Skip to main content

SEKADAR MANUSIA BIASA...

Assalamualaikum...

Hari yang agak slow bagi aku. Sukan pun macam tak sukan. Sekejap jadualnya begini, tetiba diubah pulak begitu. Kerja aku buat persiapan untuk taklimat esok dan sambil-sambil ke padang, turut pantau budak-budak yang ada potensi untuk mewakili rumah bagi sukantara esok. Aku pun esok tak bertugas di sekolah. Bertugas di PKG. Semangat kesukanan...? slow gila.

JDT kalah dengan Pahang? Ahaks... adat pertandingan memang begitulah kan. Jangan sampai ada dahi yang bengkak, kaki yang patah...sudah ler. Kah kah kah...

Hari ni juga uruskan borang segala borang ke luar negara, alang-alang GB ada di sekolah. Tak sampai sebulan lagi masa yang ada. Sampai di pejabat, memasing bercerita tentang plan percutian yang dah dipilih. Ada yang ke Bandung. Ada juga yang ke Langkawi dan tempat-tempat pelancongan lain.

Dalam pada mereka bercerita tu, aku menyepi cuma sambil menyiapkan borang aku yang perlu aku fotostat 3 salinan. Aku tak minat nak campur. Dan tak minat orang tau ke mana aku pergi. Lagipun aku balik kampung, bukannya aku pergi melancong.

Tapi kalau dah hantar borang di pejabat tu, ada jelah paparazzi yang akan mengintai borang-borang aku, check aku nak travel ke mana. Penyibuk.

Aku malas nak melayan, buat bodoh sudah.

Rasailah dulu kehidupan seorang perantau, barulah tahu best ke tak best terbang ke sana ke mari. Nampak orang asyik travel keluar negeri, bukan bermakna ia sesuatu yang sangat menyeronokkan. Pandang jauh-jauh sikit...Jangan asyik tengok drama Korea je..

Ingat seronok ke, hidup terpisah jauh dari keluarga? Dalam hati, siapa yang tahu kan? Sangat letih dan jerih yang berpanjangan. Orang-orang kesayangan kita jauh di seberang. Mana mungkin kita nak paksakan orang tua kita duduk dengan kita sedangkan di seberang sana tulah tanahair mereka, tempat asal usul mereka, tempat mereka mendapat segala ketenangan. Kitalah pulak yang perlu balik ke sana, menjenguk keadaan mereka. Bukannya nak melancong sakan macamlah banyak sangat duit sampai 7 keturunan tak habis makan. Kan? Besar kecik besar kecik je mata aku memandang mereka yang suka jaki tak bertempat ni. Sebab tulah aku low profile je. Malas nak melayan. Bukan dia orang kenal aku pun. Kisah hidup aku pun bukan dia orang tau. Nak cerita tentang kisah peribadi kepada rakan sekerja? Aku bukan orangnya. Takkan mungkin.

Ketika kita senang, memang orang mahu dengar cerita gembira kita. Ketika kita susah, takkan ada yang mahu memberi telinga, mendengar masalah kita. Ambil pengajaran daripada situasi-situasi itu. Lumrah manusia biasa. Jadi tak payahlah nak over sangat bercerita kisah hidup pada orang ramai. Fitnah je yang banyak timbul  nanti. Macam dalam blog cayang aku ni. Kongsi kisah benar pun boleh jadi salah faham pada orang yang membaca. Huh...

Jadi...hargailah orang-orang tersayang yang duduk di sekeliling kita. Mak, ayah, adik beradik, suami/isteri, anak-anak dan saudara mara yang boleh kita lihat dengan mata kepala kita. Tapi selalunya benda yang ada di tangan, seringkali diabaikan. Bila dah hilang, barulah menyesal tak sudah. Masih terlalu ramai yang tidak bernasib baik di luar sana. Kau takkan perasan selagi kau hanya memandang mereka yang kau rasakan lebih best daripada kau. Semakin kau merenung orang yang lebih hebat daripada kau, semakin kurang kau menghargai diri sendiri. Yang muncul hanya dengki, cemburu dan perasaan tercabar. Sampai bila-bila pun kau takkan berpuashati.

