Skip to main content

CERPEN HATI : BERITA SUKAN DAN POWER BANK

Bateri simpanan pilihan gue




Malam yang sepi dan tenang, ditemani bunyi katak yang sahut-menyahut memanggil hujan. Aku fikirkan mungkin Khamis tak jadi buat sukan tahunan memandangkan semalamnya hujan lebat.Tapi pagi tadi cuaca cerah dan panas.

Aku pasukan rumah Biru. Apa halnya aku nak pakai seragam sukan guru yang kaler hijau terang? Tentulah aku nak bagi sokongan untuk rumah aku. Unless baju seragam sukan tu kaler yang tak ada kena-mengena dengan  Merah, Biru, Kuning atau Hijau. Barulah ada munasabahnya aku nak pakai.

Yes, aku tak suka orang perintah aku suruh pakai apa kena pakai. Aku bukan budak-budak. Bukan budak universiti pun. Dah tua beb. Tak payah nak mengarah aku pakai apa. Aku taklah bodoh sangat nak sesuaikan pakaian waktu kerja, waktu sukan dan bla bla bla... Kalau benda kecik kau jadikan besar, kaulah yang cari pasal dengan aku. So, hari ni aku tak pakai seragam sukan guru sepertimana majoriti lain pakai. Whoa...comelnya muka kau tatkala tengok pakaian aku hari ni. Bengkak? Marah? Hohoho...how adorable...

Sukan tahunan kali ini tunggang terbalik. Dalam sejarah, ni pertama kali berlaku. Ok, tu aje komen tak berbayar aku tentang hari ni.

Daannn...kita memang perlu jaga jarak kita bersama kawan-kawan satu tempat kerja. Jarak ini atas dasar hormat-menghormati kerana kita sedar, dalam berbelas atau berpuluh-puluh kawan kita ni, tak ada satu pun yang sekepala dengan kita.

Sesuatu yang kononnya heboh, kecoh dan jadi kontroversi...yang awalnya macam suspen kat aku then last..hanyalah cerita bodoh pasal fulan bin fulan kahwin lagi satu...aku anggap tuan punya mulut tongkeng ayam ni seorang yang tak matang. Apa kaitan ko dengan fulan bin fulan? Bukan laki ko pun kan, kenapa nak menjaja cerita dari satu tempat ke satu tempat, seorang demi seorang? Untuk apa? Ko dapat elaun 10K ke bukak cerita peribadi orang? Stupid.

Tapi oleh sebab bakteria suka bercerita hal dalam kain orang ni menjangkiti kekawan aku yang baik dengan aku, aku malas nak cakap apa-apa. Bukan apa, mengelakkan daripada bergaduh. Sebab....laser aku dahsyat kalau terkena kat orang. Memasing dah tua, dah tahu apa yang patut dan tak patut dilakukan, apa yang baik dan buruk...so aku malas campur. Aku diam je. Dan nampaknya kekawan maklum dengan reaksi aku. Aku lega.

Fikiran aku masih mengenang pemergian pakcik aku kelmarin. Bertambahlah nama orang-orang yang telah pergi meninggalkan aku dan kan terpahat dalam setiap kenanganku.

Aneh rasanya... sepatutnya aku bergembira kerana dah tak sabar nak melepaskan rindu berjumpa dengan mak..ayah...tapi ternyata sekarang aku akan pulang ke tempat yang semuanya sedang bersedih atas sebuah kematian.

Ya...aku berasa aneh sekali. Kegembiraan dan keterujaan aku hilang serta-merta. Raghbah bagai menyelinap entah ke mana perginya. Biasanya setiap kali pulang, arwah tokcu feri ada menunggu di depan kedai runcitnya. Tapi...kali ini..?

Arwah tokcu feri dikatakan orang kuat di kawasan kampung aku. Membawa gelaran ‘Tok Dubalang Kayo’. Atau Hulu Balang Kaya bagi suku Melayu Raja. Suku kami. Suku aku. Kini pemergiannya membuatkan semua penduduk kampung bagai ketakutan.

