Skip to main content

CERPEN HATI : CORAT-CORET KALBU

Salam di malam yang indah diiringi bacaan Yasin dari surau taman yang boleh didengar dari teratak aku yang terpencil penuh misteri..heh..heh...


oic...

Apabila kawasan kejiranan aku sudah penuh dengan penghuni maka suasana malam sudah ditambah dengan bunyi anak-anak anjing. Aku perlu biasakan diri supaya tidaklah terlalu stres. Aku jugak yang rugi.

Hari ni bertugas sebagai pegawai pertandingan di sebuah sekolah kategori SKM. Majlis berjalan dengan baik walaupun awal permulaannya kelam-kabut. Tugas aku dalam surat lain, apabila berada di sana waktu pendaftaran, tugas aku dah berubah. Jadi lain. Keadaan itu memberi aku sebuah gambaran. Menyedarkan aku agar berwaspada sebab tahun depan giliran sekolah aku pulak sebagai tuan rumah. Itupun kalau aku tak bergerak ke sekolah lain. Jika masih ada di situ.

Topik yang glamer jadi tajuk perbincangan member-member  tadi ialah SEKOLAH AMANAH dan SEKOLAH ABAD 21. Untuk entri ini, aku nak ceritakan tentang kisah sekolah amanah aje dulu.

Ini bukanlah entri formal pun. Kata orang, cakap-cakap(tentang angan-angan) di kedai kopi boleh berubah menjadi impian dan kemudian menjadi realiti. Begitu juga dengan keluh-kesah di kantin-kantin sekolah turut boleh berubah menjadi satu impak yang dapat mencetuskan fikiran.

Daripada luahan, kongsi fikiran dan tukar-tukar pandangan tentang tajuk sekolah amanah, aku dapat mencerap dengan akal terbatas ini apa pro dan kontra wujudnya projek sekolah amanah.

Pada pandangan peribadi aku, banyak komentar positif keluar daripada warga sekolah kecil yang terlibat dengan sekolah amanah. Sebaliknya bagi sekolah berskala besar, mereka nampaknya tak sabar-sabar nak isi borang pindah, nak mencari jalan agar dapat menghirup udara lebih banyak di sekolah yang tidak terlibat dengan projek tersebut.

Bagi aku, tak ada bezanya dengan konsep PBS yang dipaksakan ke seluruh sekolah. Memang bagus jika kita tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata, gunakan sistem online demi kemudahan ibu bapa, murid atau guru tu sendiri untuk tengok markah di mana-mana tanpa perlu bergantung kepada kertas kad kemajuan macam dulu. Tapi pastikan dulu kesemua institusi sekolah menengah dan rendah memiliki akses internet yang terbaik negara. Malaysia ado?

Pastikan dulu baik di kota metropolitan, bandar atau pinggir bandar mahupun luar bandar dan kawasan-kawasan pedalaman yang ada sekolah, akses internet dapat dicapai. Ado?

Realitinya, tak mampu pun adakan kemudahan teknologi maklumat seantero negara tapi berangan nakkan hasil kemenjadian murid dalam bidang pendidikan setaraf atau dapat bersaing dengan negara-negara membangun lain. Sama sahaja macam mintak pelaksana-pelaksana sistem itu masuk hospital gila, kena penyakit tiga serangkai, mintak pencen awal atau pun cepat masuk kubur. Siapakah pelaksana-pelaksana tersebut?
Sama sahaja seperti dalam Filem Maze Runner, dah kurung manusia sampai satu waktu tertentu kemudian akan dilepaskan masuk ke dalam tembok tinggi untuk bergelut dengan makhluk ganas. Kalau tak kuat, mampus kat dalam tu. Kalau kuat, perlu melepasi satu ruangan demi satu ruangan untuk sampai ke jalan keluar. Actually game Maze Runner tujuannya apa? Betul ke untuk mencari titik perbezaan apakah yang membuatkan seorang manusia dengan manusia lain tu tak sama?

Bagi aku simple sahaja. Menghapus taraf manusia sebagai khalifah di muka bumi supaya manusia nampak setaraf macam binatang.

Samalah dengan pelaksana-pelaksana yang aku gambarkan di atas tadi. Akhirnya oleh sebab tak tertahan lagi, seorang pelaksana mengamuk(istilah aku sendiri) dan blognya diviralkan sehingga kesudahannya sistem PBS tak perlu lagi diisi online, cukup secara offline.

Bagi aku, cikgu tu dah buat satu pengorbanan besar demi membela seluruh cikgu di negara. Apa nasib cikgu tu selepas itu? Tuhan sahaja yang tahu. Aku mendoakan semoga Allah memeliharanya daripada marabahaya.

Begitu juga dengan sekolah amanah. Selagi kemudahan yang diberikan begitu optimum sampai cikgu tak ada alasan untuk tak mengajar dengan efisyen, aku pandang positif projek tersebut. Yelah, kalau mesin fotostat ada, bekalan kertas A4/kertas warna dan semua alatan ABM cukup, printer ada, bekalan ink cukup, modal untuk mencantikkan kelas seperti kos cat dan tikar getah umpamanya ada, sistem wifi yang unggul, LCD projector yang cukup, kerja-kerja perkeranian dikurangkan, kursus dalaman micro teaching yang kerap, kursus motivasi yang kerap, sistem tuntutan yang lancar....memang tak ada sebab kenapa cikgu tak boleh nak siapkan RPH yang lengkap macam RPH versi praktikum di maktab. Dan semestinya dengan projek sekolah amanah yang betul-betul amanah, cikgu dapat duduk semula di posisinya yang sebenar. Mendidik dan mengajar. Dengan begitu, berebut-rebut cikgu nak sumbangkan tenaga di sekolah yang terlibat dengan projek sekolah amanah.

Just my 2 sen opinion. Sigh... 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…