Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

PONTIAN....AKU PULANG...

Salam di dalam dingin hujan...
Alang-alang dah hujan kan...meh menyanyi sikit...
“Sewaktu debar cintamu terasa melanda Bangkit rinduku padamu di ketika itu Lalu tersentak diriku sedari lamunan Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan...”
Kesian...tak sedar-sedar dah kena tinggal yek? hehe...apa pun suara Saleem ni betul-betul evergreen lah.. segar...
Yeay!! Makin lebat hujan malam ni...tengkujuh gelombang ke berapa pulak ni? hm..
Seharian ni aku jadi bibik, dok mencuci peti sejuk, basuh baju, sidai baju, pergi pasar beli lauk, masak nasi, masak lauk, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah....fuh! Sibuk betul bibik hari ni.
Gitulah kalau rumah dah tinggal 20 hari kan. Apalagi, kenalah mengemas balik semuanya. Harapkan si bujang tu mengemas....haru ler. Tidur pun kat ruang tamu aje punyalah penakut nak tidur kat bilik sendiri. Ruang tamu aku dah macam kem pelarian manusia perahu. Manusia Perahu? Isk...
Hal kerja tolak tepi dulu. Aku tak mau fikir apa-apa.
“Maju mundur...atas ke bawah iya iya nggak ngg…

CERPEN HATI : ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA NIKMAT

Assalamualaikum...
Ahaks... pagi ni selepas Subuh, Mak ajak pergi ke Seberang. Semalam hujan lebat. Kalau dah hujan tu kan, pacat paling meriah ler gamaknya dalam industri hisap dan menyedut darah ni. Lepas dua tiga teguk milo+susu indomilk, aku pun bergerak ikut mak.
Mungkin bagi sebahagian orang, geli rasanya memijak tanah becak. Tapi bagi diri aku, itu terapi semulajadi bagi merapatkan hubungan di antara kulit dengan tanah. Meredah pagar kawat berduri menuju ke tebing dah semacam riadah ringan. Beberapa minit kemudian sungai Kampar sudah boleh didengar deru airnya yang sedang pasang. Sampan kami sudah tersedia di tepi tebing.
Selama ini terlalu banyak masa yang dihabiskan dengan memegang gadget, besi dan aluminium. Kali ini aku belajar mendayung sampan. Seram tetap ada. Kalau tetiba tersembul lubang hidung pakcik aligator depan mata...maklum ajelah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Aku tengok air sungai Kampar ni tenang betul. Hehe...manalah ada buaya dalam sungai Kampar …

CERPEN HATI : DIARI DARI RANAH BANGKINANG

Marpoyan Damai 2055 28112014
Salam…Yuhuuu…adlinz kembali lagi hoyehhh…auch..
Walaupun cuti dah bermula seminggu, aku macam cikgu-cikgu yang lain, perlu datang ke sekolah untuk bereskan kerja-kerja yang masih belum siap. Uhuk…badan aje pergi sekolah wey, hati dan perasaan aku dah lama terbang pergi Pekanbaru sana.
Cuaca waktu aku menulis ni, hujan baru reda. Baru dapat beli simkad internet tadi untuk hotspot dari tablet. Pilihan gue macam biasa, KARTU 3 ALWAYS ON. Beli untuk kuota 2GB dengan harga Rp45000. Lebih kurang RM12 la, banding dengan Ringgit Malaysia. Cukuplah tu untuk 15 hari aku kat sini.
“Jangan lupa siapkan jadual untuk cikgu, kang balik kampung payah nak contact.” “Weh rilekslah, aku dapat aje simkad tu aku akan terus buat jadual. Tunggu ajelah aku whatsapp nanti ok yang?”
Keh keh keh… jiwa dan raga gue dah tak ada kat Johor tu, lagi nak cakap pasal hal sekolah. Anyway gua cool…ice ice baby…revolusi….nyanyi sikit…ahaks..
Woa...terlalu banyak pengalaman pahit akan manis akhirnya…