Aku memang belum sepenuhnya mengerti selok-belok adat pepatih yang masih kuat dipegang oleh keluarga aku di sana. Belum betul-betul mempelajari adat persukuan dan pantang larang yang diperturunkan dari keturunan demi keturunan. Tapi kepulangan aku kali ini tentu tidak akan sama dengan yang sebelum-sebelum ini.

Arwah Tokcu Feri dikenali di kampung itu lantaran gelaran besarnya. Arwah jugak orang yang paling rapat dengan mak. Paling rapat dengan arwah nenek aku. Kehilangannya pastilah beri satu impak yang besar di dalam keluarga aku dan seluruh penduduk kampung.

Oohhh...wahai tuhan...aku berasa sangat bingung. Mungkinkah aku akan belajar sesuatu yang baru nanti? Masih ada 20 hari menjelang 27hb Nov...

Untuk pertama kalinya aku tergerak hati untuk ushar power bank. Sebenarnya power bank amat penting untuk aku apabila waktu memerlukannya tiba. Terutamanya semasa travel. Tapi tahun ni dengan dasar penjimatan dan segala macam pengurusan kewangan yang perlu aku utamakan, power bank otomatik jadi tak penting untuk aku.

Maxis 3g di tempat aku ni tak berapa stabil. Bateri akulah yang jadi mangsa dok mencari-cari line 3g. Dulu masa dengan Celcom, aku tak pernah fikir nak cas aiponpoes. Sekarang boleh dikatakan setiap hari perlu cas.

Yes...terlalu banyak jenis dan bentuk power bank yang ada. Pineng yang popular...tapi berat. Macam jongkong emas. Yubao yang tak kurang glamer, bentuk macam transformer tapi still berat. Yang ringan banyak. Yang murah lagilah. Ikut pada kapasiti MAH yang ada.

Aku...just survey memula... aku lebih suka tengok cara adik-adik jurujual tu promosikan power bank daripada power bank tu sendiri. Ohh..dah lama aku tinggalkan dunia niaga. Teringat kenangan-kenangan lama.

Jalan punya jalan di mall...aku ternampak satu power bank yang taklah berat dan sedang-sedang je dalam genggaman aku brand TP LINK. Kapasiti 10400mAh. Terpikat.

“RM116. Waranti setahun.”Jurujual cina beritahu.

“Tak boleh kurang ke, dik?”

“Tak dapatlah kakak. Dulu harganya 129RM.”

Aku pun blah...harga tu terlalu mahal bagi aku untuk sebuah alat yang hanya bagi kuasa tenaga pada telefon. Tapi aku tersangat inginkan power bank tu. Power bank tp link. Bukan power bank yang lain.

Aku survey lelong, lazada dan mudah.my. Kekadang beli online ni boleh dapat lagi murah. Try cari power bank yang diidamkan. Eh, banyak online websiter seller yang jual PB tu dengan macam-macam harga. Aku survey website dorang. OOKAS online shopping, target aku. Harga Rm75 dan pos percuma. Are u kidding?

Tak apa, aku cuba order dan buat payment. Tunggu dan lihat. Hasilnya aku akan tulis pada entri akan datang. Memula dorang kata nak pos besok. Tak lama lepas tu dah siap attach tracking number dan salinan pos laju dalam whatsapp.

Kenapa aku pilih TP LINK?

Sebab aku biasa dengar nama ni. Kalau buat hal, aku tinggal humban je ke muka tokeh besar tp link tu. Senang kan? Pineng ke...yubao ke..jarang dengar nama tu. Baru-baru ni je naik nama. Apa-apa hal, aku jugak yang susah nanti.

Sebab beratnya yang tak keterlaluan dan senang simpan dalam beg. Dan yang jadi momentum kuat aku terus pilih TPLINK ialah PB ni termasuk dalam 5 jenama power bank terbaik di UK. Kebetulan aku terbaca dalam satu artikel online.

Okeh...hilang satu semak yang membeban kat kepala otak. Alhamdulillah..



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…