Skip to main content

CERPEN HATI : ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA NIKMAT

Assalamualaikum...

Ahaks... pagi ni selepas Subuh, Mak ajak pergi ke Seberang. Semalam hujan lebat. Kalau dah hujan tu kan, pacat paling meriah ler gamaknya dalam industri hisap dan menyedut darah ni. Lepas dua tiga teguk milo+susu indomilk, aku pun bergerak ikut mak.

Mungkin bagi sebahagian orang, geli rasanya memijak tanah becak. Tapi bagi diri aku, itu terapi semulajadi bagi merapatkan hubungan di antara kulit dengan tanah. Meredah pagar kawat berduri menuju ke tebing dah semacam riadah ringan. Beberapa minit kemudian sungai Kampar sudah boleh didengar deru airnya yang sedang pasang. Sampan kami sudah tersedia di tepi tebing.

Selama ini terlalu banyak masa yang dihabiskan dengan memegang gadget, besi dan aluminium. Kali ini aku belajar mendayung sampan. Seram tetap ada. Kalau tetiba tersembul lubang hidung pakcik aligator depan mata...maklum ajelah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Aku tengok air sungai Kampar ni tenang betul. Hehe...manalah ada buaya dalam sungai Kampar ni. Lintah banyak ler.

Ahh..sungguh lega dapat sampai ke tebing seberang dengan aman sentosa. Cuaca yang sejuk dan terasa banyak oksigen masuk dalam badan. Di sana aku disambut dengan 7 ekor kerbau yang nampaknya merindukan aku. Yang aku kenal ialah Si Putih dan Si Pantil. Yang 5 ekor lagi tu nantilah aku fikir-fikirkan nama yang sesuai. Justin Bieber...maybe? Keh keh..aku usap sekor demi sekor kerbau pusaka nenek aku. Apa pun, dalam darah aku masih mengalir darah nenek aku. Akulah antara pengganti tuannya yang sudah pergi. Kerbau-kerbau tu sangat jinak.
Dulu kebun ni terasa meriah dan indah. Tapi sejak arwah Tokcu Feri meninggal dunia, aku rasa semuanya hambar dan kosong. Lengang. Akankah aku menulis di sini? Suasana selepas hujan yang begitu suram dan hanya menggamit rasa sedih yang tak terungkapkan.

Ada beberapa batang Pokok Pauh yang sudah ditebang. Dan pada batang-batang pohon tu tumbuh cendawan sisir. Aku mula mengutip cendawan-cendawan tu, masukkan dalam plastik. Mak kata cendawan tu sedap digulai lemak cili api. Aku ikutkan aje.

Tak lama selepas tu, kami balik semula ke rumah. Ayah dah ke Pekanbaru atas urusan rumah khos yang tak pernah habis.

Buat waktu-waktu yang sungguh bernilai, lebih berharga daripada emas ini, aku mengharapkan kesihatan ayah dan emak dalam keadaan yang optimum. Memang tak pelik adanya ungkapan, “Ketika barang ada di depan mata, tak pernah dipedulikan tapi ketika ia hilang dari genggaman, barulah menggagau tercari-cari.”

Mana dengar ungkapan tu? Macam tak ada dalam kamus. Memang ler, ungkapan aku buat sendiri. Hahaha..

Tinggal bersama satu keluarga adalah suatu nikmat Allah yang patut disyukuri tapi kita selalu mengabaikannya. Anak menderhaka kepada ayah. Ibu bapa tidak mempertimbangkan minat dan kehendak anak. Adik-beradik bertelagah sampai berbunuh-bunuhan. Ini awal dari rasa tidak menghargai sesama ahli keluarga.

Tinggal berjauhan begini, membuatkan aku amat berkira. Kalau boleh jangan ada waktu-waktu terluang yang dapat menyakiti hati ayah dan emak. Dah jadi perkara biasa, ayah akan bercerita tentang kisah-kisah tahun 60-an, kesulitan-kesulitan hidup zaman dia baru naik remaja. Kisah yang asyik diulang-ulang. Mak pulak akan bercerita tentang adat istiadat Kampar yang kuat memegang Adat Pepatih. Cerita yang berulang-ulang.

Aku tetap maintain cool... biarlah seribu kali cerita yang sama diperdengarkan aku tetap dengar aje. Sekurang-kurangnya aku lupakan sekejap hal-hal sekolah yang seribu kali lebih membosankan. Manakan tidak, kurikulum yang asyik bertukar-tukar. Buku teks yang juga selalu berubah dan silibus-siilibus lain yang berubah-ubah. Jadi kuli kepada orang yang tak ada sikit pun jiwa seorang guru malah tak tahu-menahu langsung warna-warni dunia pendidikan. Sungguh loya tekak dan memualkan. Membosankan. Inilah dunia tempat aku tinggal dan hadapi secara realiti.

Justeru di sini aku bagai sedang jalani terapi jiwa, mengubat hati. Alam semulajadi ini bagai memujuk perasaan diri. Kedinginan dan kehijauan kampung ini merawat perasaan dan pemandangan. Aku terpujuk. Terubat. Terawat.

Sungguh manusia tidak boleh jauh dari alam ciptaan Allah yang maha cantik dan indah. Menenangkan. Inilah yang aku cari sebenarnya.

Pernahkah kalian rasakan nyamannya air perigi saat membasahi seluruh tubuh? Pernahkah kalian lihat tenangnya air sungai tatkala sedang mendayung sampan? Pernahkah kalian rasakan jinaknya binatang kerbau yang bertanduk saat ia mengikuti kalian kerana botol berisi air garam yang tergenggam di tangan? Pernahkah kalian rasakan enaknya masakan dari kayu api? Pernahkah kalian rasakan dinginnya sang embun saat kalian menghirup udara segar selepas Subuh? Pernahkah kalian rasakan mesranya alam semulajadi saat jari jemari kalian menyentuh tiap dedaunan pohon yang masih belum dicemari oleh tangan-tangan jahat atas nama pembangunan?

Burulah nikmat tuhan yang amat berharga ini sebelum terlambat. Carilah sebelum segalanya hancur musnah.





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…