagi buat payment, MSOS hantar ke nombor baru, masih jugak tak dapat-dapat. Mungkin wifi ni line tengah mode macam siput cadbury...yakhrab beit!! Huh!
 
Perut dah lapor...baik aku masak dulu... ..ciao..
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …