Skip to main content

CERPEN HATI : AKU, GAJI DAN JIMAT-CERMAT

Pengacara Dua Dunia : Apakah di sini (Makam Mbah Mangku Jati) ada pelawat yang datang meminta-minta (minta nombor)?

Jin Sufi : Banyak. Manusia seperti haiwan semua, kalau dalam bahasa sana  itu, Al Insan Hayawaanun Naatiq. Manusia tak ubahnya seperti haiwan, jika akal dan fikirannya tidak dipakai.

Kuburan (Makam Mbah Mangku Jati) itu tak bisa dimintai nombor ekor. Tidak bisa. Jangankan makam mbah, di makam Nabi(sekalipun) kalau minta nombor ekor tak bakal (akan) diberi. Kalau ingin kaya itu gampang (mudah), kerjalah, hemat(jimat-cermat), teliti dan hati-hati. Nanti akan kaya dengan sendirinya. - Dua Dunia

Assalamualaikum warahmatullah...

Hamdan lillah...hamdan lillah..hamdan lillah...

Dengan belas kasihanNya jua, kesulitan demi kesulitan seakan meninggalkan diri. Berhempas pulas mengatur kewangan dan pengurusan diri, sekarang semakin dapat bernafas lega. Aduhai...sungguh lapangnya dadaku...


What? Gaji RM4000 tak boleh hidup?

Ya. Itu hakikat dan kenyataan. Realiti yang perlu dihadapi oleh penduduk Malaysia. Actually cukuplah bayangkan jika individu itu mempunyai kereta sesederhana bayaran bulanan RM500. Bukan RM500 sahaja yang terbang dek non oi. Minyak kereta? Cukai jalan? Servis kereta? Boleh cecah RM1000 jugak paling koman pun.

Aku tak nak sentuh perihal mereka yang tak kisah berhutang besar asalkan nampak bergaya. Memang ada manusia yang boleh hidup dengan berhutang sana-sini. Sebaliknya aku sungguh tak boleh dengan gaya hidup macam tu. Sebab aku dah pernah ada pengalaman begitu walaupun tak adalah besar mana pun hutangnya. Sejak zaman belajar lagi, segala bil dan bayar sewa rumah mesti tepat ikut waktu. Nak buat apa pegang benda yang bukan milik kita, kan? Ada duit di tangan pun tapi jelas-jelas bil air api, sewa belum bayar lagi...baik tak payah. Tak aman jugak hati dan perasaan. Itu aku la..orang lain, depa punya urusan la kan.

Berbalik pasal gaji RM4000 tu, itu baru kereta. Kalau ada rumah? Kalau ada anak bini nak bagi makan? Cukai pintu, cukai tanah...? Indah water..? Kelmarin aku pergi Maslee, ambik telur 12 biji RM4.50, kobis bunga yg dah packed RM2.50 dan roti rainbow RM2.40. Jumlahnya Rm9. Baru tiga barang je wey... So bawa duit RM20 dapat beli ape aje? Tak payahlah cerita kalau nak makan Pizza Hut, KFC, Nando’s, Black Canyon,Kenny Rogers dan bla bla...

Itu belum cerita lagi perihal LHDN. Inikan pulak GST.

Adakah gaji RM4000 cukup?

Rumah setingkat 20x70 teres pun sebulan cecah RM1000 nak bayar sebulan kak oi. Itu baru setingkat.

Ada kereta dan ada rumah. Gaji RM4000 cukup ke?

Habis tu tak payah ada simpanan? Ganjaran untuk diri sendiri? Kesihatan? Ubat-ubatan? Jika berlaku kecemasan? Hak orang tua? Hak adik-beradik yang masih belajar? Keperluan diri sendiri?

Gaji RM4000 sebulan tu cukup ke?

Apa cerita pulak orang yang gaji tak sampai RM2000? Tambah pulak yang merokok... Dunhill, Benson, Marlboro, Salem...tu bukan sebarang harga rokok especially 20’. Inikan pulak Camel...Lucky Strike...Kent...huh! Memang tak boleh simpan duitlah gamaknya.

Paling dahsyat kalau suka beli rokok batangla kan. Sehari 0.70 sen. Kalau sebulan? Tu kalau satu hari sebatang. Sebab rokok batang lagi mahal daripada beli sekotak. Tak sanggup aku bayangkan. Mujur ahli keluarga aku tak ada yang merokok. Bapak aku pun bila dah tua ni baru merokok celam-celum. Masa besarkan kami dia tak merokok pun.

