Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

CERPEN HATI : AKU, GAJI DAN JIMAT-CERMAT

Pengacara Dua Dunia : Apakah di sini (Makam Mbah Mangku Jati) ada pelawat yang datang meminta-minta (minta nombor)?
Jin Sufi : Banyak. Manusia seperti haiwan semua, kalau dalam bahasa sana  itu, Al Insan Hayawaanun Naatiq. Manusia tak ubahnya seperti haiwan, jika akal dan fikirannya tidak dipakai.
Kuburan (Makam Mbah Mangku Jati) itu tak bisa dimintai nombor ekor. Tidak bisa. Jangankan makam mbah, di makam Nabi(sekalipun) kalau minta nombor ekor tak bakal (akan) diberi. Kalau ingin kaya itu gampang (mudah), kerjalah, hemat(jimat-cermat), teliti dan hati-hati. Nanti akan kaya dengan sendirinya. - Dua Dunia
Assalamualaikum warahmatullah...
Hamdan lillah...hamdan lillah..hamdan lillah...
Dengan belas kasihanNya jua, kesulitan demi kesulitan seakan meninggalkan diri. Berhempas pulas mengatur kewangan dan pengurusan diri, sekarang semakin dapat bernafas lega. Aduhai...sungguh lapangnya dadaku...

What? Gaji RM4000 tak boleh hidup?
Ya. Itu hakikat dan kenyataan. Realiti yang perlu dihadapi oleh p…

CERPEN HATI : SABTU YANG SANTAI...WALAH....

‘Tuan umpama kain sutera Hamba Belacu tidak berseri Tidak boleh diganding bersama Kabur seri rosaklah nilainya...
Redholah andai jiwa derita Esok mungkin tak lagi begini Redholah andai bercerai cinta Kalau itu ketentuan budi...’
Salam Sabtu yang serba santai dan redup sejauh mata memandang.
Aku menulis ni mengadap langit, maka aku selalulah selitkan dalam entri aku tentang keadaan cuaca semasa. Kekadang piring astro yang berderet kat bumbung rumah teres orang-orang depan jadi tatapan sepi. Atau pun sesekali ternampak burung layang-layang bertenggek atas wayar getah yang bergantung antara tiang-tiang. Jarang-jarang tapi pernah...aku terlihat sang tupai berlari riang ria atas wayar getah tu.
Sabtu yang serba memanjakan diri, aku pergi ke pasar. Haha...aku dan pasar memang tak boleh berjauhan. Kali ini aku memasaklah pulak. Ikan kembung asam pedas dan bayam bening. Yeah...asam pedas untuk aku, bukan asam pedas untuk dia. Hohoho...
Macam biasa la, cuci baju, sidai baju, siang ikan, siang sayur, ma…

CERPEN HATI : PONTIAN....AKU PULANG LAGI...

Salam sejahtera di malam yang mulia dan penuh sejahtera...
So...nyanyi sikit...
Dil Mera Deevana Pyar Ka Dil Tera Deevana Pyar Ka Taqdeer Se...Ham Tum Mile Nosyuru Hogaya..
Afsana Pyar Ka...la...la.. la..
Aha...sedap jugak melayan lagu Hindustan dalam filem Afsana Pyar Ka tahun 1991. Masa tu aku baru aje jadi freshies asrama kat Wadihana nun. Lagu ni sangat happening la kan, asyiklah dengar gunakan walkman. Nak tidur dengar kaset, bangun tidur pun dengan walkman.
Waktu orang lain sangat suka hero Aamir Khan berpasangan dengan Madhuri Dixit, aku pulak suka Aamir Khan dengan Neelam. Especially filem Afsana Pyar Ka. Tapi kalau tonton semula filem lama ni, rasa kelakor pun ada. Si Aamir Khan tu entah pesen apa menari...tak paham aku..haha...
Lagu ini tetap segar zaman berzaman. Cayalah...
Alhamdulillah, doaku diperkenankan olehNya. Badan aku sihat. Umur masih ada. Stamina masih cun melecun atas jalanraya. Dua malam aku di Bukit Payung. Balik Pontian dalam keadaan badan yang sihat. Masih boleh kel…

CERPEN HATI : JAUH PERJALANAN....LUAS PEMANDANGAN...

