Skip to main content

CERPEN HATI : SELAMAT DATANG 2015

modem yang menarik.
kredit to pahangstreamyx.com
Salam tahun baru 2015.

Biasa la kan, asal jengah muka buku aje, penuhlah wall kekawan dengan ucapan-ucapan tahun baru dan bla bla bla...

Hari pertama tahun ini nampaknya aku agak sibuk sedikit. Hari nilah TM call, beritahu esok paginya akan dilakukan pemasangan talian telefon. Hari ni jugaklah mak dan adik kecik aku balik dari Indon mengejut. Hari ni jugaklah road tax aku baru nak diposkan setelah beberapa hari aku memandu tanpa cukai jalan. Keh keh...

Road tax...dulu masa kecik aku hairan jugak bila ayah aku selalu bebel pasal kena cukai. Sekarang giliran aku dah tua, aku faham maksud cakap bapak aku tu. Tiap tahun beratus duit nak dikeluarkan untuk cukai jalan. Untuk apa? keselamatan? Kemaslahatan jalan raya? Jalan berlubang jugak yang tayar aku sental. Cover eksiden? Kalau clear dari sebarang eksiden, kenapa duit tu tak dipulangkan semula pada tahun semasa? Pigi dah. Masuk tahun ke-8 aku gunakan kenderaan yang bukan international, sederhana dan sihat walafiat ke sana ke mari, tu semua berkat pemeliharaan Allah ke atas aku. Orang yang suka pandang sesuatu ikut logik otak yang tak tertembus lapisan langit dan bumi mungkin boleh gelak-gelak atas iktikad aku. Its ok. Terpulanglah.

Awal tahun ni nampaknya angin selain bertiup kencang kerana tengkujuh, ia jugak meniupkan semangat aku untuk persediaan sesi sekolah pada 11hb. Semangatku menggebu-gebu....hahaha... jangan awal-awal aje menggebu lepas tu kang melibang libu...ahaks... moga-moga.

Keesokan harinya...(bercerita macam dalam buku) tunggu punya tunggu, TM tak call pun pepagi seperti yang dijanjikan. Roadtax aku belum sampai pun. So aku dengan selambanya ikut adik aku ke Kukup, ambik mak dan adik kecik aku kat pelabuhan. Kemudian singgah ke pasar beli ikan dan balik rumah. Beberapa jam selepas tu, dah petang jugaklah...barulah budak TM datang. Rupa-rupanya dia orang tak dapat nak contact maxis aku. Senang cerita mereka ni digelar Installer. Budak 2 orang ni siap dengan t-shirt oren bertulis TM nak pasang streamyx yang aku dah tempah hari tu.

Pada pendapat peribadi aku, kali ni kerja juru teknik muda ni sangat bagus. Cepat, sopan dan semuanya berjalan lancar. Bayaran pun lancar. Awal pemasangan sebanyak RM50, tambah dengan tambahan wayar 5RM/permeter menjadikan jumlah RM80. Aku check speed streamyx kemudian. Menepati 1 mega byte per second seperti yang dijanjikan. Keseluruhannya rating aku ialah ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL. Mudah-mudahan masa depan budak 2 orang yang bertugas tadi cerah dan dirahmati Allah selalu. Amin..

Setem duti + deposit(Rm85) akan dimasukkan dalam bil nanti. Hua hua hua...bil pertama confirm mencekik wayar darah aku sebab RM136 (68 x 2) akan dimasukkan dalam bil bulan pertama. Pendaftaran percuma ke...yuran activation percuma ke...still kena bayar 200++ jugak awal-awal ni. Aku dah masak sangat.

Modem wifi yang unik warna silver dengan nama TM yang bersinar-sinar. Menarik. Tapi line streamyx di awal ni masih belum cukup stabil walaupun kelajuannya baik. Ini yang membuatkan semangatku semakin meluap-luap untuk persediaan sesi persekolahan 2015. Ya Allah...mohon jangan disusutkan semangat yang ada. Mohon dengan sangat...permudahkanlah urusanku...


arios...










Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…