Aku pulak masa kecik-kecik tengok abang-abang ni buang puntung rokok yang masih berapi...rasa ingin tahu pun membuak-buak la. Aku ingat lagi, masa tu rokok Salem. Diam-diam aku ambik puntung rokok tu pastu aku sedut. Uhuk-uhuk...terbatuk-batuk. Rupanya bapak aku nampak akan perbuatan aku yang berpunca dari rasa ingin tahu tu. Kah kah kah... bodoh je. Memanglah, budak kecik kan. Tengok orang buat, dia pun nak ikut jugak. Nasib baik bapak aku tak marah. Tu ler, budak kecik disuruh jaga kedai jual rokok. Mestilah aku akan terpengaruh dengan gaya orang dewasa yang sekejap-sekejap koyakkan plastik kotak rokok..pastu pasang lighter....nyalakan rokok...sedut...hembus...macam bergaya aje kan...? Keh keh..Masa tu umur aku 8 atau 9 tahun. Kecik lagi tu. Tambah dengan tubuh badan yang kecik memang, so kecik molek je la. Masa tu pergi sekolah pakai baju uniform seragam biru putih siap ada tali pinggang, labuh paras lutut. Baju kurung tak kenal lagi. Tudung apatah lagi. Tahun 1987/1988 ...camtulah.

So...macam mana orang yang gaji tak sampai pun RM2000 nak beli rumah? Nak meneruskan kelangsungan hidup seperti orang lain?

Mahu tak mahu kena cari kerja sampingan. Kena ada side income. Laki bini kena kerja. Hm...what a life..

Lagi nak kenakan gst...?

amboih...special sangat bekal ni...


“Rajinnya ko masak,bawak bekal pergi sekolah...”tegur kekawan yang selalu ternampak aku basuh bekas makanan dekat sinki tandas atau pra sekolah.

Aku tak masak pun. Aku panaskan baki lauk semalam. Nasi + sambal kentang ikan bilis + telur masin (dapat bunga telur semalam pergi kenduri kahwin anak GPK) separuh. Bawak termos comel berisi air milo panas. Cukuplah untuk alas perut. Kang tengahari baru makan betul-betul. Kalau sehari sarapan kat sekolah aje dah makan sampai RM5, 20 hari..?

Tu baru sarapan sahaja. Kadang tu kantin aku masak nasi beriani RM7/RM8. Aku lebih  rela beli kat luar nasi lemak 0.70 sen pastu datang kantin untuk minum aje. Kang tak turun kantin, tak dapat pulak nak bertemu muka dengan kekawan.

Mendidik diri memang tidak mudah tapi siapa nak tolong aku kalau bukan diri aku sendiri. Ini bukan soal kedekut atau tidak berduit. Tapi ini tentang sejauh mana kita meletakkan sesuatu pada tempatnya. Setelah difikir-difikir..ternyata banyak duit terbuang kepada benda yang tidak bermanfaat untuk kita. Benda yang kita beli tapi kita tak gunakan pun. Kita beli tapi kita tak pakai pun. Maka aku sedang berjuang basmi sikap tersebut dengan berhati-hati dan berfikir sebelum membeli sesuatu.

Tapi tak taulah adakah kerana astrologi aku yang suka bertimbang-timbang...jika aku terlalu berfikir untuk beli sesuatu, kesudahannya mesti aku takkan jadi beli. Hahaha...

Ya rabb...betapa bahagianya apa yang sedang kurasakan sekarang.... jadikanlah aku hambaMu yang selalu bersyukur dengan apa yang sudah ada dan gembira dengan semua yang sudah dikurniakan. Jadikanlah aku hamba yang semakin mendekatiMu dengan nikmat-nikmat ini, dan bukan hamba yang semakin menjauh kerana nikmat-nikmat yang Engkau berikan. Janganlah jadikan aku hamba yang hanya ingat kepadaMu tatkala ditimpa ujian dan musibah tapi justeru melupakanMu sebaik nikmatMu kuperoleh. Aku hambaMu yang kerdil yang tidak akan pernah dapat berpisah denganMu. DaripadaMu aku datang, kepadaMu jua aku pasti kembali. Mohon restuilah hambaMu ini. Amin...


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…