Skip to main content

CERPEN HATI : DIARI DARI RANAH BANGKINANG

 Marpoyan Damai
2055
28112014

Salam…Yuhuuu…adlinz kembali lagi hoyehhh…auch..

Walaupun cuti dah bermula seminggu, aku macam cikgu-cikgu yang lain, perlu datang ke sekolah untuk bereskan kerja-kerja yang masih belum siap. Uhuk…badan aje pergi sekolah wey, hati dan perasaan aku dah lama terbang pergi Pekanbaru sana.

Cuaca waktu aku menulis ni, hujan baru reda. Baru dapat beli simkad internet tadi untuk hotspot dari tablet. Pilihan gue macam biasa, KARTU 3 ALWAYS ON. Beli untuk kuota 2GB dengan harga Rp45000. Lebih kurang RM12 la, banding dengan Ringgit Malaysia. Cukuplah tu untuk 15 hari aku kat sini.

“Jangan lupa siapkan jadual untuk cikgu, kang balik kampung payah nak contact.”
“Weh rilekslah, aku dapat aje simkad tu aku akan terus buat jadual. Tunggu ajelah aku whatsapp nanti ok yang?”

Keh keh keh… jiwa dan raga gue dah tak ada kat Johor tu, lagi nak cakap pasal hal sekolah. Anyway gua cool…ice ice baby…revolusi….nyanyi sikit…ahaks..

Woa...terlalu banyak pengalaman pahit akan manis akhirnya hehe.

Petang Rabu tu member aku datang dari Kluang. Bawa Exora. Dia memang dah janji nak hantar aku pergi Senai esok paginya. Memandangkan aku dah kemas dapur, dah cabut kepala gas pun so aku ajak makan kat luar aje.

Nak dijadikan drama malam tu, lampu trafik simpang empat jalan besar yang dekat dengan tempat makan padam disebabkan hujan. Masa pergi tak ada masalah apa. Smooth aje. Waktu balik, kami perlu belok ke kanan. Tahu ajelah kan bila dah berada di simpang empat pastu kedudukan kenderaan tu perlu belok kanan, malam pulaknya. Hujan lagi. Member aku rupanya tak lepas ambik ruang waktu dapat membelok kanan. Tayar sampai naik atas pembahagi jalan dan pommm! Opocot!

Tetiba aje aku dengar bunyi besi bergeser dengan jalan. Apa tu?

Member aku berenti tepi jalan. Suruh aku check keadaan Exora dia. Aku tengok body tak ada ape so aku menapak ke depan kenderaan pulak. Waktu tu adik aku turun double check.

“Pancit!”Dia jerit macam kena sawan. Aku pun berkejar ke belakang semula.

Pergh...bukan pancit biasa. Rim dah cium jalan tar pun. Nasib baik member aku terus berhenti tepi. Kalau tak, entahlah labu...
Member aku tu orang Batu Pahat. Sedara mara pulak area Benut dan Pekan Nanas. Nak mintak tolong siapa memalam ni, bengkel dah tutup pulak. Aku sendiri dah rasa hati tak sedap. Besok dah nak balik, tayar pancit pulak. Siapa aku nak harapkan hantar aku ke Senai besok?

Betul punya dugaan. Aduh...memalam gini hujan-hujan camni orang semua tengah syok membuai mimpi. Tetiba aku rasa seram semacam. Nak call siapa....?

Entah kenapa aku teringat Mr N atau senang kata Mr.Nice Guy. Keh keh... Aku call tak dapat-dapat, aku try whatsapp dapat pulak. Aku beritahu keadaan kenderaan member aku ni dan tanya dia kalau-kalau dia ada kekawan yang mekanik.

Bedezup dia datang dengan member dia, menawarkan bantuan. Isk...terharu gila. Macam drama swasta la pulak. Hahaha...tu la, asyik memalu nak jumpa kan, asyik mengintai dari jauh aje. Ha dengan insiden tu, terpaksa jugaklah jumpa akhirnya. Eh eh...ingatkan memalu kucing. Rupanya malu-malu ayam je. Ahaks... Anyway memang sungguh berterima kasih sebab sudi memberikan bantuan. Ada masa aku bershopping nanti aku akan belikan dia sesuatu. Insya allah...

