Skip to main content

CERPEN HATI : BAYAR HUTANG YER...

Salam mesra...

Yeay!! Alhamdulillah! Berita gembira untuk gue...


Tepat! realiti yang tak ternafi...

Bulan ni maka lunaslah hutang dapur aku yang penuh siksa nak membayarnya. Oleh sebab dah selesai dan hati aku sangat girang plus berbunga-bunga, aku nak kisahkan sikit ceritanya.

Alkisah, pemaju rumah aku tu dah extendkan siap-siap kawasan sampai belakang. Lantai simennya maksud aku. Jadi, pembeli tak payah sakit kepala nak fikir cara nak sambung kawasan belakang. Sakit tak sakit pun, sakit jugak kepala nak memikirkan cara naikkan bumbung. Semua tu perlukan kos. Oleh sebab budget bujang tua macam aku ni ciput aje buat sementara waktu ni, aku ketepikan dulu pasal nak naikkan bumbung dan siling kawasan tersebut.

Aku tahulah apa kesusahan dan kesulitan aku, kan. Aku kalau susah, memang tak suka tunjuk susah. Mungkin sebab itu orang lain tengok aku macam senang gila. Mereka fikir aku 24 jam ada duit kot. Oleh sebab ada masalah teknikal, aku terpaksa bersetuju naikkan dinding ,siling dan bumbung yang menelan kos kira-kira RM5000 siap table top dan barang-barang lain. Bila dah selesai, aku mampu bayar RM3000 je. RM2000 lagi tu bayar bulan-bulan.

Terpaksa berhutang sebanyak RM2000 tu sungguh menyakitkan, mengguriskan hati, menyiksakan, pedih hati, terhiris kalbu dan apa-apa perkataan atau ungkapan yang sewaktu dengannya okay, kerana tu bukan dalam budget aku. Pakkal je aku menghormati nasihat orang yang aku anggap macam bapak sendiri. Pada pendapat aku, tak ada bendanya pun kalau aku tak extendkan kawasan belakang tu. Perompak, penyamun, mat gian kalau nak masuk rumah bukan dari belakang aje. Dari atas rumah pun boleh. Depan rumah pun ada. Aku terpaksa. Diulangi, terpaksa.

Dalam masa 12 bulan, aku  dapat lunaskan sampai habis siap rekod hitam putih. Fuh! Aku rasa lubang hidung aku sekarang ni luasnya, seluas landasan kapal terbang. Peparu aku pun boleh mengecut dan mengembang dengan rianya...ohhhh....heaven...

Sengih sampai ke telinga....ahaks.. dengan itu maka dapatlah aku menyimpan duit untuk keperluan aku pulak la kan. Kalau aku simpan setahun bleh dapat RM2000, macam-macam aku boleh gunakan duit tu. Kan... ini asyik dok fikir nak bayar hutang aje. Kang tak bayar, tergantung pulak ruh masa mati tak pasal. Tu yang bergentayangan ke sana ke mari. Penyebabnya? Hutang tak bayar! Uhuks...

Yeay! Yeay! Bebas sebebas-bebasnya...

Yang aneh, orang selalu nampak aku macam berduit. Selalu nampak aku macam tak banyak kerja di sekolah. Selalu nampak aku rileks.. betul ke?

Silap tu. Susah orang apa kita tau. Ujian hidup ni kita nak terima atau tak, memang kena hadapi jugak walau apa sekalipun selagi jantung tu berdegup dup dup dup...tinggal pilih je, nak mati sebelum mati atau mati ikut time. Heh heh...

Aku lebih respek manusia yang nampak macam ikan kering je, luaran macam orang tak berharta tapi hutang tak ada. Tup-tup pergi umrah. Tup-tup naik haji. Tup-tup bawa keluarga tunaikan umrah. Tup-tup renovate rumah. Tup-tup penyimpan tegar akaun emas. Actually bukan respek tapi jeles...kot. Hahaha...kenapalah aku tak macam tu pada 10 tahun lepas? Bukan salah ibu mengandung, bukan salah siapa-siapa. Salah diri aku sendiri. Kelebihan orang-orang tu ialah mereka sudi berjimat cermat di kala mereka mampu berjoli. Mereka mampu menahan hawa nafsu. Memang respect!

Syabas buat diri sendiri kerana salah satu azam 2015 dah berjaya! Jangan lupa, ada azam-azam lain jugak. Mudah-mudahan gue sukses! Amin...









Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…