Skip to main content

CERPEN HATI : SERIBU SATU KISAH HATI






Salam sejahtera di malam yang indah dan sunyi sepi. Tenteram rasa hati pasal perut baru aje penuh dengan nasi berlaukkan sardin tumis lada dan sayur lobak putih rebus. Ahaks..

Uweek...lobak putih pahit, tak tertelan...?

Ye ke? Cubalah dulu, baru tahu kan. Lobak putih sama je sedapnya macam lobak merah tapi disebabkan amalan gaya makan kita tak selalu gunakan lobak putih maka lobak putih hanya dikenali oleh mereka yang baru lepas bersalin atau tengah tanya syeikh google petua-petua kesihatan. Masa tulah nama lobak putih jadi glamer di niche-niche enjin carian. Hohoho...

Aku pun sama. Ahaks...tapi selepas aku amalkan makan lobak putih, makanan ini adalah sebahagian besar dari hidup aku sekarang. Tika badan lemah dan kurang bertenaga, rebus aje lobak putih ni cukup untuk dua mangkuk sudahlah kan, tak payahlah banyak-banyak. Badan rasa segar, kencing lawas selalu. Insya-Allah..

Adik-adik kicey aku semua merayap memalam ni kononnya pergi gym. Eleh sudahlah... yang sorang nak kuruskan badan. Sorang lagi nak badan macam atlet. Heran aku. Kalau tak makan seminggu pun, kerja asyik terbongkang aje, tak adanye berat badan tu nak turun. Yang badan nak macam atlet tu lagilah haru. Tak cukup-cukup lagi agaknye dengan badan tough yang ada. Memalam sanggup pergi gym. Kalau tak solat Isyak tu memang mintak dua tiga pelangkung aku la malam ni. Awas lu..

Aiceh...cakap je la jeles tak dapat pergi gym kan?

Tak ada maknanya aku nak jeles. Akulah ratu aerobik, ratu gym. Pada zaman silam. Hahaha...walaupun gue seorang cikgu yang slow melow je bak bronok yang tinggal di laut pasang, tapi part terkinja-kinja konon nak bagi badan berisi ni memang guelah ratunya.

Tapi...tapi sayang....

Disebabkan sekejap otot luka la...tisu koyak la... haish..macam-macam cedera dalaman akibat semua aktiviti aku tu campur ayah aku membebel lagi bila dengar aku pergi senam aerobik tiap petang, doktor pun tak sarankan aku terlalu aktif...maka aku pun letak jawatan 24 jam.

Apa boleh buat kan..niat di hati nak kentalkan otot-otot badan yang lembik lemah gemalai macam siput eskargo...tapi tu pulak hasilnya. Surrender sudah. Ok stop topik ini.

Duduklah di rumah sensorang sambil call mak ayah di seberang. Walah...lega rasa jiwa dengar keadaan mereka yang sihat dan ok-ok aje. Kata ayah, pokok merendang di sekeling rumah dah ditebang. Pokok kelapa, pokok rambutan dan cempedak. Dah terang-benderang gamaknya. Lepas ni tak dapatlah aku nak menyidai baju sorok-sorok pasal malas nak pakai tudung. Keh keh..

Pokok merendang ke...pokok mempelam ke..ikutlah apa kata ayah. Pokok seketul depan rumah aku ni pun tak terbela dah. Layu di hujung mekar. Em... haritu beriya-iya sangat nak tanam pokok la apa la... sekarang apa dah jadi?  tidur dululah, lambat pulak dorang ni balik. See u soon...

********************** sambung esok malamnye***********************************************

Walaupun duduk sorang-sorang, tapi dunia sebenarnya berada di hujung jari sahaja. Hahaha... bila dah kerja makan gaji ni, tiapkali berdepan dengan kemasukan gaji yang tersangat awal sempena perayaan apa-apa, maka kepala otak kena cepat congak-congak pembayaran yang mesti dilunaskan tiap bulan.

Hutang  besar-besar ni aku tak heran sangat. Kalau mati, dah ada aqad dan perjanjian. Part hutang kecik-kecik ni kena selesaikan tiap bulan yang akan menjadi igauan. So, aku selesaikan semua bil. Bayar duit kereta dan sebagainya. Lepas tu barulah lubang hidung aku kembang aje, sekembang-kembangnya sampai MH370 pun boleh disembunyikan di situ. Ahaks...

