Skip to main content

ASAM PEDAS AYAM PLUS KHUSBARA...

Assalamualaikum...

Hujan melanda setelah awan nan gelap bagai tak terdaya dan penuh sarat. Angin kencang membadai lalu termuntahlah segala isi dan mencurah-curah membasahi alam. Aku baru menyidai dua helai selimut pasar malam yang gebus (10RM sehelai), dua helai sarung bantal dan sehelai tudung. Dua buah kereta, aku letak kat luar. Satu betul-betul di tepi pagar, satu lagi aku cuma undurkan saja ke belakang, jadi laman aku lapang. Pintu pagar biar terbuka luas. Dengan cara ini, aku boleh bersihkan laman aku dan kereta-kereta asing tak boleh nak menyemak dekat kawasan rumah aku. Ahahahah... Dalam masa yang sama, jalan di hadapan boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Hujan yang tetiba turun...ups...sebenarnya bukan tetiba turun. Memang aku dah nampak mendung kelabu di atas nun. Tapi aku tak basuh banyak pun sebab semalam aku dah mendobi jugak. Jadi, aku sidailah jugak kat depan ni. Lepas tu aku menyapu dan buat rutin biasa kalau aku tak sibuk. Mengemas, menyapu sampah dan bla bla bla...

Aku ingat nak menggembur pokok limau purut yang dah lama aku tak layan kat pasu depan. Tapi jiran kawasan depan rumah aku ni, laki dia mundar-mandir depan rumah aku sambil jeling-jeling..dah la aku pakai baju kelawar dengan tudung je menyapu laman rumah ni.

Tak selesa kita dibuatnya. Kang tertonggeng, tercangkung, terselak itu ini... free-free je tengok movie. Kalau rumah dia betul-betul dok depan rumah, aku tak kisah lagi. Macamlah tak ada kawasan lain nak berjalan-jalan atau bersiar-siar pepagi buta kan... terpaksalah aku masuk ke dalam rumah, melipat kain yang dah kering dulu sambil tengok Despicable Me yang asyiklah diputar-putar berpuluh kali. Heran pulak aku kepada diri sendiri, awat tak bosan-bosan tengok cerita kartun ni?

Beberapa minit lepas tu, aku nak keluar tengok pokok aku, hujan pun turun dengan megahnya. Sejuk sikit suasana. Redup dan teduh. Beberapa hari ni aku perasan udara mula lembap walaupun panas terik. Yes...tengkujuh datang semakin dekat. Kain baju sidai dari pagi pun, petangnya masih lembap lagi. Biasanya kering dah semacam sotong kering. Kejung je dek panahan mentari.

Asalnya aku nak buat kerja sekolah. Tapi bila aku dah bukak lappy ni, ternampak cd All About Eve yang masih terletak elok dalam cd rom external kat sebelahnya, aku putar lagi cerita yang dah berabad ni.

Oooh...drama ni menggamit kenangan-kenangan masa aku di Mesir. Cerita ni sama naiknya dengan Meteor Garden tapi aku lebih terpaku dengan All About Eve. Ceritanya lebih logik dan banyak pengajaran, ilmu media massa dan penuh rencah. Dan yang tak menahan tu, Park Chae Rim sebaya dengan aku. Jadi, aku boleh berangan jadi macam dia.

Bukan berangan nak jadi macam dia. Berangan nak ada hanpun macam dia. Ada rumah yang sangat cantik dekorasi dalaman dan suasana pekerjaan dia. Ada laptop. Ada macam-macam la. Dalam cerita ni, KERJA KERAS adalah satu prinsip hidup masyarakat Korea.

Sebab tu dengan keputusan bagus aku masa tahun akhir, aku hadiahi diri aku dengan sebuah telefon bimbit jenama Samsung jenis clamshell..

Waah.. bergaya sangatlah tu kononnya. Waktu tu zaman kegemilangan NOKIA. Member-member aku dah pakai NOKIA butterfly. Tapi aku minat SAMSUNG.

Tapi itu bukan bermakna aku tenggelam dalam gelombang artis-artis KOREA. Tidak akan dan tidak mungkin. Jadilah diri sendiri. Ada jati diri. Boleh tiru kebaikan dan kemajuan di negara lain tapi kita adalah diri kita sendiri. Artis Korea tu kencing basuh ke? Eeewww...

Kali ni aku tengok babak yang aku nak tengok je. Babak cinta di antara penyampai berita dengan perakam alih suara. Kelakar sungguh. Tu je pun. Lepas tu tutup.

Try buka FB pulak. Padahal kerja sekolah ada yang perlu disiapkan. Haha... ups...buka-buka je, terpapar status kawan yang tak dapat pindah antara negeri.

Whoa whoa whoa whoa.... letih aku nak mengadap kawan-kawan yang permohonan dia orang tak diluluskan. Ada yang mintak dah sampai 10 kali pun tak dapat-dapat jugak. Aku pernah tulis entri tentang perkara ni dalam blog.

Sebenarnya aku pun tak berapa faham cara orang berfikir. Kekadang aku tertanya-tanya sendiri, apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ini. Kita dah belajar, kemudian jadi guru. Ada kerja tetap. Kemudian bercinta. Berumahtangga dan dikurniakan dengan anak-anak yang comel. Suami kita pun kerja tetap juga. Dah beli kenderaan. Dah beli rumah sendiri. Alih-alih kau mintak pindah. Bila dah berpindah ke tempat yang lima enam kali kau mohon tu...alih-alih kau teringat balik rumah kau yang kat sini.

Kalau dah memang kerja tu asyik mohon pindah tiap-tiap tahun, awatnya kau beli rumah? Kalau dah sepakat suami isteri memang nak pindah jugak-jugak, carilah rumah sewa yang selesa sikit kalau rumah sewa lama tu sempit. Habis tu, beli rumah kat sini dan duduk pulak rumah sewa kat sana? Allah....entah la cara manusia ni berfikir kekadang memang unik. Kan?

Lainlah kalau suami isteri duduk berjauhan. Itupun untuk 3 tahun pertama perlu sabar fokus dengan kerja dulu. Kerja takkan memahami keadaan diri kita. Kitalah yang kena tahu sistem kerja kita macam mana. Kena fikir dan tahu, nak susah sekarang atau nak susah kemudian? Ambil la pengalaman orang-orang lama. Jangan ikutkan hati sendiri. kita susah, habis orang lain semua tak pernah susah?

Lainlah kalau kita ada penyakit kritikal yang perlukan pantauan setiap masa. Lainlah kalau tiba-tiba dipindahkan...

Adoi aii..letih aku nak tengok kengkawan ni frust bila tak dapat pindah.

Hm...ke dapur dululah. Masak apa ya? Asam pedas ayam. Ok tak? Habis tu kerja sekolah...?

Lepas masaklah buat kerja sekolah. Yippppieee....



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…