Skip to main content

NOVEMBER RAIN...?

Assalamualaikum...Pagi yang permai...

Pantas sungguh masa berlalu sehingga tak sedar dah masuk bulan November. Yay... dah tak sabar rasanya nak menghabiskan sesi persekolahan tahun 2014. So...aku malas nak fikir negativiti-negativiti yang melanda menjelang nak habis kerja ni. Kenapa? Aku tak nak rosakkan mood aku yang amat susah dibina. Jadi...persetankan itu semua. Kau nak dengki kat aku ke...nak tak puas hati dengan aku ke...nak buat macam-macam kat aku ke...AI DON KER! Bukan kau yang bayar gaji aku pun kan.

Daaann.... buat masa ni aku hanya nak luangkan masa untuk diri aku dan family aku aje. Dan blog cayang aku ni. Hohoho...

Semalam adik dan geng guru sekolah dia ke Lotus, Desaru. Nak main taman tema. Dia orang ajak aku jugak tapi aku malas nak pergi. Ada hari KELUARGA MINIONS katanya.

“Aku rasa...aku malas nak join. Aku jaga rumah ajelah.”Jawapan aku yang klise. Ahaks..

Aku memang jauh beza dengan adik aku. Dia kaki jalan. Aku kaki tidur. Hahaha..

Bukan apa, aku dah mula penat nak memandu sebenarnya. Bila dah penat, aku jadi malas memandu. Bila dah malas.... cakaplah apa pun, janjilah semanis madu pun...jawapan aku tetap.. “MALAS”.

Kalau pergi mana-mana, mesti aku yang jadi driver. Kalau geng-geng datang pun, pergi ke mana-mana nak lepak, mesti aku jugak yang kena pandu. Hoh! Letih. Kalau persona tu boleh transform jadi VIVA, sedaplah sikit nak diseimbangkan dengan kudrat aku ni. Kecik. Comel. Kiut. Maksud aku, VIVA tu.

Sebut pasal kereta, aku sebenarnya tidak berminat dengan kereta besar sebab aku ni kudut je. Sejak dulu lagi, kereta besar bukan pilihan hati kecilku ini. Bukan ya...bukan. Tapi atas nasihat orang tua yang dah berpuluh tahun pegang setereng ke utara, selatan, timur dan barat... aku patuh je sebagai anak yang taat la katakan. Kah kah kah... geli pulak rasanya bila tulis perkataan ‘taat’ tu.

Satu lagi atas pengalaman aku sendiri yang dah biasa bawak Kancil kawan tiap kali balik bercuti. Terengganu-Johor 700++ kilometer(sehala). Koman-koman kena enjin 1.5 ke atas, baru selesa memandu jauh. Kena fikirkan jugak barang-barang yang nak angkut ke sana ke mari. Perlukan ruang bonet yang luas.

Kenderaan Sedan. Itu yang terbaik. Tapi yang terbaik tidak semestinya yang kita suka. Redha jelah. Asalkan kereta tu tak banyak buat kerenah, syukur dah. Daripada naik bas..? Daripada pandu Kancil 850..? Dengan barang sumbat bawah kaki, atas riba...? Duduk statik, tak dapat bergerak sampai 6/7 jam..? Huh...pengalaman yang tak terlupakan. Tapi ia sebuah pengajaran dan ilmu yang sangat bermanfaat buat diriku...alhamdulillah ala kulli hal...

29 Disember ni, genaplah 7 tahun aku dan AILABIYU. Alhamdulillah, kereta ni tak pernah menyusahkan aku langsung. Yang menyusahkan aku ialah budak bengkel yang tak berdedikasi, tak jujur dan tak ada integriti semasa servis kereta aku. Bukti-bukti dah ada dalam entri-entri lama aku. Malas aku nak ceritakan. Tapi sangat jelas, yang mendajal ni memang manusia tu sendiri. So walaupun AILABIYU bukanlah cinta hati aku tapi aku memang berjodoh dengan dia. Ahaks... Banyak jasa-jasanya kepadaku... sob.sob...

Tapi...bila dah tak berjalan jauh ni, dah duduk rumah sendiri...perit pulak memandu kereta besar ni tiap hari yang jaraknya cuma la 3km je. Naik motor kang, dengan beg laptop, buku-bukunya, mangkuk bekal aku, beg mengkuang plastik aku...silap haribulan berterabur kat jalan. Kalau hujan...? Huh...

Ele..macam ler tahu pandu motosikal...uhuk...uhuk..tersedak tetiba..

Ting! Light bulb...hehehe... VIVA seken la ambik satu nanti. Tunggu adik bongsu aku grad bln 9 thn depan...(berangan tak kena bayar kan? Hohoho....)

Ceh...cakap je la memang dah lama mengidam kereta kecik tu kan...ahaks..

Bila dah parking kereta, dah solat n dah tukar pakaian...jangan haraplah aku nak keluar lagi kecuali ada urusan penting. Padahal teratak aku tak ada siaran tv. Tak ada internet. Internet hotlink ada la, yang 1RM/perday for 100mb. Tak boring ke? Ke..kerja tidur je?

Aku selalu jumpa status orang di FB, blog-blog dan whatsapp...bahawa mereka BOSAN. BORING.

Sebenarnya adakah masa yang panjang membuatkan kita bosan? Atau masa yang begitu pantas membuatkan kita terlalu sibuk sehingga kesibukan menyebabkan kita bosan? Adakah dengan cukup gadget elektronik, cinema, games dan macam-macam kegiatan dapat menjamin kita takkan bosan?

Beb...BOSAN tu letaknya di hati. Hati kau yang dapat memberi jawapan apa sebenarnya yang membuatkan kau bosan.

Aku dan segala kegiatan aku tak pernah buat aku bosan. Bosan bukan bermakna tak ada apa yang nak dibuat dalam 24 jam setiap hari. Betulkah memang betul-betul tak ada apa yang nak dibuat selama 24 jam?

Kau boleh baca buku. Boleh solat-solat sunat. Boleh baca Al Quran. Boleh hafal surah-surah pendek dalam Al Quran. Boleh hafal surah-surah panjang dalam Al Quran. Boleh bertafakur, bermuhasabah diri. Itu paling mudah dan senang, yang tak perlukan kau bergerak. Cukup dengan berbaring atau duduk. Sihat atau sakit.

Bosan berlaku apabila kau tak dapat buat apa yang kau nak. Dan kau kena buat apa yang kau tak mahu. Bosan terjadi apabila kita kurang terapkan rasa syukur dalam hati. Kurang rasa menghargai apa yang Allah dah beri pada kita. Kurang perhatikan nikmat yang kita ada.

Besok di akhirat lagilah bosan. Satu hari di akhirat sama dengan 1000 tahun waktu kiraan dunia. Masa tu rasanya macam mana? Hmm...







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…