Skip to main content

AKU DAN PDP : KEKUATAN OTAK...

Salam di pagi yang cerah dan damai sejahtera.



Apabila aku red-cross, aku selalu ubah aktiviti pdp bahagian tilawah dan hafazan kepada tadarus berkumpulan dan hafazan secara individu.

Ini untuk mengelakkan daripada aku membaca ayat-ayat dengan sengaja. Satu kumpulan akan baca bergilir-gilir dan dapat membetulkan bacaan rakan-rakan yang salah.

Tapi bukan mudah hendak memulakan aktiviti begini sebab kelas kali ini jumlahnya 38 orang. Ramai. Kalau sekadar ramai je tak apa, campur bingit hiruk-pikuk kelas yang terkenal bising dan nakal, aku kena kontrol dan pantau setiap masa.

Ada yang terkekeh-kekeh dengar kawan salah baca, ada yang memekik nak suruh kawan sebelah baca dan ada yang sempat beradu tangan atas meja. Ini menunjukkan mereka tak biasa dengan suasana tadarus di mesjid dan mungkin tak pernah bertadarus.

Part hafazan memang sungguh tak boleh blah...

“Al Qoriah....Mal Qoriah...” Dok elok kawan ni tengah mengingatkan hafalan surah Al Qoriah yang 11 ayat tu depan aku, tetiba ada pulak yang ketawa berdekah-dekah entah apa yang kelakar sangat di meja yang agak belakang.

“Apa yang kelakar sangat tu?”Suara aku macam biasa ler, kalah suara burung geroda. Ahaks.. Pernah dengar ke suara garuda?

“Duduk! Hei!”Gitulah aku kalau ada budak bergaduh atau bercakar sana sini. Kelas sunyi balik.

Last-last yang tengah menghapal dengan aku ni sekali hilang bertabur entah ke mana apa yang dihafalnya.

“Wa ma...adro kamal...wa ma....wama...”

Haish... letih aku dibuatnya. Mana nak dengar budak yang nak tasmik hafazan, mana nak kawal kelas. Bila aku dah memekik, budak yang tengah menghafal ni pulak terperanjat sampai terlupa.

“Fa amma man...khaffat...eh... tsakulat...mawa...mawa...mawa...mawa...”Tengah murid sorang ni mencuba kekuatan otak dia tetiba barisan belakang bertolak-tolak sampai terkena badan dia.

“Mawa..mawa...mawa...”Dok ‘mawa’ jelah sampai ke sudah.

Huh...serba salah dibuatnya.


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…