Skip to main content

PAKEJ STREAMYX JIMAT HEBAT

Salam di malam yang indah gemerlapan oleh bintang-bintang dan bulan kelihatan separuh penuh... 


Rupanya langganan streamyx aku bukanlah atas nama Streamyx dengan tablet. Namanya ialah Pakej Jimat Hebat. 

Kalau aku nak bercerita sakit tak sakitnya mengadap talian 100 sejak pagi sampai petang, buat bazir ruang blog aku je. Tak ada pekdah. Tak fasal pulak aku nak mengadap vendor-vendor tm, semata-mata nak tahu jenis tablet apa yang aku akan dapat. Untuk Streamyx dengan tablet, tablet yang akan dibekalkan ialah jenis Microsoft 10 inci. Tapi untuk Pakej Jimat Hebat, tablet yang dibekalkan pulak ialah HP8. Ukuran 7 inci. 

Apa yang penting, 7 hari masa bekerja dari sekarang, aku akan perati dan tunggu. Mula-mula aku tak herankan sangat tablet tu. Sebab tu sedar tak sedar dekat sebulan rupanya aku masih belum dapat lagi tablet yang dijanjikan akan dihantar secara courier ke rumah. Nak tunggu aku meroyan jugak, barulah nak setel. 

Kenapalah bukak lagi promosi kalau bekalan hadiah dah habis? Kalau nak tarik ramai pelanggan sekalipun, tak payah hadiah or promosi bagai, cukup dengan turunkan harga RM68 untuk 1mbps. Beri telefon dail tetap biasa. Beri modem wifi. Macam tu semua orang akan langgan punya. Semua orang akan gunakan streamyx. Ini tala harga kemain 110RM, bila orang beralih arah, pandai pulak buat promosi jimat hebat. Dah janji nak bagi tablet dalam tempoh sekian-sekian, tapi sampai sekarang habuk pun tak ada. 

7 hari dari sekarang... just u wait and see... 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…