Skip to main content

CERPEN HATI : HARI CUTI YANG INDAH


yes... gue lagi galau nih..





Mungkinkah dia..merawat lara


ditinggalkan pergi untuk selamanya
bagai diriku jua....

Dalam rindu..membuai derita...
Di penghujung alam cinta..
Mungkin ada...


Sambung kalau pandai...ahaks... teka lagu apa? Hiks..

Ups... salam sejahtera di malam yang nan sepi bertemankan lagu-lagu retro rock radio Sinar. 

Dengar radio kat tv, boleh gitu? Haha...kalau aku dah mengadap rancangan memasak Baking with Anna Olsen alamatnya tak bertandalah buku-buku budak ni. Lappy pun tak dipedulikan. Jadi, aku dengar radio sudahlah. 

Worait...keja dalam keadaan yang stabil, suhu belum naik pada paras stress lagi. Tunggulah Majlis Maulid Nabi minggu depan kalau tak berpinar biji mata nak mengadap 500 budak kat dewan. Malam ni keja aku menanda buku budak je. Lain-lain semua dah selesai. Hoyeah..

Asalnya aku malas nak update entri tapi memandangkan aiponpoes aku asyik blink blink bagitau email masuk daripada pembaca yang baca entri aku, terpaksalah jugak aku menjawab beberapa soalan tentang entri yang aku tulis. Yang mana aku boleh tolong tu, aku tolonglah share. Kalau tak, nak buat camno kan..

Berkenaan pemasangan streamyx, budak tu datang betulkan apa yang tak stabil tentang line internet aku. Kesian plak aku bila teringat camana adik tu panjang panjat tiang tinggi time renyai-renyai dengan tangan sebelah pegang telefon dail tetap sambil check line....adoi ai..terbayang macam adik aku sendiri. Buatnya disambar petir pastu jatuh tangga dan tergolek-golek depan aku....ish ish ish... nauzubillah... 

Kemudian dah selesai semua, adik tu minta maaf sebab asyik lambat datang. Tak apalah dik, jauh tu berulang dari BP ke Pontian nak cari sesuap nasi. Bekerja mencari rezeki. Kesian campur respect. Mudah-mudahan murahlah rezeki adik selalu yer..amin

Malam ni fikiran aku agak terganggu sikit sebab mak aku beritahu soket charger dia terbakar kat sana. Dah penat bagitau watt alatan kat mesia ni tak sepadan dengan watt kat Indon sana tapi tulah... payah nak cakap. Kang tersilap kata...ternaik tune suara... alamat terpelanting pulak tubuh badan ni ke neraka jahim. Nauzubillah... I love my ayah and my emak berjuta juta juta juta juta juta....juta..trilion 

Bila dah ada internet kat rumah, bukannya mengadap internet pun. Asyiklah tengok Baking with Anna Olsen. Wey...minat sungguh dengan alat-alat kat dapur dia tu. Penampilan dia yang feminin...dapur yang cantik...padahal aku bukan suka sangat pun pastri. Suka tengok cara Anna Olsen mempersembahkan ilmu kulinari. Tu je.

Apa pun, dasar penjimatan yang aku boleh aplikasikan ialah aku tak sibuk lagi nak bayar bil bulanan telefon. Aku malah tak pedulikan sangat aiponpoes aku. yang penting-penting aje. Dengan rancangan memasak yang asyik dijamu mata ni, aku asyiklah memasak di rumah. Beli lauk-pauk di pasar dan simpan dalam peti. Balik kerja teruslah masak di rumah. Pepagi sebelum pergi sekolah dah masak nasi. Senang.

Sekian.. 



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…