Salam petang yang cerah...
“Akak, mehlah datang sini. Anak kena kuning pulak, terpaksa bawa ke hospital.”
Ayat macam nilah yang buatkan hati bergoyang nih. Nak pergi, stamina aku pun tak berapa stabil. Tak pergi kang, ini tengah cuti...adik baru dapat cahayamata. Dia sensorang pulak kat sana dengan bini dan anak sulung. Serba salah aku dibuatnya. Last-last ke bengkel jugak aku.

“Kasi alignment itu tayar...”Hati kecilku mengalah jua...biarlah kesihatan tak optimum mana asalkan adik aku yang sorang tu lega sebab kakak-kakaknya datang menjenguk. Ya rabb...mohon sudilah pinjamkan daku sedikit kekuatanMu...
“Kakak, ini tayar masih cantik. Banyak kali pergi jauh pun ok maa..”Adik bengkel tu tersenyum sambil check keadaan angin tayar AILABIYU.
Yer dik...tayar tu masih cantik cuma tuan tayar tu aje yang dah tak cantik. Banyak kali pergi jauh boleh terburai tulang-temulang tuan tayar tu dik oi...tak ok maa...
Aku balik bengkel terus singgah SHELL. Isi penuh. Alang-alang dah berkelip macam si kunang-…

CERPEN HATI : AKU DAN TEBUS MATA GANJARAN DI SUPERBUY

salam di hari coteeeyyy...yeah...
Dont be jealous...haha...cuti ni aku tak dapat nak gerak jejauh memandangkan kesihatan badan tak berapa mengizinkan.
Jadi kerja aku dok mengemas rumah la apalagi kan... menyapu, mengemop, mencuci tandas, cuci pinggan mangkuk, cuci toto dan segala perkakas-perkakas dapur dan bilik airlah..
Berpeluh-peluh makcik mengerjakan teratak makcik ni...uhuk uhukk.. 
Tetiba email masuk dalam aiponpoes aku. Daripada superbuy.my. Bila sebut treatspoint dalam email aku ni, barulah aku terfikir yang aku tak pernah pun kisahkan berapa point aku dapat selama aku bergelar pemegang kad kredit. 
Almaklumlah kan, setiap kali dah gesek kad tu, aku akan pastikan dalam tempoh 20 hari, bayaran sudah dilunaskan. Tak pernah bagi riba beranak-anak beranak-pinak dalam kad aku tu. Hahaha... cantik muka depa kan. Interest tak beragak-agak nak kenakan kalau terlewat bayar. So takdenya aku nak menengok kiri kanan kalau dah buat bayaran tu. Dah bayar tutup. Nak bayar bukak. Gitu donk...
So p…

CERPEN HATI : CETUSAN RASA

Salam...
“Alhamdulillahi rabbil alamin... segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Jadi, kalau manusia masih ingin dipuji, disanjung dan macam-macam, itu masih belum jadi hamba tuhan. Itu artinya manusia punya sifat riya’. Bukalah kitab (Al Quran) kalian dan pelajarilah kalau kalian ingin tahu rahasia alam semesta.” – Jin Sufi.
Yer...segala pujian hanya bagi allah. Tapi selalunya apabila kita dengar orang puji kita, kita memang ucapkan alhamdulillah tapi adakah ucapan itu berserta dengan maksud iaitu segala puji hanya untuk allah? Aku bertanya kepada diri aku sendiri.
Bagi aku lebih baik aku balas, “Segala puji hanya untuk allah” berbanding “Alhamdulillah.” Dua perkataan yang sama tapi suasana hati aku berlainan waktu menyebut dua perkataan ini.
Sebenarnya “Segala puji hanya untuk Allah” bila dibalas pada orang yang memuji kita, itu memberi maksud ada yang lebih berhak dipuji, dalam masa yang sama ego juga tidak tertonjol keluar kerana riak tak dapat dicetuskan. Hati akan menjadi rend…

AKU DAN PDP : KEKUATAN OTAK...

Salam di pagi yang cerah dan damai sejahtera.


