Skip to main content

CERPEN HATI : AKU, DILEMA TABLET DAN DRAMA JUSTICE PAO...HOYEAH...

DRAMA JUSTICE PAO DI TV2




Anakku sazali…dengarlah..lagu yang ayahanda karangi…lala...lala..

Salam di malam yang indah lagi damai disulami tangisan baby yang memekak tak berhenti kat rumah jiran sebelah ni. Lapor agaknya atau sakit perut. Manalah tahu kan.

Woa..sedar tak sedar dah memanjat ke bulan Februari. Hadoi ai....cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak nisfu februari. Aku rasa haritu baru aje naik sekolah, le ni suasana dah sibuk-sibuk nak raya cina pulak. Sebut raya cina apalagi...coteyyyy ler...ahaks...

Ini ler waktu-waktu yang kritikal nak membeli kat pasar. Semua barang mahal. Udang toksah beranganlah nak beli, double confirm MAHAL berganda-ganda. Lepas tu nak prepare gegendang telinga dengar mercun yang memekak tengah-tengah malam...

Er...sebenarnya aku nak tulis apa ya tadi?

Aha... tentang perkhabaran terkini status tablet aku tu, sudahnya deal dengan TM balik. Malaslah aku nak meroyan sangat, besok lusa deme akan pos jugak tablet tu. Aku percaya tu. Janji kena selalu mengadap pejabat depa la kan. Lainkali toksahlah tulis ‘dalam masa 14 hari masa bekerja’ dalam promosi yang tak semenggah tu. Hakikatnya dah lebih 40 hari pun.

Aku paling tak suka orang menutur janji-janji macam tu. Sedangkan anak murid aku aje kalau cikgunya dah berjanji walau seketul gula-gula, janganlah berharap dorang lupa dengan janji. Nampak aje plat kereta aku, berdezup depa kerumun tanya, “Cikgu kata semalam nak bagi hadiah...”

“Allah, cikgu lupalah. Besoklah ya...”

Biarlah seribu kali cikgu lupa, dorang takkan segan silu akan meratib pasal hadiah tu tiap hari, mengingatkan. Hahaha... sebab tulah aku sayangkan anak murid aku. Walaupun kadang aku meroyan bila budak baru umur 8 tahun dah pandai gaduh macam ni...

“Ada aku kisah? Ada aku kisah?”- penangan tv la, apalagi.

Atau macam ni...

“Cikgu, budak dua ekor ni dari tadi main aje, tak siapkan kerja.”- tiru bahasa orang tua-tua bercakap.

Tapi aku masih akan tersenyum apabila lalu depan kelas budak darjah 1, terdengar mereka panggil cikgu depa macam ni...

“Cek...eeeguuu...ada orang curi kaler kiter...”

Hahaha...gitu sekali.

So, biarlah pasal tablet tu. Manusia ni macam-macam ajelah kerenahnya. Sebab tu namanya manusia. Tak sempurna. Kan..ok tutup topik pasal tablet.

Sejak ada astro kat rumah, selain mengadap Baking with Anna Olson, aku juga tertarik menonton siaran 321, callestial classic. Cerita cina zaman tok kadok dulu. Saje nak masuk balik ke alam beberapa tahun silam. Lagipun kisah-kisah pendekar, kungfu dan era 60an ni memang minat aku.

Tak tanya pun...ups...

Ada sebuah filem judulnya Justice Pao, kisah teladan yang difilemkan dengan baik dalam siaran 321. Dan cerita ini didramakan dan mempunyai banyak episod di siaran tv2 setiap pukul 6 petang. Drama ni sangat sesuai aku tonton. Drama Justice Pao menceritakan kisah hakim yang adil dan sangat berintegriti dalam pekerjaannya walaupun menghadapi kesukaran dan kesulitan, khususnya menangani kes-kes yang melibatkan pihak istana dan kerajaan. Dia bersedia dengan apa jua kemungkinan dan kuat pendirian.

“Kita belajar rajin-rajin, menduduki peperiksaan demi peperiksaan, menjadi pegawai kerajaan...untuk apa?”Soalan Tuan Pao dalam drama ni seakan ditujukan kepada aku.

“Zhang Zhao sanggup tinggalkan dunia pendekar untuk bekerja di sini, meninggalkan kerja yang lebih berpendapatan tinggi demi apa? Tuan Gong Sun juga sanggup meninggalkan tempat yang lebih bagus semata-mata untuk bekerja di sini untuk apa...?” soal Tuan Pao kepada pembantunya.

“Demi rakyat. Demi berbakti kepada rakyat.”Tuan Pao jawab soalan-soalan itu sendiri.

“Saya amat menyanjung ketinggian moral  Tuan Pao.”balas Gong Sun.

Keikhlasan tak perlu ditunjukkan sekarang. Setelah kita tiada, orang akan tahu lambat atau cepat. Pergh...lagu tema yang sangat mengusik hati aku. Dan beri inspirasi kepada aku dan semangat serta sokongan dalam urusan kehidupan aku kini.

Dalam dunia aku, client adalah murid. Paling penting adalah apa yang murid boleh dapat daripada tenaga yang aku salurkan, maklumat-maklumat ilmu yang aku sampaikan, kasih sayang yang aku curahkan, pengajaran dan denda yang aku berikan sebagai disiplin tanpa...

Tanpa...tanpa...tanpa perlu sesiapa nampak dan lihat. Kerana aku berharap hanya DIA yang menilainya. Sebab ini soal hati.

Drama Justice Pao ini menyebabkan pukul 6 sampai 7 petang adalah waktu aku duduk depan tv2. Heh heh... Kpop ke..KBS world ke...afc ke...tlc ke...sila beri laluan kepada tv2. Wokeh...see u soon insya allah..














Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…