Skip to main content

PONTIAN....AKU PULANG...

Salam di dalam dingin hujan...

Alang-alang dah hujan kan...meh menyanyi sikit...

“Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan...”

Kesian...tak sedar-sedar dah kena tinggal yek? hehe...apa pun suara Saleem ni betul-betul evergreen lah.. segar...

Yeay!! Makin lebat hujan malam ni...tengkujuh gelombang ke berapa pulak ni? hm..

Seharian ni aku jadi bibik, dok mencuci peti sejuk, basuh baju, sidai baju, pergi pasar beli lauk, masak nasi, masak lauk, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah....fuh! Sibuk betul bibik hari ni.

Gitulah kalau rumah dah tinggal 20 hari kan. Apalagi, kenalah mengemas balik semuanya. Harapkan si bujang tu mengemas....haru ler. Tidur pun kat ruang tamu aje punyalah penakut nak tidur kat bilik sendiri. Ruang tamu aku dah macam kem pelarian manusia perahu. Manusia Perahu? Isk...

Hal kerja tolak tepi dulu. Aku tak mau fikir apa-apa.

“Maju mundur...atas ke bawah iya iya nggak nggak...kenapa lagi...
Apa-apa sih maumu... susah amat tinggal bilang a b c d e f g n bla..bla bla..”...la la la..

Iya...tenaga aku masih terbius dengan nuansa tempat para leluhur aku di Pekanbaru Indonesia. Fikiran aku pun masih berpusat tentang hal-hal di sana aje. Di sana menanti di sini menunggu...kat sana family menanti..kat sini kerja menunggu...keh keh..

Perjalanan balik ikut Pekanbaru-Tanjung Buton-Tanjung Balai-Kukup. Sampai Kukup si bujang kecik tu ambik. Sehari berehat, aku ke Batu Pahat pulak lawat member yang nak pergi umrah minggu ni. Maklum ajelah aku ke BP tu enam tahun sekali, manalah aku ingat lagi jalannya. Tambah pulak sejak minyak naik selalu ni, aku bertambah tak keluar rumah, lagilah aku rasa semacam je nak drive pergi BP. Nak pakai google maps, kang bateri aku sekejap aje kering. Pakai Waze lagilah entah camana nak menggunakannya(tak sempat nak baca sebab time nak bertolak baru download)...dah install pastu aku buang. Sudahnya pakai map kepala otak sendiri. hahaha...

Aku sampai BP dalam sejam setengah. Kebetulan kereta tak banyak kat jalan. Aku pun dah lama tak drive, nak katakan aku memandu laju tidak ler. Alhamdulillah sampai jugak then aku melepak kat BP Mall sebab member bertugas pulak kat sekolah minggu ni. Kami jumpa di mall kemudian jenguk mak dia sekejap kat rumah.

Terkadang memang aneh mengingat rahsia-rahsia urusan langit. Itu wajar, perkara yang tak dapat ditelusuri dengan mata kasar. Tapi sebenarnya lebih susah menjangka rahsia diri dan pemikiran setiap manusia.

Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga kan? Dan benak aku mula tertanya-tanya, ingin tahu dan cuba menyelami perasaan hatinya. Apakah ego perlu setinggi gunung untuk menafikan kekurangan diri? Menjadi wanita yang tidak dihargai lelaki, ia sungguh melukakan. Menjadi isteri kepada lelaki yang menganggap wanita sama seperti batu,ia sesuatu yang amat mengguris perasaan. Menyedari diri perlu berkongsi dengan wanita lain untuk mendapatkan kasih sayang seorang suami, ia sesuatu yang amat menekan rasa.

Betul-betulkah kuat menelan semuanya demi sebuah ego? Berbaloikah menerima segala tamparan demi seorang lelaki yang lebih layak aku gelarkan jantan?

Kalau dapat aku teropong sekeping hati milik sahabat aku tu, mungkin yang akan aku temui hanyalah puing-puingnya yang masih bersisa. Jika hati aku hancur melihat sahabat aku yang menangis terluka, bagaimanalah pula perasaan hatinya sendiri?

Sahabat, semoga langit Mekah dan Madinah dapat menyejukkan hati dan perasaanmu, menawarkan segala perit racun yang sungguh berbisa. Amin... pulanglah dengan sepotong hati yang baru. Moga-moga.

“Hokus pokus trulala!”

Hurra! Hurra! Tetiba teringat pulak kartun Masha and The Bear keluaran Rusia. Sejak 2013 lagi aku dah ingat-ingat nak cari siri kartun ni kat youtube tapi balik aje Malaysia, aku dah tak ingat apa. Lepas tu balik baru ni, tengok lagi siri Masha & The Bear. Ha, baru teringat semula. Aku dah lama nak download kisah kartun ni.

Kartun yang comel gila, dan telatah Si Masha (gadis 5 tahun lebih kurang umurnya) yang nakal dan suka buat perangai. Kalau lah wujud watak Masha tu dalam dunia real, aku nak aje gigit-gigit budak tu. Nakal sungguh. Watak kartun ni pakai tudung. Mata bulat. Kecik sangat badan dia. Suka mengganggu beruang. Geram memang geram. Commmeelllll.... dia punya gelak tu sangatlah membuatkan stress aku hilang. Hahaha...

Okeh, try malam ni nak berjaga pukul 12.00 malam, nak ambik pas internet yang RM3 untuk 2GB. Nak tengok kartun masha punya pasal...arios...











Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…