Skip to main content

CERPEN HATI : AKU DAN TEBUS MATA GANJARAN DI SUPERBUY



salam di hari coteeeyyy...yeah...

Dont be jealous...haha...cuti ni aku tak dapat nak gerak jejauh memandangkan kesihatan badan tak berapa mengizinkan.

Jadi kerja aku dok mengemas rumah la apalagi kan... menyapu, mengemop, mencuci tandas, cuci pinggan mangkuk, cuci toto dan segala perkakas-perkakas dapur dan bilik airlah..

Berpeluh-peluh makcik mengerjakan teratak makcik ni...uhuk uhukk.. 

Tetiba email masuk dalam aiponpoes aku. Daripada superbuy.my. Bila sebut treatspoint dalam email aku ni, barulah aku terfikir yang aku tak pernah pun kisahkan berapa point aku dapat selama aku bergelar pemegang kad kredit. 

Almaklumlah kan, setiap kali dah gesek kad tu, aku akan pastikan dalam tempoh 20 hari, bayaran sudah dilunaskan. Tak pernah bagi riba beranak-anak beranak-pinak dalam kad aku tu. Hahaha... cantik muka depa kan. Interest tak beragak-agak nak kenakan kalau terlewat bayar. So takdenya aku nak menengok kiri kanan kalau dah buat bayaran tu. Dah bayar tutup. Nak bayar bukak. Gitu donk...

So please la orang-orang di luar sana yang suka sangat pakai kad kredit tu kan, pastikan sekeping kad yang tak ada tangan dan kaki itu betul-betul tidak berupaya untuk menjerat leher anda. Pastikan! Hoyeah...

Jaga-jaga....kad tu boleh transform  diri dia jadi ular sawa yang akan membelit, belit dan belit dan lagi dan lagi...dahsyatttt!!

Ok stop merapu.



Berbalik kepada kisah superbuy yang offer redemption tu kan, barulah aku check pointreats aku jumlahnya berapa. Kotlah ada botol air ke...payung ke yang boleh ditebus...haha...Rupanya aku boleh redeem benda yang di luar imaginasi aku dalam superbuy dengan jumlah pointreat yang terkumpul. Seperti gambar di atas.

Dalam banyak-banyak item yang best tu, aku pilih blender comel ini. Kenapa? Sebab aku pernah cuci mata kat jusco bahagian barang-barang dapur, aku jatuh cinta dengan pengisar macam ni. Kat rumah aku tu blender buah yang ada kemain besar, bila nak buat jus carrot la..epal la...belimbing nenas semua tu...pakai jugak blender yang selalu buat mengisar lada. Sebabnya..? Senang nak cuci.

So kalau la aku dapat beli blender macam kat atas tu kan bagus. Tapi harganya pulak tak  berapa nak bagus. So cuci mata kat benda lain la kan.

Tup-tup ada dalam superbuy...rezeki la kan. Oleh sebab mata point aku tak cukup nak dapatkan pengisar ni, aku topup dengan duit sikitlah iaitu RM34.66. Taklah banyak. Mampu bayar. Haha... daripada aku nak beli cash..kan?


Sebenarnya teringat kat mak yang selalu minum jus. Begitu juga ayah. Mesti depa seronok tengok si comel ni dah ada depan mata depa.... 

Blend semua sekali dan minum dalam botol tu sekali. Senang. Tapi mana yang kena tapis tu, terpaksalah pakai penapis jugak. hehe...Haza min fadli rabbi...alhamdulillah...

p/s : Cara nak redeem mata point yang terkumpul, sila check samada melalui statement pakai kertas atau statement online.

1) Buka laman web www.superbuy.my
2) Register akaun dulu di laman web itu, baru boleh tebus
3) Maka pilihlah item-item yang sesuai untuk ditebus menggunakan point terkumpul kita tu. Superbuy ni hanya tawarkan point bagi pemegang kad kredit si harimau kuning hitam sahaja.
4) Tebus
5) Superbuy akan email kita untuk proses pengesahan alamat sekiranya perlu. 
6) Selesai.


mode : tulis time online. Tak tau ler entri aku ni boleh dihadam dek pala otak ke tidak...main publish terus. 

Arios...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…