Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

CERPEN HATI : HARGA MINYAK NAIK? ERM...

Salam...
Aha...lepas Maghrib aku keluar nak isi minyak kereta. Actually aku bukanlah manusia yang besok minyak naik, malam ni tergesa-gesa penuhkan minyak kereta. Kebetulan lampu tanda minyak dah nak habis tu dah bertukar kuning. Jadi aku buat keputusan lepas maghrib aku nak ke stesen minyak. Sebenarnya aku pergi Giant cari aiskrim dalam bekas.
Waktu hala pergi, aku nampak stesen minyak sunyi sepi aje. Bila aku hala balik, beratur kereta mengisi minyak. Kebetulan kereta aku masuk satu lorong di mana ada sebuah kereta vios tengah nak reverse. Sesak-sesak macam tu pun tak boleh nak fikir dulu ke tangki minyak sebelah kanan ke kiri. Nasib baik aku belum dekat sangat dengan kereta tu.
Rupa-rupanya adik aku daa... tengok no plat aje aku terus geleng kepala..then aku naikkan lampu tinggi, suruh dia teruskan reverse sebelum ada kereta lain mencelah. Akhirnya dia gostan lalu beralih ke lorong sebelah yang kosong sebab kereta dia tangkinya sebelah kiri.
Apa reaksi masyarakat tentang harga minyak…

CERPEN HATI : PAKEJ STREAMYX JIMAT HEBAT DENGAN TABLET (UPDATE!!!)

Sabtu yang serba indah...
Seindah hatiku saat ini di pagi hari yang cerah dan tenang...kih kih kih...
Assalamualaikum...
Pepagi macam biasa aku cuci baju, sidai baju...panaskan lauk semalam untuk sarapan pagi.. dan enjoy di hari yang serba memalaskan diri dan memanjakan hati auch... uhuks..
“Assalamualaikum! Assalamualaikum!”
Tup-tup terdengar orang memberi salam. Adik tarik pintu, jengah tengok siapa yang berdiri di pintu pagar. Ahaaaa!!


Em...aku pasang Streamyx Pakej Jimat Hebat pada 2 Januari. Tapi apply sebelum tu lagilah kan. Hari ni barulah tablet HP 8 G2 yang dijanjikan selama 14 hari bekerja itu sampai di depan rumah. Anyway alhamdulillah...


Aku tak tau orang lain yang sama-sama melanggan macam aku dah dapat atau belum. Tapi aku percaya pihak vendor tm sedang dalam proses penghantaran. Kenalah sabar kan. Tapi sabar tak sabar pun, aku kira memang kena follow up selalu. Sebab kes aku ni sepatutnya tak berlaku. Aku langgan Pakej Jimat Hebat, bukan Streamyx Dengan Tablet  yang dapat t…

CERPEN HATI : CORAT-CORET KALBU

Salam di malam yang indah diiringi bacaan Yasin dari surau taman yang boleh didengar dari teratak aku yang terpencil penuh misteri..heh..heh...


Apabila kawasan kejiranan aku sudah penuh dengan penghuni maka suasana malam sudah ditambah dengan bunyi anak-anak anjing. Aku perlu biasakan diri supaya tidaklah terlalu stres. Aku jugak yang rugi.
Hari ni bertugas sebagai pegawai pertandingan di sebuah sekolah kategori SKM. Majlis berjalan dengan baik walaupun awal permulaannya kelam-kabut. Tugas aku dalam surat lain, apabila berada di sana waktu pendaftaran, tugas aku dah berubah. Jadi lain. Keadaan itu memberi aku sebuah gambaran. Menyedarkan aku agar berwaspada sebab tahun depan giliran sekolah aku pulak sebagai tuan rumah. Itupun kalau aku tak bergerak ke sekolah lain. Jika masih ada di situ.
Topik yang glamer jadi tajuk perbincangan member-member  tadi ialah SEKOLAH AMANAH dan SEKOLAH ABAD 21. Untuk entri ini, aku nak ceritakan tentang kisah sekolah amanah aje dulu.
Ini bukanlah entri form…

CERPEN HATI : BAYAR HUTANG YER...

