Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

SEKADAR MANUSIA BIASA...

Assalamualaikum...
Hari yang agak slow bagi aku. Sukan pun macam tak sukan. Sekejap jadualnya begini, tetiba diubah pulak begitu. Kerja aku buat persiapan untuk taklimat esok dan sambil-sambil ke padang, turut pantau budak-budak yang ada potensi untuk mewakili rumah bagi sukantara esok. Aku pun esok tak bertugas di sekolah. Bertugas di PKG. Semangat kesukanan...? slow gila.
JDT kalah dengan Pahang? Ahaks... adat pertandingan memang begitulah kan. Jangan sampai ada dahi yang bengkak, kaki yang patah...sudah ler. Kah kah kah...
Hari ni juga uruskan borang segala borang ke luar negara, alang-alang GB ada di sekolah. Tak sampai sebulan lagi masa yang ada. Sampai di pejabat, memasing bercerita tentang plan percutian yang dah dipilih. Ada yang ke Bandung. Ada juga yang ke Langkawi dan tempat-tempat pelancongan lain.
Dalam pada mereka bercerita tu, aku menyepi cuma sambil menyiapkan borang aku yang perlu aku fotostat 3 salinan. Aku tak minat nak campur. Dan tak minat orang tau ke mana aku per…

JDT VS PAHANG ??

Hmm...Rupanya 1 November adalah perlawanan bola antara Johor dengan Pahang. Manalah aku tau kan sebab aku paling tak suka apa pun yang berkaitan dengan bola. Tapi apabila sana sini status FB kekawan bercerita tentang perlawanan bola(yang sebenarnya berharap kalau JDT menang, dapat cuti! Kan? Ele, aku tau..), aku teringatkan seseorang.
Tak pernah aku ceritakan tentang dia sepanjang entri yang ada. Tapi dia suka bola. Minat bola dan gila bola. Juga hamba Allah yang aktif dengan sukan especially BOLA. Sungguh kontra dengan aku yang suka acara masak memasak di dapur. Hahaha...
Entah kami kenal sebagai kenalan, kawan atau teman tapi mesra atau apa-apa kata yang seumpama dengannya, aku pun tak taulah kan. Sebab yang perkenalkan kami ialah orang tua. Jadi, aku rasa ada nilai-nilai yang indah untuk dikenang. Ada bibit-bibit klasik. Ada bibit-bibit nostalgia era sebelum millenium. Tak apalah walau itu hanya perasaan aku aja kan.
Dear my friend,
Saya harap awak bergembira dan sedang berbahagia. Ma…

ASAM PEDAS AYAM PLUS KHUSBARA...

Assalamualaikum...
Hujan melanda setelah awan nan gelap bagai tak terdaya dan penuh sarat. Angin kencang membadai lalu termuntahlah segala isi dan mencurah-curah membasahi alam. Aku baru menyidai dua helai selimut pasar malam yang gebus (10RM sehelai), dua helai sarung bantal dan sehelai tudung. Dua buah kereta, aku letak kat luar. Satu betul-betul di tepi pagar, satu lagi aku cuma undurkan saja ke belakang, jadi laman aku lapang. Pintu pagar biar terbuka luas. Dengan cara ini, aku boleh bersihkan laman aku dan kereta-kereta asing tak boleh nak menyemak dekat kawasan rumah aku. Ahahahah... Dalam masa yang sama, jalan di hadapan boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Hujan yang tetiba turun...ups...sebenarnya bukan tetiba turun. Memang aku dah nampak mendung kelabu di atas nun. Tapi aku tak basuh banyak pun sebab semalam aku dah mendobi jugak. Jadi, aku sidailah jugak kat depan ni. Lepas tu aku menyapu dan buat rutin biasa kalau aku tak sibuk. Mengemas, menyapu sampah dan bla bla bla...
Aku…

NOVEMBER RAIN...?

Assalamualaikum...Pagi yang permai...
Pantas sungguh masa berlalu sehingga tak sedar dah masuk bulan November. Yay... dah tak sabar rasanya nak menghabiskan sesi persekolahan tahun 2014. So...aku malas nak fikir negativiti-negativiti yang melanda menjelang nak habis kerja ni. Kenapa? Aku tak nak rosakkan mood aku yang amat susah dibina. Jadi...persetankan itu semua. Kau nak dengki kat aku ke...nak tak puas hati dengan aku ke...nak buat macam-macam kat aku ke...AI DON KER! Bukan kau yang bayar gaji aku pun kan.
Daaann.... buat masa ni aku hanya nak luangkan masa untuk diri aku dan family aku aje. Dan blog cayang aku ni. Hohoho...
Semalam adik dan geng guru sekolah dia ke Lotus, Desaru. Nak main taman tema. Dia orang ajak aku jugak tapi aku malas nak pergi. Ada hari KELUARGA MINIONS katanya.
“Aku rasa...aku malas nak join. Aku jaga rumah ajelah.”Jawapan aku yang klise. Ahaks..
Aku memang jauh beza dengan adik aku. Dia kaki jalan. Aku kaki tidur. Hahaha..
Bukan apa, aku dah mula penat nak …