Apabila aku red-cross, aku selalu ubah aktiviti pdp bahagian tilawah dan hafazan kepada tadarus berkumpulan dan hafazan secara individu.
Ini untuk mengelakkan daripada aku membaca ayat-ayat dengan sengaja. Satu kumpulan akan baca bergilir-gilir dan dapat membetulkan bacaan rakan-rakan yang salah.
Tapi bukan mudah hendak memulakan aktiviti begini sebab kelas kali ini jumlahnya 38 orang. Ramai. Kalau sekadar ramai je tak apa, campur bingit hiruk-pikuk kelas yang terkenal bising dan nakal, aku kena kontrol dan pantau setiap masa.
Ada yang terkekeh-kekeh dengar kawan salah baca, ada yang memekik nak suruh kawan sebelah baca dan ada yang sempat beradu tangan atas meja. Ini menunjukkan mereka tak biasa dengan suasana tadarus di mesjid dan mungkin tak pernah bertadarus.
Part hafazan memang sungguh tak boleh blah...
“Al Qoriah....Mal Qoriah...” Dok elok kawan ni tengah mengingatkan hafalan surah Al Qoriah yang 11 ayat tu depan aku, tetiba ada pulak y…

CERPEN HATI : POWER BANK UNTUK JUMPING BATERI KERETA

Salam...

Aha...

Benda ni sangat penting untuk orang macam aku, terutamanya. Tak payahlah nak menyusahkan orang lain kalau tetiba bateri kereta mati. Kan? Dengan power bank ini, sekejap aje bateri kereta hidup semula dan cepat-cepatlah bawa ke bengkel untuk tukar bateri baru.
Penting.
Alat ini sangat berguna di waktu kecemasan. Tak perlulah nak tolak kereta dan segala bagai... 
Harganya dalam seratus lebih aku survey di online website. 
Penting. Ia sangat penting. Takkanlah tak tau nak tengok mana satu positif, mana satu negatif kot pada sepit tu? Dahsyat sangat tu. At least masa sekolah dulu ada belajar kan, kutub positif dan kutub negatif dalam subjek Kemahiran Hidup. 
Ya, memang betul kalau yang dah berkeluarga tu tak payah nak fikirkan pasal bateri kereta la apa la...semua suami yang buat. Isi minyak pun suami. Yang penting pandai pegang setereng aje. Tapi dibuatnya suami out station, kebetulan kereta habis bateri, ha menggagau tak pasal...
Sekurang-kurangnya ada alat ni, dapatlah dikataka…

CERPEN HATI : SUSAHKAH MENULIS BLOG?

Salam...
Kebanyakan orang walaupun tak suka menulis tapi hasrat untuk membuat blog sendiri tu tetap ada atas beberapa tujuan.


Untuk promosikan bisnes, menjalankan bisnes online, sekadar diari, blog info untuk manfaat masyarakat atau untuk melatih diri menulis.
Dan ada juga tanpa tujuan seperti saja ikut trend semasa, orang lain ada blog kita pun nak tulis blog.
Susahkah membuat blog?
Di sekolah sampai diadakan kursus mini tentang pembikinan blog tapi sambutannya amat dingin. Kalau email sendiri pun tak ingat apa passwordnya, macam mana la nak tulis blog? Kan?
Tak ada waktu. Tak ada masa. Susah. Payah. Leceh.
Bagi aku ia hanyalah alasan. Hendak seribu daya. Aku dulu buat blog bertatih-tatih sendiri, tak ada siapa pun yang ajar.
Jika kita hendak page rank kita stabil dan nama blog kita antara yang terdepan dalam enjin carian google, kita hendaklah selalu menulis dan update blog kita. Dengan sendirinya tanpa kita sedari, ranking kita ok.
Tulis ajelah. Tak perlu panjang lebar. Pendek-pendek ta…

CERPEN HATI : CATAT SEBELUM LUPA

Salam...
Langit begitu terang. Tompok-tompok awan seakan bersembunyi. Memberi peluang aku membasuh pakaian beberapa kali dan menjemur berkali-kali. haha...
Sabtu ialah hari yang paling malas untuk aku. Jadi hari ni aku makan kat luar aje. Malas memasak. Boleh gitu?
Ok, sebenarnya aku dah lama nak menulis tentang perkara ni. Tapi faktor pelupa aku yang semakin menjadi-jadi, aku pun sampai terlupa nak tulis.
Kenapa kalau kita berhutang, kita perlu catat? Kalau kita bayar hutang, kita perlu catit?
Untuk diri aku yang entah kenapa semakin tumpul daya ingatan, aku semakin memerlukan buku catatan untuk merekod apa saja peristiwa yang berlaku sehari-sehari. Ia sangat penting.
Semakin bertambah usia, terasa folder pengurusan harian dari pelbagai aspek amat tidak tersusun dengan baik. Dan ia membawa kepada satu kontroversi besar yang mengganggu perasaan aku gara-gara aku terlupa.
Jadi, amat penting kita mencatatkan apa peristiwa yang berlaku sehari-hari terutama yang melibatkan amanah orang lai…

