Skip to main content

AKU DAN PDP: KENAPA RPH TIDAK PERNAH DAPAT DIREALISASIKAN?

assalamualaikum 


cuaca yang tak berapa mesra alam , berkali-kali teguk air masak pun still perit jugak tekak uhuks....akhirnya aku rebus barli baru lega....

hokay, Kali pertama tulis pakai tab selepas tahun 2011...hoh...kalah siput babi, slow gila.....

Balik sekolah aku ke pasar cari lauk apa yang sedap nak dimakan. 

______________________ stop tulis dengan tab....sakit kepala aku_____________ 

Orait...sambung menulis dengan lappy bucuk cayang aku ni...ahaks...

PDP semalam dan hari ni berjalan dengan baik dan lancar. Tapi aku memang ada masalah dengan kelas yang bising dan kelas yang kerek depa tu kelas pandai. So, sifat kerek tu membawa kepada masalah komunikasi dan perlakuan semasa di dalam kelas. 

RPH memang ibarat nyawa kepada cikgu tapi ia sebenarnya hanyalah baris-baris ayat yang ditulis guna sebagai panduan untuk mengajar sehari-hari. Hakikatnya cikgu tak mungkin dapat mengikut panduan itu 100 peratus. Kenapa?

Ada ketikanya lembaran kerja yang kita berikan kepada murid ni dapat disiapkan awal daripada jangkaan. Jadi apa kita nak buat dengan sisa masa yang ada? Masa tu kita boleh gunakan untuk mentasmik hafazan murid, contohnya. Jadi, perkara-perkara macam tu tak ada dalam RPH.

Ada waktunya kita tak dapat mengajar penuh tajuk yang kita rancangkan. Seperti pagi tadi, ada pengumuman program menggosok gigi daripada Klinik Kesihatan selepas waktu rehat. 

Adakalanya kita menjadi pegawai pertandingan di sekolah lain. Mengharapkan cikgu subjek lain atau cikgu subjek yang sama untuk mengajar murid seperti mana rancangan yang kita tulis dalam RPH, tidak mungkin! 

Kita jangkakan dalam rancangan kita, aktiviti berkumpulan ialah selama 15 minit. Hakikatnya berjela sampai setengah jam kerana ada budak menangis sebab kotak pensilnya disembunyikan lepas tu cikgu kena selesaikan masalah ini di dalam waktu yang sama campur bebel dan marah dan mood nak buat aktiviti terganggu. Huh! 

Ada pula waktu tengah serius menerangkan tajuk yang berat seperti Perbezaan di antara Sunat Ab'ad dan Sunat Haiat, alih-alih terdengar budak menyanyi lagu Akim And The Majistret...masa tu 3-4 minit akan terbuang dengan ceramah daripada aku sebab  memang pantang aku dari dunia sampai akhirat time aku buat penerangan, budak tak fokus. Hanya bunyi putaran kipas aje dibenarkan. Ini betul, bukan cobaan. 

Ada ketikanya lagi dialog jadi begini...

"Boleh rujuk jawapan pada muka surat 105..."Aku baru je beritahu murid. Serentak tu murid tanya aku balik, "Muka surat berapa, cikgu?" Ini juga soalan yang paling aku pantang. Maka akan mulalah leteran aku yang mengambil masa 1-2 minit. 

Belum campur dengan pertukaran kelas yang budak hilang kasut...buku hilang ....alatulis hilang...kata buku tertinggal kat rumah padahal ada dalam beg...dan macam-macam lagi situasi yang akan menjejaskan gaya, mutu dan keunggulan kualiti rancangan pdp yang dilaksanakan tiap hari sampailah akhir tahun....

begitulah.... ^__^




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…