Skip to main content

JDT VS PAHANG ??

Hmm...Rupanya 1 November adalah perlawanan bola antara Johor dengan Pahang. Manalah aku tau kan sebab aku paling tak suka apa pun yang berkaitan dengan bola. Tapi apabila sana sini status FB kekawan bercerita tentang perlawanan bola(yang sebenarnya berharap kalau JDT menang, dapat cuti! Kan? Ele, aku tau..), aku teringatkan seseorang.

Tak pernah aku ceritakan tentang dia sepanjang entri yang ada. Tapi dia suka bola. Minat bola dan gila bola. Juga hamba Allah yang aktif dengan sukan especially BOLA. Sungguh kontra dengan aku yang suka acara masak memasak di dapur. Hahaha...

Entah kami kenal sebagai kenalan, kawan atau teman tapi mesra atau apa-apa kata yang seumpama dengannya, aku pun tak taulah kan. Sebab yang perkenalkan kami ialah orang tua. Jadi, aku rasa ada nilai-nilai yang indah untuk dikenang. Ada bibit-bibit klasik. Ada bibit-bibit nostalgia era sebelum millenium. Tak apalah walau itu hanya perasaan aku aja kan.

Dear my friend,

Saya harap awak bergembira dan sedang berbahagia. Malam ni ada bola. Saya tahu mestilah awak tengah sibuk berkerumun kat mana-mana BIG SCREEN di Pontian ni dengan geng-geng awak tu kan. Kadang-kadang hidup ni unik sekali. Di kala saya sedang memerhatikan awak, awak langsung tak menyedari kehadiran saya. Tapi di waktu awak tercari-cari saya, saya sudah pun hilang dari ‘radar’. Hehe..

Saya doakan awak sentiasa sukses dan optimis dalam hidup. Teruskanlah impian awak untuk buat bisnes online (pendapatan tambahan) dan hobi awak yang suka baca buku. Saya menyokong dari jauh. Saya mengerti perasaan lelaki yang berciri-ciri kepimpinan seperti awak, begitu berhati-hati setelah pernah tercalar oleh seorang perempuan yang berkerjaya hebat melebihi awak. Saya tahu bagaimana sikap seorang yang philophobia, yang hatinya penuh dengan ketakutan dan resah gelisah, was-was dan penuh keraguan untuk setiap sisi perjalanan hidup yang berkait dengan perasaan kasih dan sayang. Tapi dunia belum berakhir...kan?

Masih ingat tak awak...kita pernah sama-sama tengok taburan bintang-bintang yang bergemerlapan di dada langit?

Selamat menonton perlawanan bola malam ni. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah...amin... wsalam.

Hmm... sambung buat kerja sekolah...ahaks...peduli apa aku JDT kalah ke menang, aku tak kisah pun Ahad sekolah. Lagipun dah nak cuti kan. Esok aku sukan. Isnin aku taklimat e-laporan. No hal...no problem. Arios..








Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…