Skip to main content

CERPEN HATI : HARGA MINYAK NAIK? ERM...

Salam...

Aha...lepas Maghrib aku keluar nak isi minyak kereta. Actually aku bukanlah manusia yang besok minyak naik, malam ni tergesa-gesa penuhkan minyak kereta. Kebetulan lampu tanda minyak dah nak habis tu dah bertukar kuning. Jadi aku buat keputusan lepas maghrib aku nak ke stesen minyak. Sebenarnya aku pergi Giant cari aiskrim dalam bekas.

Waktu hala pergi, aku nampak stesen minyak sunyi sepi aje. Bila aku hala balik, beratur kereta mengisi minyak. Kebetulan kereta aku masuk satu lorong di mana ada sebuah kereta vios tengah nak reverse. Sesak-sesak macam tu pun tak boleh nak fikir dulu ke tangki minyak sebelah kanan ke kiri. Nasib baik aku belum dekat sangat dengan kereta tu.

Rupa-rupanya adik aku daa... tengok no plat aje aku terus geleng kepala..then aku naikkan lampu tinggi, suruh dia teruskan reverse sebelum ada kereta lain mencelah. Akhirnya dia gostan lalu beralih ke lorong sebelah yang kosong sebab kereta dia tangkinya sebelah kiri.

Apa reaksi masyarakat tentang harga minyak naik mulai 1 Mac 2015?

Aku dah mengagaknya. Waktu minyak turun sebulan yang lalu, aku dah agak ia akan naik dalam masa terdekat.

Pasaran minyak antarabangsa? Kadar minyak setong naik sekian-sekian?

Masuk tahun ke 8 aku menggunakan kenderaan, semua ini hanyalah gula-gula semata. Kalau bengap sangat memang mudahlah digula-gulakan. Samada berita mengatakan harga minyak naik sebab sekian-sekian atau fakta yang nampaknya macam serius untuk memperbodohkan orang cerdik pandai, sekurang-kurangnya fikirkanlah satu persoalan ini.

Siapakah yang memegang kuasa dunia ini?

Dan... dengan harga barang yang tak pernah turun malah sekarang semakin naik, apakah nasib golongan sederhana setelah minyak naik lagi?

Gula-gula... gula-gula... gula-gula...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…