Erm...bayar secara online lebih menguntungkan. Jimatlah duit minyak kita kan. Tak perlu pergi mana-mana. Asalkan ada internet. Semuanya dapat diselesaikan dengan cepat, pantas dan mudah sesenang abc.

Walaubagaimana pun, risiko perlu dipantau jugak. Jangan ler buat urusan online di mana-mana pc. Gunakan laptop sendiri yang tak digunakan orang lain. Kalau boleh, belilah internet security yang bagus untuk menjaga keselamatan data kita melalui internet di laptop. Kalau kemajuan teknologi digunakan kepada kebaikan, ia sangat menguntungkan kita. Tak payahlah nak pergi banyak tempat malah walau boleh bayar di satu tempat aje pun macam pejabat pos tu, masih lagi kena fikir pasal parking, beratur, ambik nombor dan bla bla bla...

Tapi bila dikatakan urusan online ni semudah kacang goreng, taklah bermakna kita tengok aje laptop tu semua urusan siap. Ahaks...

Semuanya harus dengan ilmu la kan. Persediaan nak dapatkan kemudahan online ni ada langkah-langkahnya. Belajar perlahan-lahan, lama kelamaan akan mahir. Insya allah.

Sebut tentang ilmu, memang ilmu takkan mencari kita. kitalah yang perlu mencari ilmu. Tapi bila sebut tentang rezeki...hakikatnya rezeki yang mencari kita, bukan kita yang mencari rezeki. Kita dituntut untuk berusaha sahaja. Sebab tu jangan bimbang nak beranak pinak takut rezeki tak ada. Allah dah sediakan rezeki masing-masing, maka Allah larang manusia bunuh anak semata-mata takut miskin.

Itu pendapat peribadi aku yang jelas dan terus-terang aje. Sama seperti ibu bapa yang beralasan menghantar anak-anak mengaji dengan orang lain. Mereka mengidamkan anak mereka cepat khatam. Tapi apalah ertinya khatam berkali-kali kalau tajwid pun tak betul? At least, panjang pendek bacaan tu kena master dulu, baru boleh berangan nak khatam. Cepat khatam lepas tu bacaan pun tunggang terbalik, siapa yang rugi?

Tak tahu mengaji. Memang ada sebahagian ibu bapa yang tak tau mengaji. Tak dinafikan. Tapi perlukah hantar anak kepada orang lain disebabkan kita tak pandai mengaji?  Habis kita sendiri macam mana? Kita tak payah belajar mengaji walaupun masa kecil kita tak dapat didikan mengaji?

Bagi aku, semua tu alasan sahaja. Bukan kerana aku seorang cikgu. Tapi disebabkan aku dapat ilmu mengaji daripada mak aku yang tak sekolah pun. Mak aku mengaji. Dan dia ajar anak-anak dia mengaji walaupun terpaksa bantu ayah aku berniaga di pasar malam.

Tapi kerana aku seorang cikgu, hati aku sedih bila tengok anak murid aku datang lambat ke sekolah. Pakaiannya kotor, setokin koyak rabak. Badan dah mula berbau sebab dah nak baligh. Hidup tersiksa dengan mak tiri. Duit belanja tak pernah dibagi. Harapkan rancangan makanan tambahan di kantin. Apa yang aku boleh buat?

Aku takkan boleh buat apa-apa kecuali tengok ajelah. Penampilan anak di sekolah rendah adalah cermin sikap dan perilaku ibu bapa mereka. Kalau bapak sendiri biarkan aje anak-anak dia macam tu, cikgu boleh buat apa?

Masalah -masalah timbul kerana sibuknya diri mengejar dunia. Kalau tak kerja, macam mana nak besarkan anak-anak? Nak bayar itu ini...hutang itu ini... maka suami isteri siang malam pagi petang bekerja cari duit dengan alasan nak sara keluarga. Alasan. Padahal yang mencorakkan kain putih tu siapa? Aku ke?

Sekali lagi, itu pendapat peribadi aku yang jelas dan terus terang sahaja.

Okeh...sekian.









Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…