My Dear Friend,
Kenapa senyuman awak begitu manis? Boleh kena diabetes ni...




adlinz79, kau dah lama hidup ke? Kalau lovey-dovey kau baca baru padan dengan muka. Ops...

Sebaik pilot AK 0439 beritahu yang pesawat akan berlepas (tayar mula tak cecah landasan), aku dah tak ingat apa-apa hal di Malaysia. Gud babai....aku nak lupakan buat sementara waktu. Dalam hati dah tak sabar nak tengok muka mak dan ayah. Anak pun.

Erk...anak?

Cuaca hujan menyebabkan penerbangan tertunda sejam lamanya. Tak apalah asalkan tak dibatalkan, ye tak. Sampai di airport, melepasi pemeriksaan demi pemeriksaan, ambik bagasi dan ciao keluar dari balai ketibaan Bandara Sultan Syarif Qasim II. Bandara singkatan daripada Bandar Udara. Lapangan terbanglah tu. Atau nak senang...EPOT. Kikiki...

Biasanya aku tak pernah tukar simkad kalau berada di sini. Aku gunakan whatsapp je untuk komunikasi dengan sesiapa. Kali ni aku beli telkomsel Rp10000. Dalamnye ada kredit 3000. Seringgit. Hahaha.. siap ada data 256mb. Memang kenyang internet la kalau duduk sini gamaknya. Telkomsel mempunyai liputan yang meluas macam Celcom kalau di tempat kita.

Entah kenapa, tokeh kedai tu malas nak registerkan simkad aku. Kot la kan. Sebab sebelum-sebelum ni beli siap dah didaftarkan. So, aku try daftarkan sendiri. Tak boleh pulak. Aku pun dengan muka selamba menapak dekat adik-adik bujang yang menyewa rumah sewa bapak aku.

“Mintak tolong dik, gimana cara registerkan kartu ini?”

Budak tu terkejut, maklum aku tetiba datang waktu dia tengah konsentret wax motor dia.

“Ya, daftar aja sendiri, kak. Kan ada menu TSEL di situ.”

Aku pun try la cari menu simkad yang dia sebutkan tu dalam aiponpoes aku. Tak ada pun.

“Tak ada ni dik.”

“Biasanya sebelum dipakai udah duluan didaftarkan sama penjual itu kak.”

“Ya, tapi tadi dia bilang bisa daftar sendiri. Ya gak papalah, ntar kakak ke swalayan lagi.”

Aku pun blah.

“Kak, biar saya anterin ke sana.”

Haaa? Kau nak hantar aku dengan motor besar kau yang gedabak gila ni?

“Oh ga papa...ga papa..ntar kakak pergi sendiri aja. Makasih ya...maap karna mengganggu.”Aku terus masuk rumah.

“Kak...!”Dia memanggil.

Aku terkejut. Jengul kepala kat pintu.

“Biar saya daftarkan dalam hp saya aja.”Dia bagi cadangan.

Tau jelah kan aiponpoes punya simkad kena potong, so kena cari pulak hanpun yang sama bentuk simkad macam aku. Ada la sorang adik menawarkan bantuan. Tak lama selepas tu, selesai.

Waaa...baiknya hati budak-budak ni. Terharu betul. Kat Pontian aku nak jumpa sikap budak-budak macam ni? Tunggu aku mimpi dulu la...haha... kalau tak kita yang beria-ia mintak tolong, dorang takkan rela hati nak tawarkan pertolongan punya. Kecuali  kalau muka aku macam Neelofar ke...body macam Kim Kardashian kot...keh keh... atau bagi duit. Lumrah hidup. Memang susah nak jumpa orang yang ikhlas memberikan bantuan.

Aku masih ingat lagi sebelum aku call Mr. Nice Guy, aku ada call mekanik yang selalu servis tayar aku. Melayu. Tapi dari cara dia bercakap aku tau dia berat nak tolong uruskan tayar pancit tu. Apahalnya dia nak sibuk-sibuk tolong memalam camtu kan? Bukannya ada apa-apa hubungan khusus pun? Aku bukan kakak dia. Bukan adik dia. Bukan awek dia pun.

Tapi apa perasaan dia kalau adik dia berada di tempat aku? Atau kakak dia alami apa yang aku alami...? Best ke?

Anyway berbaik sangkalah kan. Mungkin dia dah terlalu letih dan tak mahu diganggu. Tu je.

Sekian cerpen kali ini.


















Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…