So, di mata aku, orang yang ada suami yang baik tapi dia tak puashati dengan laki dia yang gaji agak rendah daripada dia,lepas tu mula meroyan tak tentu pasal cari lelaki lain. Then ngadapkan papan remote ke muka aku pulak, bagi kata-kata yang ‘hidup sendiri ni lebih baik daripada berkahwin’, itu cukup jelas orang tu ada masalah kejiwaan yang serius. Kau ada masalah rumahtangga, kau punya pasal ler, pergi cerita kat aku buat apa? Susah payah aku konar cerita lain punyalah tak kuasa dengar masalah-masalah kau tu.

Bersyukurlah wei, Allah anugerahkan diri tu seorang suami yang baik. Bukan kaki perempuan. Bukan kaki botol, kutu rayau. Jangan demand banyak sangatlah, takut menangis tak berlagu nanti. Syukurilah apa yang ada. Hargai apa yang kita ada. Hargailah hidup ini.

Di mata aku jugak, orang yang ada suami tak baik, plus menggatal dengan perempuan lain dan berkahwin, lepas tu kerja kau asyik nak berperang dengan madu kau je, tak berenti nak bergaduh...orang ni lagilah masalah jiwa yang tak terkawalkan. Macamlah dalam dunia ni tak ada apa yang perlu dihargai lagi bila dah bergelar madu. Duit kau pun habis, tenaga pun surut dan perasaan kau pun tak pernah tenang kerana kerja nak meroyan 24 jam.

Beb, ingat Allah banyak-banyaklah. Bersyukur dengan apa yang kau ada. Ada kerja yang baik, ada pendapatan yang tetap dan kesihatan yang memuaskan. Perkara dah berlaku pun. Kau nak buat apa bagi puashati ? Bunuh je laki kau tu, ok tak? Ahaks...

Dalam dunia ni, orang gila je yang tak ada masalah. Orang gila je yang tak menangis atau ketawa menempuh liku-liku hidup. Orang gila akan menangis dan ketawa sesuka hati, tak bersebab. Kalau diri sendiri tak kuat, macam mana nak menempuh hidup ni untuk yang seterusnya?

Kita suka atau kita tak suka, memang akan sentiasa datang dan pergi orang-orang yang akan menindas dan menyakiti kita. Membuli dan tak suka dengan cara kita atau ketenangan yang kita miliki. Kadang bukan sebab apa-apa pun kecuali memang kerana mereka tak suka dengan kita. Tak mengalu-alukan kehadiran kita.

Aku terbiasa dengan situasi-situasi di atas sepanjang hidup. Dan aku ada cara aku sendiri mengatasi perkara-perkara di atas. Because....i love myself. Walaupun sesiapa pun tak sukakan kewujudan/kedatangan/kehadiran AKU...tuhan telah ciptakan aku di sini. Aku tentu mesti jadi diri aku sendiri, hargai apa yang ada pada diri dan bergaul baik dengan manusia-manusia yang sama seperti aku. Suka kepada orang yang sukakan aku, sayangi orang yang menyayangi aku, caring kepada orang yang caring kat aku. Kalau orang tu tak suka aku....? Aku peduli apa.

Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Jangan jauhkan hati dari Allah. Jangan padamkan ingatan dari Allah dan sentiasalah berdoa kepada Allah. Sentiasalah mengadu kepada Allah. Sentiasalah membaca ayat-ayat Allah.

Itu bukanlah bermakna bahawa kita akan jadi manusia baik seperti malaikat yang selalu patuh. Kita manusia yang akan terus berbuat salah dan lupa. Diganggu oleh iblis dan syaitan setiap waktu. Tapi kita perlu selalu berharap pertolongan Allah. Selalu memperbaiki diri. Selalu ingin berubah ke arah yang lebih baik. Itulah manusia. Dan aku adalah salah seorang daripadanya.







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…