Salam mesra...
Yeay!! Alhamdulillah! Berita gembira untuk gue...


Bulan ni maka lunaslah hutang dapur aku yang penuh siksa nak membayarnya. Oleh sebab dah selesai dan hati aku sangat girang plus berbunga-bunga, aku nak kisahkan sikit ceritanya.
Alkisah, pemaju rumah aku tu dah extendkan siap-siap kawasan sampai belakang. Lantai simennya maksud aku. Jadi, pembeli tak payah sakit kepala nak fikir cara nak sambung kawasan belakang. Sakit tak sakit pun, sakit jugak kepala nak memikirkan cara naikkan bumbung. Semua tu perlukan kos. Oleh sebab budget bujang tua macam aku ni ciput aje buat sementara waktu ni, aku ketepikan dulu pasal nak naikkan bumbung dan siling kawasan tersebut.
Aku tahulah apa kesusahan dan kesulitan aku, kan. Aku kalau susah, memang tak suka tunjuk susah. Mungkin sebab itu orang lain tengok aku macam senang gila. Mereka fikir aku 24 jam ada duit kot. Oleh sebab ada masalah teknikal, aku terpaksa bersetuju naikkan dinding ,siling dan bumbung yang menelan kos kira-kira RM5000…

CERPEN HATI : SERIBU SATU KISAH HATI

Salam sejahtera di malam yang indah dan sunyi sepi. Tenteram rasa hati pasal perut baru aje penuh dengan nasi berlaukkan sardin tumis lada dan sayur lobak putih rebus. Ahaks..
Uweek...lobak putih pahit, tak tertelan...?
Ye ke? Cubalah dulu, baru tahu kan. Lobak putih sama je sedapnya macam lobak merah tapi disebabkan amalan gaya makan kita tak selalu gunakan lobak putih maka lobak putih hanya dikenali oleh mereka yang baru lepas bersalin atau tengah tanya syeikh google petua-petua kesihatan. Masa tulah nama lobak putih jadi glamer di niche-niche enjin carian. Hohoho...
Aku pun sama. Ahaks...tapi selepas aku amalkan makan lobak putih, makanan ini adalah sebahagian besar dari hidup aku sekarang. Tika badan lemah dan kurang bertenaga, rebus aje lobak putih ni cukup untuk dua mangkuk sudahlah kan, tak payahlah banyak-banyak. Badan rasa segar, kencing lawas selalu. Insya-Allah..
Adik-adik kicey aku semua merayap memalam ni kononnya pergi gym. Eleh sudahlah... yang sorang nak kuruskan badan. S…

CERPEN HATI : AKU, DILEMA TABLET DAN DRAMA JUSTICE PAO...HOYEAH...

Anakku sazali…dengarlah..lagu yang ayahanda karangi…lala...lala..
Salam di malam yang indah lagi damai disulami tangisan baby yang memekak tak berhenti kat rumah jiran sebelah ni. Lapor agaknya atau sakit perut. Manalah tahu kan.
Woa..sedar tak sedar dah memanjat ke bulan Februari. Hadoi ai....cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak nisfu februari. Aku rasa haritu baru aje naik sekolah, le ni suasana dah sibuk-sibuk nak raya cina pulak. Sebut raya cina apalagi...coteyyyy ler...ahaks...
Ini ler waktu-waktu yang kritikal nak membeli kat pasar. Semua barang mahal. Udang toksah beranganlah nak beli, double confirm MAHAL berganda-ganda. Lepas tu nak prepare gegendang telinga dengar mercun yang memekak tengah-tengah malam...
Er...sebenarnya aku nak tulis apa ya tadi?
Aha... tentang perkhabaran terkini status tablet aku tu, sudahnya deal dengan TM balik. Malaslah aku nak meroyan sangat, besok lusa deme akan pos jugak tablet tu. Aku percaya tu. Janji kena selalu mengadap pejab…