CERPEN HATI : BATERI KONG MAA....

salam jumaat yang panas membahang...


andainya kau pergi..gugurlah bunga cinta..terpadam mentari..yang menyinar..wooo...
woahhh!!! sekejap je awan bertukar mendung kelabu...keh keh..ada value jugak rupanya suara aku ni ahaha..
Berita tak berapa baik. 
Dua tiga hari kebelakangan aku dah perasan agak semput bateri kereta aku waktu nak start...tup-tup malam tu aku boleh lupa cabut kunci padahal sangat jarang aku tinggal kunci dalam kereta. Pelik. 
Apalagi.. besok paginya macam Mak Wok la aku dok call kekawan minta ambil aku kat rumah, nasib baik dekat je ahaks
ingat nak deal dengan mamat bengkel pasal bateri tapi migrain serang kepala sepanjang petang membawa ke malam, termuntah- muntah tak ingat dunia. Dah tak larat gila aku baring dan terlena sampailah besok paginya. Alhamdulillah sihat tapi satu badan sakit la dok muntah je.
Ni jenis bateri persona aku. DIN55R brand Yuasa. Harga sekitar RM260-270. Tapi aku dapat mahal sikit RM270. 
Masuk tahun ke 8 pakai AILABIYU ni, ini kali ketiga aku tukar …

CERPEN HATI : SYAHDU PETANG BERLAGU SEPI...

Salam...
Petang yang begitu syahdu kerana setelah matahari begitu cerlang menyimbah cahaya, hujan pun turun laksana mutiara... meh nyanyi sikit...
Hujan oh hujan...menyirami taman... taman yang di dalam kekeringan...begitu jua cintaku padamu...hadirmu pengubat rinduku...la..la..la...
Teka lagu apa? batch peminat rock kapak je boleh jawab...
Woih...bertambah lebatlah hujan...boleh tahan jugak merdunya suara aku ni. yeay! sejuk sikit suasana... ahaks...
Masa kat sekolah memang dah ingat nak pergi hantar baju, nak beli rubber stamp untuk rekod hafazan budak dan nak serahkan RM6 pada seseorang. Tapi bila dah bertemu mata dengan pintu pagar teratak aku ni alahai... berat sungguh aku nak memandu keluar lagi. Sudahnya masak sekejap, mandi dan hujan pun turun. Malas aku nak keluar sekarang. Pukul 6 nanti insya allah..ada pasar malam lagipun.
Bila belek-belek langsir yang aku jahit sendiri, boleh rupanya aku menjahit. Aku kira setakat mengait benang aje. Sebut pasal menjahit ni, barulah sedar dah l…

AKU DAN PDP: KENAPA RPH TIDAK PERNAH DAPAT DIREALISASIKAN?

assalamualaikum 

cuaca yang tak berapa mesra alam , berkali-kali teguk air masak pun still perit jugak tekak uhuks....akhirnya aku rebus barli baru lega....
hokay, Kali pertama tulis pakai tab selepas tahun 2011...hoh...kalah siput babi, slow gila.....
Balik sekolah aku ke pasar cari lauk apa yang sedap nak dimakan. 
______________________ stop tulis dengan tab....sakit kepala aku_____________ 
Orait...sambung menulis dengan lappy bucuk cayang aku ni...ahaks...
PDP semalam dan hari ni berjalan dengan baik dan lancar. Tapi aku memang ada masalah dengan kelas yang bising dan kelas yang kerek depa tu kelas pandai. So, sifat kerek tu membawa kepada masalah komunikasi dan perlakuan semasa di dalam kelas. 
RPH memang ibarat nyawa kepada cikgu tapi ia sebenarnya hanyalah baris-baris ayat yang ditulis guna sebagai panduan untuk mengajar sehari-hari. Hakikatnya cikgu tak mungkin dapat mengikut panduan itu 100 peratus. Kenapa?
Ada ketikanya lembaran kerja yang kita berikan kepada murid ni dapat disiapk…