Skip to main content

CERPEN HATI : CETUSAN RASA

Salam...

“Alhamdulillahi rabbil alamin... segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Jadi, kalau manusia masih ingin dipuji, disanjung dan macam-macam, itu masih belum jadi hamba tuhan. Itu artinya manusia punya sifat riya’. Bukalah kitab (Al Quran) kalian dan pelajarilah kalau kalian ingin tahu rahasia alam semesta.” – Jin Sufi.

Yer...segala pujian hanya bagi allah. Tapi selalunya apabila kita dengar orang puji kita, kita memang ucapkan alhamdulillah tapi adakah ucapan itu berserta dengan maksud iaitu segala puji hanya untuk allah? Aku bertanya kepada diri aku sendiri.

Bagi aku lebih baik aku balas, “Segala puji hanya untuk allah” berbanding “Alhamdulillah.” Dua perkataan yang sama tapi suasana hati aku berlainan waktu menyebut dua perkataan ini.

Sebenarnya “Segala puji hanya untuk Allah” bila dibalas pada orang yang memuji kita, itu memberi maksud ada yang lebih berhak dipuji, dalam masa yang sama ego juga tidak tertonjol keluar kerana riak tak dapat dicetuskan. Hati akan menjadi rendah sebab kita sedar kita tak patut dipuji.

Tapi jika sebut Alhamdulillah, seakan mengiringi rasa gembira dan suka apabila dipuji sehingga mungkin tak sengaja menghidupkan sumbu riak sekaligus membiakkan ego. Sebab dah terbiasa asal dapat benda-benda best, mesti ucapkan Alhamdulillah. Apa-apa yang buatkan kita tersenyum bahagia mesti ucapkan Alhamdulillah padahal ada lafaz-lafaz lain yang lebih sesuai seperti...

“Haza min fadli rabbi...”Ucapan ini lebih sesuai untuk kurniaan nikmat yang kita dapat. Atau “Semua ni rezeki dari Allah...” atau “Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki”

Em..sekadar monolog hati yang tiba-tiba bersuara sendiri.


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…